Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Thursday, December 31, 2009

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan ditahan kerana dadah

Berita yang baru Lebai dapat:

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan iaitu cabang pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmi Ismail telah ditahan oleh polis Kelantan kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah selepas satu operasi di di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 23 Disember lalu.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mad Azri Othman.

Katanya, penahanan dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membawa kepada penahanan maksimum 60 hari. “

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengkalan Chepa kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut. Dalam operasi itu, polis turut menyita sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz, dipercayai milik Azmi,” katanya.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Wednesday, December 30, 2009

Kenyataan akhbar isteri kedua Sultan Kelantan

30 Disember 2009 - Isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad, 30, memberitahu beliau terpaksa mendedahkan statusnya sebagai isteri kedua berikutan laporan akhbar The Malay Mail dalam versi online mengenai kejadian di wad Diraja Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 8 Oktober lalu ketika Sultan Kelantan dirawat di situ.

Dalam kenyataan akhbar setebal lima muka surat, Elia Suhana mendakwa laporan itu memberi gambaran negatif terhadap Sultan Kelantan dan institusi kesultanan. Sejak Sultan Ismail Petra gering, beliau hanya berdiam diri dan cuba mencari penyelesaian terbaik demi menjaga hati pihak tertentu sehingga beliau terpaksa akur untuk melakukan sesuatu demi menjaga nama baik Sultan Kelantan.

Elia Suhana mendedahkan perkahwinan yang dilangsungkan pada 23 Disember 2007 di Kelantan itu disaksikan keluarga dan pegawai kerajaan negeri itu dan hanya sebliangan orang yang mengetahuinya.

“Mengambil kira sebab peribadi, perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kelantan dan saya tidak diisytiharkan, malah perkahwinan ini hanya diketahui pihak tertentu saja,” katanya.

The Malay Mail menerusi laporan `Police Ruckus In Royal Ward’ melaporkan misteri identiti seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth pada jam 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Elia Suhana berkata, kenyataan kepada media itu bukan bertujuan mengeruhkan lagi institusi Kesultanan Kelantan, sebaliknya bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan membersihkan tanggapan buruk yang cuba diwujudkan sesetengah pihak. Dan sebagai isteri yang sah, menjadi tanggungjawabnya untuk berada bersama Sultan Kelantan apatah lagi ketika baginda gering.

Bagaimanapun, beliau akur dengan keadaan apabila tidak dapat bersama Sultan Kelantan sepanjang baginda menjalani rawatan di Singapura. “Saya hanya berkesempatan menziarahi baginda untuk beberapa kali saja walaupun kehendak saya melebihi daripada itu. Oleh itu saya memilih pendekatan terbaik dengan menziarahi pada masa sesuai supaya tidak menyinggung dan mengganggu kerabat Diraja Kelantan,” katanya.

Mengenai kejadian 8 Oktober 2007, Elia Suhana berkata, beliau bersama pembantu peribadi menziarahi Sultan Kelantan pada awal pagi dengan dibantu polis istana.

“Kerabat Diraja Kelantan secara umum mengetahui kewujudan saya dan sesungguhnya saya tidak pernah mempunyai niat tidak baik ke atas KDYMM Sultan Kelantan. Apa juga tindakan saya adalah selepas meneliti aspek dan kepentingan KDYMM Sultan Kelantan dan tidak membelakangkan urusan pihak istana. Ekoran laporan akhbar dan laporan polis, ia memberi gambaran yang tidak elok dan kurang menyenangkan ke atas KDYMM Sultan Kelantan dan polis. Pandangan dan perspektif terhadap istana membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada institusi kesultanan Kelantan,” katanya.

Elia Suhana berkata, disebabkan haknya untuk menziarahi Sultan Kelantan disekat dan dihalang oleh pegawai keselamatan peribadi Raja Perempuan Kelantan, polis bertindak membantunya dan membenarkannya menziarahi Sultan Kelantan selepas mengetahui status sebenarnya.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Tuesday, December 8, 2009

Nazri Aziz kata Tun M rasis???

Laporan dalam The Star:

Nazri calls Dr M a racist for defending NCB

By MAZWIN NIK ANIS and JOSHUA FOONG

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz has called Tun Dr Mahathir Mohamad a racist for defending the National Civics Bureau (NCB) training modules.

Nazri said that while he agreed with the former prime minister’s sentiments about patriotism, he felt it was not the sole rights of the Malays.

“There are many of those who came out from the course very angry as many have felt that terms like Ketuanan Melayu (Malay supremacy) is ridiculous.

Baca selanjutnya di sini


Hari ini, TPM Muhyiddin Yassin memberi ulasan:

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea. "Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir," katanya di Jepun.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di
Malaysia.

Apakah Nazri Aziz masih ingat:

Pada 1993 ketika menjadi senator dan naib ketua Pemuda, Tun M telah melantik beliau menjadi Pengerusi Mara menggantikan Tamrin Ghafar. - Apakah sekarang ini apabila Tun M sudah bersara dan Nazri masih menjadi menteri maka Nazri sudah hilang rasa hormat kepada Tun M hingga selayaknya beliau menggelar Tun M rasis? Jangan jadi kacang lupakan kulit...

Masihkan Nazri ingat bagaimana pelantikan itu dibuat? Jika tidak ingat biarlah Lebai ceritakan sedikit:...

Perlantikan pengerusi badan atau agensi kerajaan dibuat oleh kementerian selepas dipersetujui oleh Perdana Menteri. Ini satu peraturan. Tetapi bukanlah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri memanggil, berbincang dan mengarah pengerusi
badan-badan kerajaan secara langsung. Bagaimanapun, ada sedikit keistimewaannya dengan perlantikan Nazri. Perdana Menteri memanggil beliau sebelum Menteri Perusahaan Awam ketika itu, Datuk Dr Yusof Noor mengumumkan perlantikannya. Perdana Menteri mengarahnya memulihkan imej Mara dan menyusun semula Mara supaya fungsi badan itu memenuhi matlamat penubuhannya.

Nah...biasanya kementerian akan senaraikan nama orang yang akan dilantik menjadi pengerusi badan berkanun, tetapi dalam kes Nazri, belum apa-apa dia sudah dipanggil oleh Tun M untuk menjadi pengerusi Mara. Ini menunjukkan Tun M
percaya kepada Nazri. Jangan lah sekarang ini Nazri pula mengatakan Tun M adalah RASIS... Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar... ini Nazri kena ingat.

Nazri tentu ingat pada 1994 ketika memangku jawatan Ketua Pemuda Umno, dia pernah menggertak pemimpin tertinggi Umno, sebelum tindakan beliau yang cuba menentang Tun M ketika itu mendapat kritikan hebat, hingga beliau sendiri kepanasan. Selepas menerima kecaman, Nazri sedar dan menghantar surat memohon maaf kepada Tun M di atas keceluparan beliau.

Apa yang Nazri kata masa itu: "saya menyatakan saya tidak berniat menyinggung perasaan atau mempertikai kan kepemimpinan beliau. Saya juga menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa manakala cara penyampaian saya agak kasar dan
emosional, ia sekadar menyatakan sikap dan pendirian tegas Pemuda Umno untuk memulihkan maruah dan kewibawaanpergerakan itu serta menolak kepemimpinan Rahim".

Ada banyak lagi yang Nazri masih ingat kenyataannya yang banyak membidas Tun M.

Lebai harap Nazri baik berhati-hati kerana pengaruh Tun M tetap ada di sekeliling beliau. Malah pengaruh Tun M bukan saja di dalam Umno, tetapi meliputi komponen BN. Lebai ikhlas menasihatkan Nazri.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Monday, December 7, 2009

4 beradik mati lemas bersama - pilu Lebai

Mulanya, mereka sekeluarga lapan beranak gembira keluar memancing di sebuah ladang kelapa sawit di Kota Bahagia dekat Muadzam di Kuantan, Pahang, hari ini.

Sambil ibu dan bapa serta dua anak kembar mereka, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah enam tahun, empat lagi adik beradik berumur 8 hingga 15 tahun bermain sesama mereka berhampiran sebuah parit berdekatan. Begitu asyik mereka adik beradik bermain, saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Tidak terlintas bencana akan menimpa, ibu bapa mereka terus memancing, hingga terdengar satu jeritan.....kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Norsyakirah binti Md Shamsuri, berusia lapan tahun tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam parit sedalam 10 kaki.


Melihat adik yang terus tenggelam dalam parit itu, si abang dan si kakak - Mohd Shukri berusia 15 tahun, Syafiqah juga 15 tahun dan Mohd Syafik berusia 12 tahun tanpa lengah dan membuang masa terjun ke dalam parit untuk menyelamatkan adik kesayangan mereka, walaupun menyedari mereka sendiri tidak pandai berenang.

Md Shamsuri yang sedar kejadian itu dan melihat tangan anak-anaknya terkapai-kapai dalam parit berkenaan terjun sama, tetapi gagal mencapai anaknya. Beliau naik semula apabila dia sendiri hampir lemas dan berlari ke jalan untuk meminta bantuan menghubungi bomba dan penyelamat.

Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah.

Demikian lah kasih sayang adik abang dalam keluarga itu yang akhirnya menyebabkan empat beradik yang awalnya main bersama-sama, tetapi meninggal dunia bersama-sama. Sebak Lebai membaca berita dan mendengar berita tragis itu. Suami isteri hilang empat anak serentak.

Lebih sebak lagi, apabila mengenangkan kesanggupan abang-abang dan kakak Norsyakirah yang sedia menyerahkan nyawa sendiri demi kasihan kepada adik mereka yang tergapai-gapai dalam parit berkenaan.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada jenazah empat beradik itu.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Mahfuz serang Ariffahmi dan Nik Aziz

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar hari ini menunjukkan taringnya apabila meminta MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat
memastikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meninggalkan segera pejabat PMBK dan tidak lagi masuk campur dalam sebarang urusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahfuz itu adalah berikutan maklumat yang beliau perolehi yang menunjukkan Ariffahmi masih menunjukkan 'kuasanya' dalam PMBK walaupun sudah diarah meletakkan jawatan oleh bapa mentuanya. Ariffahmi dijangka meletakkan jawatannya pada Mac tahun depan, bukannya serta merta selepas mendapat arahan. Ini membuktikan bahawa sekarang ini jika orang bertanya siapa CEO PMBK, jawabnya ialah Ariffahmi.

Kenapa Ariffahmi belum meletakkan jawatannya dengan segera tetapi menunggu hingga Mac tahun depan? "Ada urusan yang perlu diselesaikan". Demikian tegas Ariffahmi baru-baru ini apabila ditanya mengenai peletakan jawatannya dalam
PMBK. Justeru, pastinya Ariffahmi masih berkuasa dalam PMBK sekarang ini dan boleh membuat apa saja keputusan sebagai CEO.

Perlu diingat bahawa Ariffahmi masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hari ini Mahfuz orang kuat Pas telah mengeluarkan kenyataan meminta Nik Aziz memastikan menantunya itu tidak menunggu hingga Mac tahun depan untuk meletakkan jawatan, tetapi perlu dibuat segera. Kata Mahfuz, Ariffahmi tidak
sepatutnya menjalankan tugasnya lagi yang akan memberi kesan kepada PMBK, termasuk dari segi kewangan atau menguruskan sebarang projek.

“PMBK is a corporate entity, which has to maintain its corporate ethics. I respect Abdul Ariffahmi, who has announced his resignation with a three-month notice. But Nik Abdul Aziz (who is also PMBK adviser) has to determine whether Abdul Ariffahmi can have a role in making any decisions in PMBK during the three months,” Mahfuz said.

Kelemahan Nik Aziz untuk mengarahkan menantunya turun takhta dengan segera boleh menyebabkan integriti PMBK akan terjejas.

Sebelum ini, pada 23 November lalu Nik Aziz telah mengarahkan menantunya melepaskan jawatan CEO PMBK, tetapi membiarkan kepada menantunya membuat keputusan bila akan melepaskan jawatan itu. Tidakkah itu pelik? Jika begitu
Ariffahmi boleh melepaskan jawatannya bila-bila masa pun, hatta Disember 2011.

Jika membuat komen mengenai ada menteri yang lemah dalam pentadbiran kerajaan BN, Nik Aziz akan meminta menteri berkenaan melepaskan jawatan serta merta. tetapi dalam hal Ariffahmi pula, Nik Aziz membiarkan saja menantunya itu membuat keputusan bila hendak berhenti.


PELIK tetapi BENAR!

Dan, Ariffahmi pun sekarang ini tetap menunjukkan kuasanya dalam PMBK.

"Kedudukan beliau sebagai CEO tidak boleh disamakan dengan seorang kerani biasa kerana seorang kerani yang beri notis letak jawatan tiga bulan boleh datang kerja lagi sebab dia tidak memberikan apa-apa kesan tetapi CEO ini melibatkan keputusan," kata Mahfuz lagi.

Apakah ini lakonan 'BAPA MENTUA KU'.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Saturday, December 5, 2009

Halau Kulasegaran dari Tanah Melayu

Tidak habis-habis lagi DAP yang mendapat sokongan PKR dan Pas membuat onak dan menyakitkan hati orang Melayu. Selepas beberapa angkara dilakukan apabila memerintah Pulau Pinang dan menguasai politik Selangor serta Perak, parti itu melalui Ahli Parlimennya (Ipoh Barat), M Kulasegaran, sekali lagi menimbulkan kemarahan orang Melayu apabila mempertikaikan KETUANAN MELAYU dan DASAR EKONOMI BARU (DEB).

Daripada rekod penyata rasmi Parlimen (Hansard) sememangnya terbukti bahawa DAP anti-Melayu. Pada 5 Mac 1990, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ketika itu adalah Ahli Parlimen DAP dari Kota Melaka, Lim Guan Eng, ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, mengeluarkan satu ungkapan seperti berikut:

"Parti DAP menolak sama sekali konsep ketuanan sesuatu kaum atau suku kaum sebagai lunas menggubal dasar-dasar sosioekonomi, pendidikan dan kebudayaan kebangsaan. Dasar-dasar ketuanan atau `dominancy' kaum sebegini bukan sahajaakan menghindari usaha mencapai perpaduan kebangsaan, tetapi membuktikan ia mungkin tidak boleh dicapai langsung
dalam masyarakat berbilang kaum kita."

Pada 16 November 1989, Ting Chek Ming, ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah mengeluarkan satu soalan di Dewan Rakyat mengenai Bumiputera seperti berikut:

"Ting Chek Ming minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk menghapuskan perbezaan warganegara di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dan mengubah polisi-polisi nisbah (ratio) yang diamalkan oleh Barisan Nasional supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam pembangunan negara Malaysia."

Soalan itu secara tidak langsung, menyatakan pendirian sebenar DAP mengenai Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara.

DAN...

Pada 2 Januari 1991, Hansard Parlimen merekodkan ahli PArlimen DAP Bukit Mertajam, Chian Heng Kat, mengeluarkan kenyataan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kenyataan serta tuduhan beliau mengenai perkara sensitif jelas dibuat tanpa mengira sensiviti orang Melayu terhadap hak-hak keistimewaannya:

"Orang Melayu miskin harus menikmati hak keistimewaan. Memandangkan hak keistimewaan ini telah dirampas oleh segelintir orang Melayu yang berpengaruh untuk menjadi kaya dan kebanyakan petani dan nelayan Melayu kehidupan mereka masih dalam kedudukan kurang memuaskan, maka saya mengesyorkan sebuah jawatankuasa didirikan untuk mengawasi dan mencegah hak keistimewaan ini tidak dirampas dan disalahgunakan oleh orang tertentu. Di samping itu juga saya mengesyorkan sebagai langkah pertama, menyingkirkan dasar perkauman, hak keistimewaan ini dibuka kepada semuaorang Malaysia yang datang dari keluarga yang pendapatan mereka tidak lebih daripada $500 sebulan tanpa mengira kaum."

Banyak lagi kenyataan-kenyataan oleh pemimpin DAP yang disokong pula oleh Melayu dalam Pas dan PKR yang menyakitkan hati orang Melayu. Sedarkah kita?

Walaupun, Raja-Raja Melayu mula bersuara dan mengingatkan rakyat tidak lagi mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu diingatkan kerana Raja-Raja Melayu mempunyai kedaulatan yang sepatutnya difahami setiap warga negara.

Namun, kelmarin, Kulasegaran menunjukkan sikap kurang ajar apabila sekali lagi mengkritik ketuanan Melayu dan DEB ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Parlimen. Kulasegaran dalam soalannya berkata:

"Nampaknya ada beberapa perkara yang memberi tentangan dan halangan kepada perpaduan kaum antaranya ketuanan Melayu yang mana ia mendiskriminasi orang bukan Melayu."

Kulasegaran membangkitkan isu ketuanan Melayu yang disifatkan penghalang perpaduan kaum sehingga mencetuskan pertikaman lidah di kalangan ahli Parlimen.

Tiada mana-mana rakyat Malaysia yang boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu di negara ini. Keistimewaan orang Melayu dijamin Perlembagaan Negara dan juga negeri. Ia adalah kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semua pemimpin masyarakat ketika menggubal Perlembagaan Negara.

Berikutan tindakan Kulasegaran itu, Gagasan Melayu Perak (GMP) bertindak menyerahkan memorandum kepada DAP di pejabat parti itu di Ipoh hari ini dan meminta meminta wakil rakyat itu supaya `berpijak di bumi nyata'. Bukan itu saja, GMP juga memasang poster di hadapan pejabat DAP yang ditujukan kepada Kulasegaran. Dan tidak hairan apabila poster itu tertulis:

MEMO

KEPADA: M.KULASEGARAN


DARIPADA: GAGASAN MELAYU PERAK (GMP)

NASIHAT DAN AMARAN: JANGAN PERTIKAI KETUANAN MELAYU DAN DEB LAGI

GESAAN: SILA SERAHKAN KERAKYATAN DAN TINGGALKAN NEGARA INI DENGAN SEGERA JIKA ANDA TIDAK SELESA




DOA GMP: SEMOGA ANDA BAHAGOA BERSAMA 'COUNTRYMAN' DI NEGARA ASAL MU


PERINGATAN KEPADA ORANG MELAYU: DAP TIDAK AKAN PERJUANG HAK MELAYU

TIDAK MELAYU HILANG DI TANAH MELAYU

Begitulah gesaan orang Melayu Perak yang sudah mula naik angin.

Wasiat Raja-Raja Melayu ketika menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayupada 5 Ogos 1957 ialah:

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus,selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;


* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar;


* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;


* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;


* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;


* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Kedudukan orang Melayu tidak boleh disamakan dengan pendatang. Kerana itulah, hak istimewa kita dilindungi Perlembagaan.


Lebai tertarik dengan ucapan Rayis Yatim tahun lalu mengenai Melayu:

Rais Yatim dalan ucapannya pada Program Wacana Isu Perundangan Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan pada majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam Muslim, November 2008 lalu menyentuh Kepentingan Melayu dan Pribumi Dalam Sejarah dan Perundangan'. Kata Rais:

Kebelakangan ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang maruah dan hilang punca. Umno diberi kata dua, apabila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia amnya.

Pada masa tertentu, didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing, lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri daripada parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu pada majlis rasmi partinya bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum lain sebagai pendatang ke negara ini.

Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi DewanRakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnyamerumuskan jika tak faham sejarah, jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menangpilihan raya di Amerika Syarikat, justeru di Malaysia juga perlu adasituasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri; merekayang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dansosial yang selama ini menjadi sifat semula jadi kenegaraan dan negara bangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa.

Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan saja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing. Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi membabitkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itu pun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini?

Masih ingatkah kita apabila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah mengenai situasi `menumpang' dan `pendatang'? Sekarang Ahmad Ismail digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan.

Ketua Pemuda kita pernah diberi amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong disebabkan dasar sosialis kerajaan baru Pulau Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah 'apabila pohon tumbang kura-kura pun naik.'


Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagi pihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak mengenai haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:
Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah
Dengan latar belakang dan suasana begini, kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi daripada dua aspek. Pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunas di Raja (Royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa.


Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ia tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah.


(a) Fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of theMalays). Ini adalah seperti mana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsur 'Dravidian'; seperti orang Arab di Asia Barat khususnya di Arab Saudi; seperti negeri China dinamakan China lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun atau seperti England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf dikebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.


Seperti Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing,seorang yang menetap lama di Palembang sekitar 671 Masihi, menggunakan istilah `moloyu' untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka.


Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara oleh sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengislamkan Raja-Raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupun nama dan terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.


Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka Melaka pada 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah.

Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawaorang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran,Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba,Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung - semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya sejak 2,500 tahun lalu.
Pada zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara1874 hingga 1957, tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka. Buruh India untuk kerja raya, peladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri Selat seperti PulauPinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah, Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

(b) Pencorakan kuasa politik yang diterjemahkan melalui kuasapemerintahan

Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris,satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak keistimewaan dan kedaulatan Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja Melayu.


Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psyche kemelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar.Swettenham pernah berkata 'the Malays have their own outright position asnative inheritors of their land'.


Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ketika Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara pokok seperti hak keistimewaan Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya.


Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini: 'The Alliance in their memorandum said - The Constitutionshould therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safe guarding the special position ofthe Malays.'


Ungkapan rasmi itu membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang diperturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Perlembagaan 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan.
"Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Sabah danSarawak dan kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."


Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi "It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities..." Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat tidak, wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.


Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya.Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda.


Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merizabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153(2) juga menyebut mengenai permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Perkara 153 amat luas kerana ada perkataan `atau lain-lain kemudahan khas'. Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan itu. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ia tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.


Peruntukan tradisi yang asasi di bawah Perundangan Negeri Persekutuan


Setiap perlembagaan sesebuah negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan `entrenched' atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 daripada anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan ituseperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuanMajlis Raja-Raja:
Perkara 10(4) perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang pencegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan dan kewarganegaraan, Bahagian 3 (Kewarganegaraan).
* Perkara 38 (Majlis Raja-Raja)
* Perkara 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen)
* Perkara 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja)
* Perkara 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaannegeri)
* Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan)
* 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera)
* 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)
Rumusan pertama yang boleh dibuat ialah kuasa pengimbang tetap ada pada Raja Melayu sama ada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Perkara38. Di semua negeri di Semenanjung misalnya, hanya orang Melayu yangboleh dilantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tidak wujud di Persekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


Perkara 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat Yang di-Pertuan Agong seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.


Walaupun ini adalah sesuatu yang kurang menggembirakan golongan nasionalis Melayu, realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh dipersoalkan:
(a) Pertama melantik seseorang Perdana Menteri, (b) kedua, tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak) dan (c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.


Kuasa ini juga wujud di bawah perlembagaan semua negeri beraja.Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan, faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Perkara 40 Perlembagaan.


Pada suatu hakikat ini, memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Perkara 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana Menteri mengikut pandangan subjektifnya.


Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputera seharusnya kini melebihi paras 30 peratus dari segi perolehan aset. Malangnya, Bumiputera masih dikatakan berada pada tahap kurang 20 peratus.


Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik Umno misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi.


Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini sudah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Keadaan 'sekerat belut sekerat ular' dalam pembahasan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuat kuasa undang-undang Dewan Bahasa danPustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera.


Lantaran Kabinet sudah meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal pemupukan budaya nasionalnya juga.


Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal diMalaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara.


Demikian pun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran. Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Perkara 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Perkara 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Perkara 3) - ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri.


Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat, lantaran sifat itu lebih kepada perasaan atau egopolitik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan perlembagaan negara.


Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit, dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam Umno, bagaimana kita boleh kata kita Tuan?


Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat tinggi peradaban itu terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Apabila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan dilonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.


Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasadan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan 'Ketuanan Melayu'.


Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di NewZealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik Umno, Pas dan PKR.


Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya Umno itu sendiri diperkasakan perjuangannya, sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah `ditepuk dada ditanya selera'. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.


Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama, seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Definisi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu.


Bagaimanapun, kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?
Bila semua ini dipersoalkan, sedikit sebanyak natijah tidak sempurna mungkin muncul.
Syor
* Melayu-Bumiputera perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar
* Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan
* Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri
* Politik Melayu melalui Umno mesti diubah - Fasal 3 Perlembagaan Umno perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar
* Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan
* Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak apabila Melayu atau Umno dicerca oleh politik luaran
* Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.

Apa lagi yang tinggal pada Melayu??? Masihkan kita tidur lena?

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

DSAI dari kaca mata Kasim Ahmad

By Kassim Ahmad

Walaupun sesetengah orang mungkin terperanjat dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain keanggotaan Umno, seorang pemerhati politik Malaysia yang tajam tidak akan berasa begitu. Dari banyak segi, beliau telah menjemput nasib yang menimpa beliau.

Beliau naik begitu cepat dengan mengesampingkan beberapa tokoh yang lebih kanan daripadanya, sedangkan prestasi beliau sama ada dalam Kerajaan ataupun dalam parti tidaklah luar biasa. Ciri-ciri yang memihak kepada beliau ialah kebolehan beliau berpidato dan kepandaian beliau menunggangi arus `kebangkitan Islam'. Biarlah saya menceritakan sedikit beberapa pengalaman saya dengan beliau.


Saya tidak pernah kenal beliau dari dekat sebelum beliau menjadi anggota Kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir dalam 1983. Saya mengubah ideologi politik saya daripada sosialisme kepada Islamisme pada sekitar 1982 hingga 1986 apabila buku saya Hadis - Satu Penilaian Semula diterbitkan. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kemunculan Anwar dari aliran Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang agak lebih terbuka.

Tetapi tidak lama kemudian, saya mengalami beberapa peristiwa yang meyakinkan saya bahawa beliau seorang petualang politik yang besar. Saya mula mengesyaki beliau apabila dalam Jun dan Julai, 1986, Abim yang menjadi pertubuhan induk beliau membuka jalan bagi pengharaman buku saya itu. Kemudian, selepas Perang Teluk, akhbar tempatan melaporkan kenyataan beliau mengatakan Presiden Saddam Hussein patut digulingkan. Kenyataan ini jelas membayangkan kehendak-kehendak London dan Washington.

Pada 1993, atas cabaran umum Tun Daim Zainuddin dua tiga tahun sebelum itu kepada cerdik pandai Melayu yang beragama Islam supaya mengadakan suatu rancangan untuk membangunkan ummah, saya mengemukakan suatu rancangan untuk menubuhkan sebuah institut, bernama Institut Ibni Sina.

Rancangan ini dikemukakan kepada beliau bukan saja untuk menyambut cabaran dan mendapat sokongan beliau. Tun Daim kemudian memanggil saya serta bertanyakan adakah, pada pendapat saya, Perdana Menteri akan bersetuju dengan rancangan itu. Saya menjawab, tidak ada sebab Perdan Menteri tidak setuju, kerana itu juga hasrat beliau. Mendengar jawapa saya, Tun Daim berkata, "Baiklah, saya akan berjumpa dengan Perdan Menteri"..

Empat hari kemudian, saya menerima balik cadangan saya dengan keterangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrabim, yang pada ketika itu Menteri Kewangan, tidak bersetuju. Saya berasa sungguh hampa. Pada fikiran saya, Tun Daim sepatutnya memanggil saya serta membincang perkara itu semula.

Walau bagaimanapun, tiga atau empat hari kemudian saya berjumpa dengan Datuk Seri Anwar dalam suatu majlis jamuan Perhubungan Umno Pulau Pinang. Beliau memberitahu saya mengenai pertemuan dia dengan Tun Daim.

Lalu saya bertanya mengapa beliau membantah rancangan itu. Beliau menafi membantah. Tetapi saya tidak dapat berbincang panjang dengan beliau, kerana orang terlalu ramai, dan ramai yang hendak bercakap dengan beliau. Saya pun berkata, "Tidak mengapalah, Datuk Seri. Nanti kita bincang pada waktu lain," Saya tidak berbincang dengan beliau selepas itu, kerana saya tahu beliau telah mensabotaj rancangan saya.

Tiga atau empat tahun kemudian, apabila saya berjumpa dengan Tun Daim, saya bertanya kepada beliau mengapa beliau menolak rancangan Institut Ibn Sina itu atas nasihat Anwar. Jawab Tun Daim, "Anwar berkata PM tidak setuju." Syak saya yang lama pun disahkan. Memang Anwar tidak ikhlas. Dia menggunakan Perdana Menteri untuk mengesahkan apa yang dia mahu dan menghalang apa yang dia tidak mahu. Ini suatu fe'el beliau yang diketahui ramai pegawai tinggi Kerajaan.

Pada 11 Jun, 1995, saya mengetuai kira-kira 70 orang rakyat Malaysia menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dengan tujuan untuk mengajak rakyat Malaysia berpandukan ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka. Seperti yang diketahui, sesetengah pihak berkuasa agama membantah penubuhan dan pendaftaran pertubuhan ini. Mereka juga menuduh kami `anti-hadith' dan mengecap saya `murtad'.

Namun, pada 9 Ogos, 1995 Pusat Islam menyambut saranan kami supaya mengadakan dialog. Malangnya, pada keesokannya (10 Ogos) akhbar tempatan menyiarkan kenyatan Timbalan Perdana Menteri menyatakan Kerajaan tidak akan berdialog dengan saya dan kumpulan saya. Ini bermakna Anwar telah menggunakan nama Kerajaan dan Perdana Menteri untuk menghalang penyelesaian masalah ini melalui berdialog.

Pada hari itu juga saya mengirim sepucuk surat atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penaja JAM, mengkritik beliau, mengingatkan beliau kepada kata-kata yang menyetujui pendirian saya dari segi prinsip lima tahun dulu (dengan disaksikan oleh Ketua Umno bahagian Tanjong, bahagian yang saya anggotai, dan beberapa orang lain) serta memberi amaran kepada beliau supaya jangan berdusta dan bersikap pengkhianat. Para akhir surat saya kepada beliau berbunyi: "Saudara dulu seorang pejuang Islam yang patriotik dan anti-imperialis. Nilai-nilai keadilan dan kebenaran itu dua nilai yang amat penting bagi pejuang-pejuang Islam yang progresif. Saya harap saudara tidak mengkhianati prinsip-prinsip ini. Jika saudara menghianati, ketahuilah bahawa Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa! Anggaplah surat ini suatu nasihat yang ikhlas daripada seorang rakyat yang berniat baik".

JAM ditubuhkan, timbul balik tuduhan `anti-hadis' oleh beberapa kalangan sehingga suasana di seluruh negara menjadi panas dan timbul desakan oleh kalangan ini supaya saya dan rakan-rakan saya ditangkap di bawah ISA. Pada waktu itu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir tiada dalam negeri dan Datuk Seri Anwar sebagai timbalannya, yang kerap bercakap untuk menghapuskan undang-undang ISA ini, patutlah menasihati kalangan-kalangan ini supaya tidak membuat tuntutan yang tidak munasabah seperti itu.

Malangnya, pejuang hak asasi manusia (yang sekarang mahu membuat refomasi!) tidakpun mengeluarkan sepatah perkataan untuk melindungi hak asasi kami. Sehingga Perdana Menteri pulang beberapa hari kemudian serta menasihati kalangan-kalangan ini supaya tidak gopoh menghukum orang lain, barulah keadaan kembali tenteram.

Inilah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang mendakwa dia telah dizalimi! Selepas melalui beberapa pengalaman pahit ini dengan beliau, saya tidak percaya lagi kepada beliau. Beliau adalah seorang petualang yang amat berbahaya. Saya juga telah memperingatkan Perdana Menteri kita dua tiga kali mengenai kepetualangan Anwar Ibrahim dalam surat-surat saya kepada beliau sejak itu.

Mari kita kaji kes Anwar ini secara terperinci.

Pertama, beliau telah dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri. Mengikut Perlembagaan Malaysia, seseorang menteri Kabinet memegang jawatannya atas kesukaan Perdana Menteri. Perdana Menteri berhak melantik atau membuang mana-mana menteri. Jadi, Anwar Ibrahim tidak ada hak langsung untuk membantah.

Namun, Perdana Menteri ada memberi alasan Anwar `tidak sesuai'. Untuk orang yang berfikiran, alasan ini sudah cukup. Tidakkah kita melihat, selama sekurang-kurangnya setahun, dari tarikh ucapan Perdana Menteri kita di Hong Kong mengkritik George Soros sebagai pemusnah ekonomi negara-negara Asia Tenggara serta menganjurkan supaya perdagangan mata wang diharamkan, pendirian Anwar Ibrahim dalam hal ekonomi ini bercanggah dengan pendirian Dr Mahathir? Bolehkah dibenarkan seorang menteri, apalagi seorang menteri kanan, ingkar kepada ketuanya?

Tidakkah juga kita melihat agenda kaum imperialis Barat? Media mereka, malah pegawai-pegawai tinggi mereka, seperti Margaret Thatcher, William Cohen dan Madeline Albright, memuji-memuji Anwar serta memperleceh Mahathir. Soros sendiri berkata Mahathir "Berbahaya kepada Malaysia"! Bolehkah kita membiarkan keadaan ini berterusan? Adakah kita berpihak kepada kaum imperialis atau kepada bangsa kita?

Kedua, Anwar dipecat daripada keanggotaan Umno oleh Majlis Tertinggi kerana kerendahan moralnya. Memang kes dakwaan terhadap penulis buku 50 Dalil - Mengapa Anwar tidak boleh jadi PM kini akan dibicarakan dalam mahkamah kita. Kes ini akan membersihkan Anwar jika penulis itu didapati salah. Tetapi Majlis Tertinggi (MT) membuat keputusan bagi pihak Umno berdasarkan laporan Presidennya sendiri.

Anwar sendiri hadir dalam mesyuarat itu untuk membela dirinya, tetapi nyatalah beliau gagal meyakinkan anggota MT bahawa beliau tidak salah. Umno tentu mempunyai muslihatnya sendiri untuk bertindak tanpa menunggu keputusan mahkamah.

Mengikut kenyataan Ketua Polis Negara, Anwar sendiri mungkin didakwa di mahkamah di bawah pelbagai undang-undang.

Sekiranya, apabila kedua-dua kes ini dibicarakan di mahkamah dan Anwar didapati tidak bersalah dan tuduhan-tuduhan terhadap Anwar fitnah dan konspirasi belaka, Anwar boleh dipulih balik dalam Kerajaan dan dalam Umno. Dr Mahathir sendiri akan terpaksa meletak jawatan. Tetapi, Anwar sekarang nampaknya tidak sanggup menghadapi perbicaraan itu dan berusaha untuk menutup kes beliau dengan mempengaruhi orang ramai supaya berpihak kepada beliau. Nama yang sebenar untuk perbuatan ini ialah pemberontakan terhadap negara.

Jika Anwar dalam Kerajaan dan parti seorang yang tidak sabar menunggu gilirannya, di luar Kerajaan dan parti sekarang, beliau nampaknya lebih tidak sabar dan angkuh. Seorang yang waras akan mengambil cuti sekurang-kurangnya dua minggu atau sebulan untuk menyemak kembali kehidupannya dan memikirkan masa depannya. Bukan saja beliau tidak berbuat demikian, malah beliau terus menjadi seorang pembangkang yang penuh emosi, menukarkan rumahnya menjadi tempat perhimpunan awam, serta melancarkan suatu gerakan reformasi pula!

Seperti kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selama 16 tahun dalam parti dan 15 tahun dalam Kerajaan, apa reformasi yang beliau buat? Tidakkah beliau sedar bahawa reformasi yang patut beliau lakukan ialah reformasi terhadap dirinya sendiri? Tetapi yang lebih berbahaya, agenda reformasi ini ialah agenda kaum imperialis baru.

Barat menuntut supaya Russia dan China membuat reformasi. Makna reformasi ini ialah globalisasi, liberalisasi dan deregulasi, yakni membuka pintu negara mereka sepenuhnya kepada penjajah baru yang tidak kurang rakus dan zalim daripada penjajah lama, tetapi yang dibungkus dalam bahasa yang sedap, seperti `demokrasi', `hak asasi', `anti rasuah', `ketelusan' dan sebagainya.

Badan-badan NGO seperti Club of Rome, World Wildlife Fund (WWF), Transparency International yang mereka taja digunakan untuk penjajahan baru ini di seluruh dunia. Inikah reformasi yang dikehendaki Anwar dan pengikut-pengikutnya sekarang?

Anwar selepas dipecat sanggup membuat apa saja untuk kepentingan dirinya. Strategi dan taktiknya sekarang ialah untuk kebencian orang ramai terhadap Kerajaan, khasnya Perdana Menteri, dan dengan itu menggulingkan Kerajaan supaya ia boleh berkuasa. Beliau nampaknya tidak berminat lagi untuk mempertahankan dirinya di mahkamah, kerana, kononnya, mahkamah kita tidak dapat lagi memberi keadilan kepadanya.

Sebenarnya, Anwar telah memerangkapkan dirinya sendiri. Semasa beliau dalam parti dan Kerajaan, beliau telah merancang untuk sampai ke atas. Beliau telah meletak orang-orangnya di tempat yang strategik menggulingkan atau cuba menggulingkan mereka yang taat kepada Mahathir (lihat contoh di Kedah apabila beliau cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar), membuat pakatan dengan sesetengah kalangan agama di negara kita dan dengan kuasa-kuasa luar untuk menyokong dia dan menjatuhkan Mahathir. Semua ini dia lakukan di belakang Mahathir dengan menggunakan nama Mahathir dan dengan kerap kali melafazkan "kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi" kepada Mahathir.

Inilah Anwar Ibrahim yang sebenar.

p/s: Artiel ini ditulis oleh Kasim kira-kira 10 tahun lalu/

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.