Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Sunday, July 26, 2009

Lelaki, wanita atau khunsakah Yasmin Ahmad

Al-Faithan kepada Allahyarham Yasmin Ahmad, pengarah filem terkenal yang kembali ke rahmatullah malam tadi dan dikebumikan d Tanah Perkuburan Islam SS 20 Petaling Jaya, tengah hari tadi. Ramai yang terasa kehilangan beliau dan ada yang masih terperanjat kerana sebelum itu, Allahyarham sihat dan sedang memberi syarahan di Seri Pentas - TV3.

Dalam pada ramai yang meratapi pemergian Allahyarham, tidak kurang pula yang bercerita mengenai kisah hidup Allahyarham, terutama dalam laman web dan blog, di kedai kopi atau restoran. Cerita paling popular ialah sama ada Yasmin Ahmad itu lelaki atau perempuan, matinya, dan urusan jenazahnya hingga ke liang lahat bagaimana? Ada blog dan laman web yang menyiarkan gambar muda Yasmin itu ketika tahun 70-an yang dikenali sebagai Zulkifli Ahmad, bekas peserta akhir Bintang RTM.

Lebai tidak mahu menentukan siapakah Yasmin dan siapa pula Zulkifli. Lelakikah Yasmin Ahmad atau wanitakan Zulkifli Ahmad, atau KHUNSA kah mereka. Bagi mengelakkan orang ramai, terutama anak muda yang banyak melayari laman web dan blog, berbual kosong mempertikaikan lelakikah Yasmin Ahmad atau wanitakan Zulkifli Ahmad, atau khunsakah mereka,
Lebai ingin beri sedikit penjelasan daripada penyelidikan yang dibuat.

Jika Yasmin Ahmad itu lahir sebagai LELAKI (Zulkifli Ahmad), MAKA...renungkanlah:

Penukaran jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram. Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian daripada tipu daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia supayamereka merubah ciptaan Allah. " - dan akan aku [syaitan] suruh mereka [manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya." (Q4:119). Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai wanita. "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita meyerupai lelaki".

Islam mengutuk lelaki yang berdandan seperti wanita dan wanita yang berdandan seperti lelaki. Ini disebut dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain baginda bersabda: "Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda halau mereka dari rumahmu." (Hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas).

Daripada hadis di atas dapat dilihat bahawa lelaki yang meniru sifat dan kelakuan wanita dan wanita yang meniru sikap dan cara hidup lelaki sangat dimurkai Rasulullah.

Dalam Islam, memperjelaskan kedudukan jantina ini sangat penting bagi memahami status seseorang sebagai lelaki mahupun wanita. Ini kerana masalah ini akan meliputi pelbagai aspek kehidupan seseorang itu, baik kedudukan mereka dalam beribadah, nasab mahu pun harta pusaka.

Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai seorang lelaki.

Sebelum ini pun timbul persoalan mengenai hukum seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara. Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai seorang perempuan dan bagaimanakah cara hendak menyempurnakan jenazahnya.

Sebenarnya, pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau yang tidak mempunyai alat kelamin sama sekali. Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing. Maha Kaya Allah ketika menjadikan khunsa dengan dua alat kelamin akan menjadikan kecenderungan mereka melalui pembuangan najis. Jadi tahulah jantinanya daripada situ.

Bagi mayat khunsa, cara mengkafan mengikut kecenderungan alat jantinanya iaitu jika kecenderungannya lebih kepada lelaki, ia hendaklah dikafan seperti lelaki dan sebaliknya.

Hakikatnya, setiap manusia yang lahir tidak dapat menentukan jantinanya sendiri. Baik menjadi lelaki, wanita, khunsa mahupun mukhannis (lelaki yang tinggi sifat kewanitaannya). Ini adalah takdir Allah yang sudah ditetapkan di luhul mahfuz dengan ilmu dan kudrat-Nya yang kadim. Tidak dapat diubah oleh kekuasaan manusia.

Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: "Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak lelakidan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya; mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." - (Q.S Asy-Syura: 49-50).

Memang ayat itu tidak menyebut mengenai khunsa secara khusus, tetapi banyak tafsiran telah dibuat dan diterima ulama.

Dalam konteks tafsiran dilalah al-iqtida atau penyesuaian tafsiran nas agar kebenarannya dapat dipertanggungjawabkan menurut akal dan syarak (rujuk Sya'ban, (1983), 304), kita dapat mengerti kewujudan mereka. Ini kerana ayat itu menyebutkan atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya yang dalam konteks dilalah al-iqtida boleh juga menjadi satu orang yang ada padanya sifat lelaki dan perempuan. Selepas itu Allah berfirman: "Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Ulama al-Azhar berfatwa untuk membolehkan pembedahan terhadap khunsa bagi memperjelas kecenderungan jantina mereka.

Keputusan yang sama juga disampaikan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-4 yang bersidang pada 13 dan 14 April 1982, yang juga membolehkan pembedahan terhadap khunsa yang memiliki dua jantina bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas bernikah, khunsa tadi menunjukkan tanda-tanda hamil. Untuk itu suaminya menghadiahkan seorang hamba perempuan untuk melayaninya. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa ini timbul hingga dia melakukan hubunganseks dengan hamba perempuan tadi, menyebabkan hamba itu hamil.

Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia lelaki, mengapa boleh hamil? Jika wanita, mengapa dia boleh menghamilkan hambanya?

Khalifah Ali yang arif lagi bijaksana cuba menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Ali mendapati salah satu bahagian tulang itu adalah ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki sebab tulang rusuk lelaki kurang satu berbanding wanita. Kerana khunsa itu seorang lelaki maka Khalifah meminta suaminya untuk menceraikannya.

Jumhur ulama hanya mengharuskan pembedahan jantina bagi khunsa, dan bersepakat mengharamkan pembedahan bagi menukar jantina lelaki kepada perempuan atau sebaliknya.
Ini kerana orang yang lahir dengan jantina lelaki, hukumnya tetap lelaki, meskipun dia berjaya menjalani pembedahan untuk menukarnya dengan jantina perempuan. Demikian juga sebaliknya. Pembedahan dan penukaran ini bermakna menukar takdir dan ciptaan Allah. Ini selaras dengan keputusan fatwa Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 1983.

Golongan khunsa juga tidak dibenarkan menukar status jantina pada kad pengenalan mereka, walaupun berjaya menjalani pembedahan daripada lelaki ke wanita. Hanya nama yang boleh ditukar.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

2 comments:

afah said...

..salam..
..thank you..your explanations elucidates...
..and where were you before May, 2009..? love your blog..will be following you..

lebai said...

Salam kepada afah...
Lebai ada di Malaysia. Dah jarang keluar negara sekarang. Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan akan keluar negara tahun depan. Salam.