Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Wednesday, February 10, 2010

Kita tanya ulama Pas

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta penyokong pakatan pembangkang di Perak memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Kelantan itu ketika ditemui para pemberita di Kota Baru berkata, perasaan benci perlu ditanam dalam hati rakyat terhadap keputusan itu kerana kemenangan Barisan nasional (BN) bukan menerusi pilihan raya, sebaliknya
rampasan kuasa.

“Keputusan hari ini (semalam) yang memberi peluang kepada Zambry menang, maka rakyat boleh menentang keputusan mahkamah. Walaupun tidak dengan demonstrasi tetapi perasaan benci dalam hati kepada keputusan (mahkamah),” kata Nik Aziz.

Bagi lebai, Nik Aziz sebenarnya mempunyai `dua wajah'. Wajah pertama, Nik Aziz sebagai ulama ilmu kalam dan wajah kedua Nik Aziz sebagai ahli politik Pas. Dari segi ilmu kalam atau teologi, kenyataan Tok Guru itu masih boleh dipertahankan kebenarannya, itu pun dari sudut teologi saja.

Bagi sudut politik sosioekonomi pula, Nik Aziz perlu bersedia menerima risiko di atas kenyataannya. Perbezaan di antara kedua-dua wajah itu menunjukkan bahawa pada diri seorang ulama ternama seperti Nik Aziz masih belum dapat menyelami pemikiran politik masa kini.

Inilah dakyah politik Nik Aziz dan pakatan pembangkang yang suka sangat menyemai bibit kebencian terhadap orang lain terutama kerajaan Barisan Nasional (BN). Semua ini didorong oleh sikap cauvinis kepartian. Mereka akan menanamkan kebencian kepada semua orang. Kalau mereka tidak mempunyai ada alasan, maka mereka akan mencipta macam-macam alasan.

Dakyah Nik Aziz ini sangat bahaya kerana Perak tidak boleh mencapai kemajuan jika wujud sikap saling bencimembenci, sedangkan BN positif untuk melaksanakan sesuatu, perpaduan kaum, keamanan dan pembangunan.

Inikah rupa orang yang digelar Tok Guru atau ulama. Tapi Lebai faham bahawa ulama Nik Aziz sebenarnya adalah gelaran yang diberi oleh orang lain. Tok Guru ini mengajak orang benci-membenci. Tok Guru ini tidak boleh menerima hakikat bahawa Yang Maha Esa memberi peluang kepada Dr Zambry untuk mentadbir Perak. Kenapa hendak dilawan takdir Tuhan.


Kalau tanpa izin Yang Maha Esa, Zambry tidak akan jadi MB.

Sekarang Yang Maha Kuasa memberi izin kepada Zambry dan tidak memberi izin kepada Nizar. Kena lah kita terima ketentuan Ilahi ini dengar hati yang terbuka, bukan menentang. Jika kita menentang bermakna kita menentang kuasa Yang Maha Esa. Minta dijauhkan lah. Kita umat Islam kena sedar akan ketentuan Ilahi.

Biarlah orang kafir dalam Pakatan Rakyat yang menentang ketentuan Yang Maha Esa, sebab mereka bukan faham atau terima pun pasal Islam.

Lebai ingin bertanya penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam. Lebai ingin bertanya kepada Nik Aziz yang tinggi ilmu agama Islamnya. Lebai ingin bertanya kepada Mursyidul Am Pas dan ulama-ulama digelar dalam Pas:

"Siapa lantik Zambry jadi MB Perak?"

Lebai ada jawapan, tapi saja kita mahu melihat sejauh mana dan setinggi mana ilmu ulama-ulama Pas.

Sikap Nik Aziz ini banyak Lebai ulas dalam tulisan-tulisan sebelum ini. Belah baca sini, sini, sini, sini.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Thursday, February 4, 2010

Rupa peliwat bertukar babi: Ibnu Abbas

Gambar dari blog dayak007.blogspot.com

Oooooo inikah tempat Anwar Ibrahim melepaskan nafsunya terhadap orang muda?

Jika kes pertama dulu tilam dibawa ke mahkamah selepas dirampas oleh polis ketika menyiasat dua unit pangsapuri yang dimiliki Bandaraya Development Corporation, anak syarikat kepada Magnum Corporation Bhd. Adakah kali ini tilam dan cadarnya akan dibawa ke mahkamah juga?

Lebai pun ikuti juga kisah Anwar ni. Seperti yang Lebai ketahui, malah pelajar-pelajar yang bersama Anwar masa di MCKK dulu pun ketahui, maka Lebai tidak terkejut tuduhan yang dihadapi oleh Anwar kali ini.

Meliwat ni salah dan haram dalam Islam.

Ada pun homoseksual atau liwat (melakukan hubungan jenis lelaki dengan lelaki) lebih-lebih lagi diharamkan. Si pelakunya diancam dengan seksaan yang pedih. Kaum Nabi Lut yang pernah melakukan perbuatan keji itu, bumi tempat mereka tinggal diterbalikkan Allah sebagai tanda kutukan dahsyat kepada mereka, di samping itu untuk menjadi iktibar kepada umat di kemudian hari. (Rujuk: Ayat 80 84 Surah al-A`raf, ayat 77 82 Surah Hud).

Liwat adalah satu perkataan yang berakar tunjang daripada kalimah Lut, iaitu nama seorang nabi yang diutuskan kepada satu bangsa. Nabi Lut ialah saudara sepupu kepada Nabi Ibrahim. Lut diutuskan kepada satu bangsa yang melakukan kemungkaran iaitu kalangan lelakinya lebih suka melakukan hubungan jenis sesama sendiri, manakala wanita juga melakukan hubungan jenis sesama perempuan. Kedatangan Lut adalah untuk membanteras maksiat yang nyata bertentangan dengan sifat tabii dan fitrah kejadian manusia.

Allah menceritakan hal kaum Lut ini dalam firmannya yang bermaksud: "Dan ingatlah kepada kisah Nabi Lut apabila ia berkata kepada kaumnya, adakah kamu tergamak melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh orang yang sebelum kamu? Sesungguhnya, kamu telah melakukan hubungan jenis sesama lelaki dan tidak melakukannya dengan perempuan, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas. Kaumnya menjawab sambil berkata:

"Usirlah Lut dan pengikutnya keluar dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya, mereka kononnya manusia yang bersih. Maka, Allah selamatkan Lut dan keluarganya melainkan isterinya yang termasuk dalam golongan yang berlumuran dengan dosa. Dan Allah hujani mereka dengan hujan batu. Maka perhatikan kesudahan orang yang berdosa." - (Al-Akraf: 80-84).

Dalam firman lain yang bermaksud: "Apabila telah datang azab daripada kami, kami balikkan bumi kaum Nabi Lut yang atas ke bawah dan kami turunkan hujan batu yang tersangkut keras bertubi-tubi. Sebagai peringatan daripada Tuhanmu. Dan seksaan seperti itu akan terus menimpa orang zalim."- (Hud: 82-83).

Pastinya perbuatan homoseks dan lesbian kaum Lut ini akan berterusan sampai ke generasi kita hari ini kerana tiada kekuatan iman dan pendidikan yang kental mengenai ilmu agama. Dan inilah yang pernah dibimbangi oleh Nabi Muhammad lebih 1400 tahun lampau sebagaimana dalam sebuah hadis yang berbunyi: "Perkara yang paling aku bimbangi menimpa kamu semua ialah perbuatan kaum Lut. Sambil baginda melaknat orang melakukan perkara sedemikian."

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Empat golongan yang melalui pagi harinya dalam kemarahan Allah dan melalui petang harinya dalam kemurkaan Allah: Orang lelaki yang menyerupai wanita; orang perempuan yang menyerupai lelaki; orang yang melakukan hubungan jenis dengan binatang; orang yang melakukan liwat."

Baginda sekali lagi bersabda yang bermaksud: "Apabila lelaki menyetubuhi lelaki akan bergegarlah Arasy Tuhan kerana takutkan kemurkaan Allah. Langit pula hampir jatuh menghempap bumi, tetapi sempat dipegang penjurunya oleh malaikat sambil membaca Qul Huwallah sehingga reda kemurkaan Allah tadi."

Berkata Ibnu Abbas: "Sesungguhnya orang yang melakukan liwat apabila meninggal dunia nanti tanpa sempat bertaubat rupanya akan bertukar menjadi rupa seekor babi."



REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Saturday, January 30, 2010

Gambar kahwin Adukataruna dan isteri

Majlis perkahwinan Adukataruna meriah di rumah keluarganya di Nombor 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi dekat Seremban hari ini. Kelihatan Adukataruna yang kini sudah popular di kalangan rakyat Johor gembira di samping isterinya.

Ada, anon yang menghantar komen kepada Lebai bertanya adakah Rumah Rakyat Panchor itu adalah perumahan rakyat untuk orang miskin?

Rasa-rasa Lebai lah, memang perumahan rakyat itu dibina oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang diperintah oleh Barisan Nasional/Umno untuk golongan berpendapatan rendah. Ini termasuklah rumah yang diduduki oleh Adukataruna tu.

Tetapi, biasalah bagi kebanyakan puak-puak pembangkang ni. Tidak pernah mengenang budi. Apa yang dibuat BN/Umno tak betul.

Sama lah dengan waktu Tun Mahathir syorkan negara keluarkan kereta sendiri. Bukan main bangkang lagi puak-puak Pas dan DAP masa itu. Tapi, sekarang ini lihatlah, anak-anak mereka juga yang menggunakan kereta nasional. Itulah yang dinamakan HIPOKRIT.

Apapun, lebih 1,000 orang juga lah yang hadir kenduri Adukataruna hari ini. Kedua-dua mempelai memakai pakaian serba kuning meraikan tetamu, rakan serta sanak saudara pada majlis makan beradat kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Tak tahu lah pula Lebai kalau orang JOHOR pun ada yang datang.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Selamat Pengantin Baru Adukataruna....

.........Walaupun kenduri kahwin Adukataruna berjalan lancar hari ini jangan lah lupa pula tarikh yang lagi satu penting iaitu 31 MAC ini.

Cuma Lebai nak tanya... tak jemput orang JOHOR makan kenduri sama ke?

Lebai difahamkan oleh kawan-kawan di Paroi bahawa persiapan kenduri di Rumah Rakyat Panchor, Paroi tu boleh tahan rancak.

Dapat isteri orang Kota Baharu, Kelantan, kena belajar makan budu.

Khemah dengan tema ungu dan putih pun dah tersergam indah di luar rumah keluarga juruteknik komputer ini yang difahamkan sudah mula dipasang mulai petang semalam lagi.

Bulan lalu majlis persandingan di pihak perempuan sudah dilakukan di Kota Bharu, Kelantan. Dengar kata boleh tahan juga meriah.

Haaa... orang JOHOR kalau nak makan kenduri Adukataruna yang dituduh di mahkamah kerana menghina Almarhum Sultan Johor boleh lah pergi. Tak dijemput pun tak apa, boleh meriahkan majlis 'membina masjid'. Tak kan lah Adukataruna nak saman pula!

Kalau pembaca sekelian nak tahu perkembangan kes perbicaraan Adukataruna, baca paper atau laman blog dan web. Malas Lebai nak cerita panjang-panjang. Buat sakit hati je.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Thursday, January 28, 2010

LANCAU LU HISHAM....

Lebai dapat email daripada seseorang yang meminta Lebai post-kan tulisan beliau. Beliau memberi tajuk "LANCAU LU HISHAM". Lebai tidak mengubah apa-apa pun. Jadi bacalah....
*****************
Hari ini ada berita daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Hishammuddin seperti dilaporkan telah menyatakan bahawa:

KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan rumah ibadat. Kata Hishammuddin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah diarah turun padang untuk memantau siasatan kes empat kepala babi hutan yang berbungkus plastik ditinggalkan di pintu masuk perkarangan dua masjid di Petaling Jaya, semalam.

"Dalam hal ini, saya tak pernah berkompromi dan kita telah buktikan dalam kes-kes di gereja dan surau sebelum ini kita telah ambil tindakan di mana semua yang terlibat telah ditahan, dan akan dihadap ke mahkamah bergantung kepada kesesuaian masa oleh pihak Peguam Negara," katanya.

**************

Ini Hisham komen pasal KEPALA BABI YANG DILETAKKAN DI PERKARANGAN MASJID DI PETALING JAYA, SEMALAM.

Bagi Lebai ini sudah dikira KURANG AJAR...DAN MEMANG NAK MAMPOS...
WAH...WAH...WAH

Halo Hisham.. Ni Lebai nak habaq mai...
KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Jangan cakap berdegar-degar tapi tak ada apa-apa.

Melayu di Malaysia yang dikategorikan sebagai umat ISLAM, sudah semakin diCABAR. Apa LU mau buat? ISA? What????? Tangkap orang yang dikatakan PENGGANAS? Hey.. itu orang yang lu tangkap tak boleh anca,m keselamatan Malaysia la.... Lu tak berani tangkap orang yang mengkucar-kacirkan negara kita, seperti ANWAR IBRAHIMK, KARPAL SINGAH, LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG dan NIZAR?????

Sudah la LU... Jangan berlakon dengan kita orang la... Kita orang NEWSPAPER punya orang la...

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Wednesday, January 27, 2010

Untuk Zulkifli Nordin...renung-renungkan lah

Saya, ZULKIFLI BIN NOORDIN, dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada hari Isnin 13 Ramadhan 1381 bersamaan 19 Februari 1962.

Mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.


Inilah yang saudara tulis di sebelah kanan laman blog anda. Pastinya saudara seorang yang AMAT bijak pandai. Lebai tak lah bersekolah setinggi saudara.. namun BACA lah apa yang ingin Lebai luahkan kepada saudara dan sekelian pembaca budiman...

ZUL.....

Kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Konsep utama daripada prinsip ini ialah seorang pemimpin haruslah berani, berilmu dan adil dalam segala tindakannya.

Kombinasi daripada ketiga-tiga prinsip itu amat penting sebagai khalifah di muka bumi ini dalam usaha menuju keredaan Allah SWT. Firman Allah, "Dan Allah tidak menganiayai mereka tetapi mereka yangmenganiayai diri mereka sendiri."(3:117)

Dalam hal ini Lebai berseru kepada Zul supaya tabahkan hati dan yang penting TETAPKAN IMAN.

Wahai Zul...

Imam Al-Ghazali
memberikan huraian yang paling baik mengenai psikologi manusia. Kata Imam Al-Ghazali...manusia pada hakikatnya terbina daripada empat unsur sosiologi penting iaitu sifat ketuhanan; marah; kesyaitanan; dan sifat kebinatangan serta hawa nafsu.

Oleh itu untuk membebaskan diri daripada belenggu itu, manusia wajib beriman dengan akal yang rasional kerana hanya melalui iman dan amal yang salih saja dapat mengawasainya.

Untuk Zul daripada Lebai...

Konsep kepimpinan dalam Islam yang lebih luas adalah diasaskan kepada beberapa unsur yang penting iaitu, kasih sayang, adil, tidak pilih kasih, tanggungjawab dalam setiap aspek dan jujur. Hakikat ini jelas ditunjukkan Rasulullah SAW dan dijadikan ikutan manusia pada hari ini dalam menuju matlamat memenuhi tugas sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi ini.

Zul...

Dalam pengertian yang hakiki, kepimpinan dalam Islam ialah amanah keinsanan berupa pelaksanaan dua tugas insan yang telah dijelaskan oleh al-Quran. dan dengan demikian maka kepimpinan dalam Islam tidak dapat dipisahkan daripada konsep ibadat dan khalifah.

Zul mempunyai kepimpinan dan tanggungjawab moral yang besar. Suatu amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua orang dewasa yang sudah mukallaf. Ingatlah bahawa kedudukan pemimpin bukan lagi satu keistimewaan, tetapi Zul mempunyai satu tanggungjawab yang sangat berat dan memerlukan ilmu pengetahuan, cekal dan akhlak mulia untuk melaksanakan tugas Zul sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Lebai, walaupun dari segi politik tidak sealirah dengan Zul (sebab Lebai adalah ahli Umno), tetapi dalam hal mempertahankan agama Islam, al-Quran dan sunnah Rasullullah, Lebai menyokong Zul 100 peratus. Kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam. Tidak ada toleransi. Dan bercakap mengenai toleransi ini, umat Islam di Malaysia kini sedang DIAJAK supaya bertoleransi dengan penganut agama lain.

Apa pendapat saudara Zul mengenai TOLERANSI, khususnya dari sudut kalimah ALLAH??? Jelas bagi Lebai dalam hal ini kita tidak boleh berTOLERANSI.

Bagi Lebai....

Tahap toleransi yang paling tinggi adalah kebebasan penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat serta amalan mereka, walaupun ia mungkin bertentangan dengan agama kita iaitu Islam.

Dan yang paling penting ialah PENGANUT AGAMA LAIN TIDAK BOLEH CUBA BERDAKWAH KEPADA ORANG ISLAM/MELAYU, SUPAYA MENGIKUT AGAMA MEREKA (ini dalam konteks Malaysia).

Lebai menyeru kepada diri sendiri, kepada Zul dan kepada bangsa Melayu/Islam supaya mengingati bahawa walaupun kita boleh bertoleransi tetapi mesti ada hadnya. Ini jelas disebut dalam al-Quran bahawa "orang bukan Islam itu musuh orang Islam".

Kita perlu ingat bahawa umat Islam telah dibunuh dengan sewenang-wenangnya disebabkan masih wujud salah faham dengan istilah toleransi, sedangkan toleransi yang diambil oleh sesetengah bijak pandai Islam menjadikan alat dan senjata untuk meruntuhkan akidah umat Islam di seluruh dunia selepas runtuhnya kegemilangan Islam.

Zul... INGATLAH.. bahawasanya martabat Islam tidak boleh ditinggikan hanya kerana kita sedia bertoleransi dengan bukan Islam. Kita lihat di dunia sekarang, tidak pernah ada sebuah negara yang dikuasai oleh umat Islam menghalang orang kafir menganut fahaman agama mereka. Tetapi negara yang dikuasai orang bukan Islam sentiasa menghalang perkembangan Islam dan bukan saja setakat menghalang, malah ramai umat Islam dibunuh kerana menyebarkan agama Islam.

Apakah dalam kes kalimah Allah ini masih boleh kita bertoleransi?

Bagi Lebai dan bagi Zul juga, perkara ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip Islam. Tidak ada ayat al-Quran yang menyeru umat Islam bertoleransi dengan orang bukan Islam dalam kes kalimah Allah.

Zul...

Lebai, bukanlah arif sangat mengenai Islam. Lebai juga memerlukan bimbingan dan begitu juga dengan Zul. Kuatkan iman, tabahkan hati dan pertahankanlah kalimah suci ALLAH itu dengan hati yang ikhlas.

Pertahankan kalimah ALLAH kerana IMAN MU, BUKAN KERANA POLITIK.

Zul....

Umat Islam sekarang ini mudah tergoda dan lemah pegangannya, walhal Islam adalah satu agama yang tidak boleh dipermain-mainkan. Kegagalan kita untuk memahami nilai fitrah Islam telah menjerumuskan kita kepada satu tindakan zalim yang dihalalkan di atas nama agama dan bahasa. Apabila emosi sudah menguafsai ikiran maka amatlah mudah slogan jihad dimanipulasikan untuk maksud mengabsahkan bencana yang telah ditempah mendiri, di atas kesilapan kita menentukan langkah dalam kesempatan masa yang suntuk dan darurat ini.

Kelemahan dan kesilapan kita sendiri mesti dijadikan landasan pembaikan. Keberanian kita mengungkap penyelewengan dan kepincangan, dapat menyelamatkan kita daripada mengulangi kesilapan masa lampau.

Wahai saudaraku Zul...

Lihatlah sejarah kerana sejarah harus dilihat sebagaimana adanya. Pembangunan semula intelektual dan peradaban Islam tidak hanya menuntut kepada reconstruction pemikiran dan sejarah, malah ia menagih satu usaha, destructuralisation yakni penyusunan semula keseluruhan sistem dan budaya keagamaan yang kita warisi.

Pembedahan dan perombakan bertanggungjawab terhadap seluruh kurikulum klasik Islam, termasuk fikh, usul fikh, usuluddin, tafsir, hadis dan juga sejarah, serta institusi Islam yang dilegitimasikan secara tradisional seperti mazhab, ijtihad, ijmak, qias dan ulama perlu diusahakan. Inilah tanggungjawab anda.

Zul...bersolat tahajud lah selepas pukul 12 tengah malam...

Tuntutan dunia hari ini menghendaki kita bukan sahaja melakukan reconstruction terhadap pemikiran, malah memerlukan satu, destructuralisation berdasarkan akal rasional yang dibimbing oleh petunjuk al-Quran dan tradisi kenabian yang disahkan oleh sejarah. Hanya dengan usaha seperti inilah kita akan berjaya mengenali identiti Islam, diri kita yang sebenar. Dengan keperibadian Islam itu, barulah kita mampu memikul beban yang diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia Muslim sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan membangunkan kembali peradaban umat serta menyahut cabaran kuasa kuffar yang semakin rakus.

Di negara ini, umat Islam menerima hakikat bahawa orang bukan Islam boleh memakan atau minum atau mengamalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam. Selain larangan agama, budaya orang Islam Malaysia menolak bukan sahaja makanan yang diharam, tetapi tidak pun sanggup melihat makanan ini. Namun tidak terlintas dalam hati di kalangan orang Islam untuk mengharamkan makanan yang tidak haram bagi penganut agama lain. Sikap ini adalah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu "kepada aku, agama aku, kepada engkau agama engkau" - Lakum di nukum wali yadeen".

Kepada yang bukan Islam yang membaca tulisan ini, INGATLAH bahawa "WALAUPUN KAMI MEMBENARKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGAMALKAN KEPERCAYAAN KAMU, TIDAK BERMAKNA ISLAM TIDAK WUJUD DI NEGARA INI. KETAHUI LAH BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI MALAYSIA."

Zul...

Lebai menyokong usaha saudara dalam usaha menjaga kepentingan agama dan akidah umat Islam daripada dirosakkan. Sokongan Lebai terhadap saudara Zul ini bukan lagi berasaskan politik tetapi lebih kepada soal menjaga masa depan Islam.

INGATLAH..."Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.'' (Al-An'aam: 121)

Perlu diketahui syaitan dan kuncu-kuncunya menggunakan senjata-senjata yang berlainan dari satu tempat ke satu tempat, dari satu zaman ke satu zaman. Malah, ia menggunakan cara-cara yang paling canggih yang belum dapat dicapai oleh ilmu pengetahuan manusia. Ia dapat memasuki hati manusia menerusi citarasa kekuasaan, kemegahan pangkat dan cintakan dirisendiri yang keterlaluan. Seperti keinginan manusia mengisi tuntutan perut, seks, harta kekayaan dan keinginan menjadi masyhur.

Itu semualah yang menjadi medan dan lapangan yang luas untuk syaitan bertindak menyesatkan anak cucu Adam itu. Semua kerjanya itu bertujuan supaya manusia terjatuh ke dalam maksiat dan menyekatnya daripada petunjuk Allah.

Selain itu, Zul mesti ingat bahawa ada
lagi satu pintu yang boleh dimasuki oleh syaitan ke dalam hati manusia yang mana tidak terputus ia daripada hubungan hawa
nafsu, iaitu melalui pintu kesombongan intelektual. Seseorang itu, apabila terasa bahawa dia mempunyai akal fikiran yang istimewa dan ilmu pengetahun yang luas, senang saja bagi syaitan mencelahkan dirinya melalui pintu ini dengan membawa ke dalam hati anak cucu Adam pelbagai ragam rasa was-was, syak dan ragu sekitar akidahnya terhadap Pencipta-Nya. Sifat-sifat-Nya dan perkara ghaib yang disampaikan kepada manusia menerusi Rasul-Nya.

Yahya bin Mu'az pernah berkata: "Musuh manusia adalah tiga - dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berjaga-jagalah dari dunia dengan mengamalkan zuhud. dan dari syaitan dengan menentang godaannya dan dari nafsu desngan meninggalkan syahwatnya.''

Mudah-mudahan saudara akan mendapat keberkatan kerana membela kalimah ALLAH. Dan mudah-mudahan anda Allah akan membuka hati saudara untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku....Lebai hanya boleh berdoa mudah-mudahan saudara menarik diri daripada PKR, DAP dan PAS.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Monday, January 25, 2010

Sah Aduka Taruna ditangkap di Kota Bharu

Blogger Aduka Taruna, yang menyiarkan kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri Johor ditahan pukul 4 petang tadi di sekitar Kota Bharu, Kelantan sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor.

Penulis blog berusia 28 tahun itu ditahan membantu siasatan behubung kenyataan dalam blognya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Aduka taruna dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan. Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan iaitu IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, dikatakan menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak. Penulis blog itu menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Penulis dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, 58, pula ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008 kerana didapati boleh mengganggu dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam, tetapi dibebaskan dua bulan selepas itu selepas penahanannya diisytiharkan tidak sah.

Pblog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 38, ditahan mengikut Akta Hasutan pada September 2008 kerana membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Sunday, January 24, 2010

Ghazali Shafie @ King Ghaz meninggal


Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya kira-kira 7.45 malam tadi. Allahyarham berusia 88 tahun. - al-Fatihah


TUN MOHD GHAZALI SHAFIE
* Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang
* Tarikh lahir: 22 Mac 1922
* Isteri: Toh Puan Khatijah Abdul Majid
* Anak: Bachtiaer dan Sheriffudin

* Pendidikan Sekolah Melayu Raub, Pahang (1928) Sekolah Melayu KualaLipis (1929) Sekolah Melayu Bentong (1930) Sekolah Melayu Penjum (1931)Sekolah Inggeris Raub (1932-1939) Sekolah Clifford, Kuala Lipis(1939-1940) Raffles College, Singapura (1941) University College ofWales, Aberystwyth, Wales (1948-1951) Oxford University, England (1953)London School of Economics and Political Science, London (1953)

* Kerjaya 1941: Anggota Malayan Volunteer Force No.17317 1944-1945: Anggota Force 136, South East Asia Command Officer danAnti-Japanese Resistance Movement 1945-1946: Anggota 757 Field Security Section 1946-1948: Timbalan Pembantu Pegawai Daerah Lipis 1951-1952: Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 1955: Berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaya di London dan SuruhanjayaTinggi British di New Delhi, India 1956: Wakil Tetap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1957: Pesuruhjaya Malaya di New Delhi, India, Timbalan Setiausaha TetapKementerian Luar 1959-1970: Setiausaha Tetap Kementerian Luar 1961: Pegawai Projek bagi pembentukan Malaysia 1962: Anggota Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan Malaysia 1969-1971: Anggota Majlis Gerakan Negara dan Majlis PerundinganKebangsaan September 1970-1972: Senator September 1970: Menteri Tugas Khas (PerancanganEkonomi) Januari 1972: Menteri Penerangan 1972-1973: Menteri Tugas Khas 1973-1981: Menteri Dalam Negeri 1973-1974: Menteri Penerangan (portfolio tambahan) 1981-1984: Menteri Luar 1984: Visiting Profesor, National University of Singapore. Februari 1989: Pengerusi Majlis Perunding Ekonomi Kebangsaan (NECC) 1991: Perunding Kanan Pusat PBB Mengenai Kerjasama Antarabangsa di NewYork. 1998-2000: Profesor Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti KebangsaanMalaysia

* Politik
1958-1978: Anggota Jawatankuasa Politik Umno
1971-1984: Anggota Majlis Tertinggi Umno
1972: Ketua Bahagian Umno Pahang Barat
1972-1986: Ahli Parlimen Lipis, Pahang.
1981: Naib Presiden Umno
2001: Anggota Lembaga Disiplin Umno

**************************



Sementara itu, Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.




REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Friday, January 22, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT (update)


Lebih kurang pukul 7 malam tadi di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Pengumuman rasmi oleh Kerajaan Negeri Johor sedikit masa lagi.

Sebelum itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik Pemangku Raja selepas ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, dimasukkan ke hospital.
**Pengumuman rasmi akan dibuat selapas pukul 10 malam ini di Johor. Kebanyakan pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor termasuk MB, Exco sudah memakai songkok berlilitkan kain putih (berkabung).

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Friday, January 15, 2010

Dikir Rambong untuk Nik Aziz

Lagu asal Kapilla "Dikir Rambong” di sini

Tok Guru lah ni ni tok supo mulo
Tak berani Husam nok tego
Tengok kerling hujung mato
Tengok kerling hujung mato
Nyo mari angin selak Fahmi kayo

( Ulang 1 3X )

Sabik kata tak bole nok harap

Demo bodo serta darat
Ooo… oo…
Tok Guru err

Kawe ghoyak demo tak dengar
Kawe ghoyak demo tak dengar
Kasih Tok Guru tak tanggung jawab

Tok guru le ni tok supo dulu

Rasa sedih serta malu
Kasih Tok Guru pada menantu
Ooo… oo…
La Husam Ooo

Bila datang anak menantu
Bila datang anak menantu
Rakyat ditinggal setiap waktu

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Thursday, January 14, 2010

Kepada Najib dan Hisham, baca ini hingga selesai

"Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya. Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan orang Melayu. Saya ingin menyatakan untuk kali terakhir bahawa Pemuda tidak akan melayan lagi polemik melulu ini."

Hisham juga memberitahu bahawa keris dikucup bukan sekadar menerima kuasa, malah tanggungjawab yang datang bersamanya serta kesediaan menjunjung tinggi tugas diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.

"Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dantanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama menunaikan amanah yang diterima," katanya.

Hishammuddin berkata, tekad yang dibawa melalui Keris Panca Warisan dan semangat panji Sang Saka Bangsa mencerminkan perjuangan Umno bagi mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama serta negara.

Katanya, walaupun Umno dituntut mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara, Perkara 3 Perlembagaan Umno sentiasa mengingatkan ahli parti supaya mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat yang kuat dan bersatu.

Demikianlah mesej Hisham ketika berucap dalam perhimpunan Pemuda Umno beberapa tahun lalu yang bertemakan 'Pemuda Perjuangan'. Mesej itu ditujukan kepada pemimpin dan masyarakat bukan Melayu yang mendakwa tindakan beliau menghunus Keris Panca Warisan sebagai mencabar mereka.

Hisham juga menyampaikan pantun:

Kita tunduk memberi hormat;
Kita mengangguk mengiakan;
Kita berkalis menolak sengketa;
Diam jangan disangka tunduk;
Mengalah jangan disangka lemah.

Benarkah Hisham? Apa jadi selepas itu. Anda kemudian meminta maaf.

Lebai ingin mengingatkan:

"There is no compulsion in religion", and, "Unto you, your religion unto me, my religion".

Pada....tahun-tahun sebelum ini, bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia sentiasa tercabar dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh kaum Cina dan India serta penganut agama bukan Islam. Banyak peristiwa yang berlaku yang hampir menyebabkan huru-hara di seluruh negara.

Dan yang terbaru ialah isu kalimat Allah.

Lebai pun mushkil juga dengan Kementerian Dalam Negeri, lebih-lebih lagi terhadap menterinya, Hisham yang lebih banyak bercakap dan memberi amaran sana sini. Kita dapati ada beberapa pihak seolah-olah cuba menguji kesabaran kerajaan dalam menangani beberapa kemelut politik yang ditimbulkan. Sama ada sedar atau tidak, kita dapati sekarang berpiket dan mengadakan demonstrasi jalanan, seolah-olah sudah menjadi trend rakyat negara ini.

Begitu juga dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, mempertikaikan langkah Sultan Perak yang didakwa mencampuri urusan kerajaan negeri, adalah satu percubaan untuk menguji keistimewaan hak Raja Melayu. Langkah Karpal ini menyebabkan ramai orang Melayu.

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba `menangguk di air keruh' kerana memanipulasi beberapa isu sensitif yang timbul - bukan sekadar mengeluarkan kenyataan supaya rakyat bertenang. Isu sensitif terutama berkaitan kalimah Allah dan agama Islam, bukan boleh menenangkan orang Melayu Islam. Orang Melayu walau sejahat mana dia, tetapi apabila diperkecilkan agama Islam dan Allah, dia akan melenting.

Sebab itu, ramai yang tiba-tiba disentak dengan kejutan, apabila Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald dibenar menggunakan kalimah Allah. Kita anggap perkara itu bagai "nasi menjadi bubur". Kerana keputusan itu adalah keputusan Mahkamah Tinggi. Walaupun kita boleh mengemukkan rayuan yang kemudiannya hakim yang sama menerima rayuan itu supaya penggunaan kalimah Allah oleh Herald ditangguhkan. Namun masih kita anggap "nasi sudah menjadi bubur".

Kenapa?

Inilah kealpaan kita bangsa Melayu yang kerap bergaduh sesama sendiri hingga anasir halus menusuk bagaikan jarum tanpa disedari terus mengkocar kacirkan umat Islam dengan isu itu.

Seperti diperkatakan oleh mantan Perdana Menetri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu kalimah itu sudah bermula sejak beliau menjadi PM. dan kita hairan kenapa ketika Tun M menjadi PM perkara itu tidak dibawa hingga ke mahkamah. Apa strategi yang digunakan oleh Tun M ketika itu? Lebai bukan dalam Kabinet dan kita tidak tahu...

Tetapi kenapa selepas Tun M tidak menjadi PM dan digantikan dengan Pak Lah dan Syed Hamid Albar menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, perkara itu terus dibawa ke mahkamah? Kemudian yang menanggungnya ialah Najib.

Sebenarnya, tugas Lebai tergolong dalam kategori profesional. Bukan setakat menulis blog, Lebai juga membuat kajian dan pemerhatian dalam semua perkara yang berlaku sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik. Setiap hari Lebai bermain dengan bermacam-macam kerenah kehidupan dan Lebai bukan baru dalam bidang ini.

Dan, dalam isu kalimah ini apa yang berlaku telah Lebai katakan bahawa bagai "nasi sudah menjadi bubur". Sementelahan itu dan daripada pemerhatian Lebai sejak sekian lama dalam hal pentadbiran kerajaan Lebai dapati kebelakangan ini, baik masa Pak Lah atau masa najib, kerajaan terlalu mengikut telunjuk dan permainan politik pembangkang. Dalam erti kata lain - TAKUT.

Kepada Najib dan Hisham, ingin Lebai peringatkan:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Sebab itu, apabila kalimah Allah dijadikan isu, jiwa Muslim memberontak.

Apakah Islam hanya mengajar kita untuk mencemuh si kafir, lebih daripada perbuatan itu sendiri? Lalu kita pun dengan mudah mengampunkan perbuatan mereka tanpa mempedulikan berapakah mangsanya? Apakah bezanya, seorang Islam yang membunuh, dengan seorang kafir yang membunuh?

Sejarah kita menyimpan maklumat yang cukup banyak untuk dimanfaatkan. Ia perlu diterokai untuk mencari ramuan yang mungkin dapat membantu kita mengurangkan, kalau tidak pun menyembuhkan bahana kemelut yang ditanggungi kini.

Orang bukan Islam di negara ini perlu INGAT bahawa:

Umat Islam Malaysia menerima hakikat bahawa orang bukan Islam boleh memakan atau meminum atau mengamalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam. Selain larangan agama, budaya orang Islam Malaysia menolak bukan sahaja makanan yang diharam, tetapi tidak pun sanggup melihat makanan ini. Namun tidak terlintas di kalangan orang Islam untuk mengharamkan makanan yang tidak haram bagi penganut agama lain. Sikap ini adalah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu "kepada aku, agama aku, kepada engkau agama engkau" - Lakum di nukum wali yadeen".

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Wednesday, January 13, 2010

Baling kuil Sikh: Tangan siapa...?

Apakah ini satu lagi cubaan oleh pihak berkepentingan peribadi untuk menimbulkan ketidakharmonian di kalangan kaum di negara ini? Apakah tindakan membaling batu ke rumah ibadat/kuil Sikh di Sentul, Kuala Lumpur semalam adalah cubaan untuk mengalih perhatian kepada isu-isu besar yang diperkatakan sekarang?

Jadi, tangan siapa yang melampar batu ke kuil Sikh itu?

Dalam kejadian semalam, kira-kira 20 biji batu kecil dibaling di sekitar kuil Gurdwara yang berusia lebih 100 tahun itu. Hanya sedikit kerosakan dilaporkan, tetapi pihak kuil menganggap kejadian itu adalah hal terpencil dan tiada kaitan dengan pembakaran sembilan gereja berikutan isu kalimah Allah, baru-baru ini.

Namun, Lebai berpendapat kejadian membaling batu di kuil Sikh itu adalah cubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama di negara ini. Lebai berharap polis mengambil tindakan segera, bukan sekadar memberi amaran seperti dilakukan oleh Menteri KDN, Hishammuddin Hussein.

Perlu diingat bahawa pada 2008 lalu, penganut agama Sikh turut memfailkan permohonan pencelah yang menyokong tuntutan Herald-The Chatolic Weekly. Presiden Majlis Gurdawara, Jagir Singh, membuat kenyataan bahawa perkataan Allah tidak saja untuk mereka yang beragama Islam. Majlis itu mendakwa, perkataan Allah yang digunakan bagi merujuk kepada Tuhan adalah sebahagian daripada integral kepada versi asal Kitab Suci Agama Sikh. Mereka mendakwa kitab itu adalah wahyu dari Tuhan dan perkataan asal dalam kitab itu tidak boleh ditukar, dipinda atau diubah.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Monday, January 11, 2010

Titah Sultan Selangor: Allah untuk Islam saja


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya kekal dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di negeri itu. Titah baginda itu yang disampaikan ketika Majlis Menghadap Pegawai Mais di Istana Mestika di Shah Alam, 5 Januari lalu, diumumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, di Dewan Seminar Masjid Negeri di Shah ALam, semalam.

Mohamad Adzib memberitahu bahawa pada majlis menghadap itu Sultan Selangor juga memerentahkan semua pihak supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan tidak boleh digunakan agama bukan Islam.

Baginda juga memerintah Mais supaya memaklumkan kepada rakyat bahawa ada undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, iaitu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988. Berikutan itu, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan bantuan polis akan menguatkuasakan segera enakmen berkenaan yang tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini kerana tiada isu berbangkit hal itu.


Dalam masa yang sama Majlis Agama Islam Selangor juga membuat 14 ketetapan antaranya istilah Allah bagi umat Islam berbeza dengan istilah 'God' bagi penganut Kristian yang percaya Tuhan berkonsepkan `trinity'. Apabila Allah dipakai dalam konteks kristianiti, maka ia memberi pelbagai implikasi yang membahayakan masa depan umat Islam dan mengelirukan kerana Allah itu boleh bermakna Tuhan Yang Esa atau 'trinity'.



Dalam hal ini, Mais berpendirian bahawa keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sebagai tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi. Keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan orang Islam.



Mais berpendirian bahawa isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan kerana mahkamah bukan tempat yang sesuai kerana membabitkan perkara `non-justiciable' yang terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. Penolakan permohonan Majlis Agama Islam Negeri untuk mencelah dalam kes itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan bahawa pihak majlis berkuasa selepas Sultan atau Raja yang mempunyai kuasa dan pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.



Majlis Agama Islam Negeri sebenarnya mempunyai tanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang untuk menasihatkan Sultan dalam semua perkara membabitkan hal ehwal Islam kecuali hal berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.Oleh itu, Mais mengarahkan peguam untuk membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi untuk menjaga kepentingan umat Islam dan merayu Majlis Agama Islam Negeri lain untuk merayu atau mencelah demi mempertahankan Islam.



Mais juga merayu Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri yang mempunyai kuasa terhadap isu itu supaya campur tangan kerana ia menyentuh bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam urusan agama, selain secara langsung menyentuh sensitiviti umat Islam. Mais juga merayu Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda mengikut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu itu ke Mahkamah Persekutuan bagi membuat tafsiran mengenai Perkara 3.

Perkara 130 menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapat mengenai perkara dalam peruntukan yang berbangkit dan mahkamah wajar mengumumkan pendapat itu dalam mahkamah terbuka.Mais turut membuat ketetapan untuk mendesak kerajaan supaya isu mengenai agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil oleh hakim yang bukan beragama Islam. Resolusi Mais itu akan diserahkan kepada Sultan Selangor untuk dibincangkan oleh Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada masa depan.




Komen Lebai: Apa kata pemimpin2 Pas dan Selangor dan apa kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad @ Khalid Gereja sekarang?

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Sunday, January 10, 2010

Panas: Surau dibaling batu.gereja cuba dibakar

Blinking Text - http://www.blinktextmaker.com


Dua lagi gereja iaitu satu di Miri, Sarawak dan sebuah lagi di Taiping hampir terbakar apabila ada pihak tertentu melemparkan bom botol, hari ini.

Sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Convent di Taiping juga diserang.

Dalam laporan terbaru hari ini, kereta seorang paderi yang diletak dekat sebuah gereja di Bukit Tengah, Pulau Pinang disimbah cat merah.

Dalam masa yang sama, dilaporkan bahawa sebuah surau di Klang dibaling batu.

Semua perbuatan itu disyaki ada kaitan dengan keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Kristian Malaysia - Herald - menggunakan kalimah Allah. Minggu lalu, tiga gereja di Lembah Klang hampir terbakar apabila dilempar bom api.

Laporan lanjut akan datang....

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.


Friday, January 8, 2010

Gambar2 demonstrasi/gereja dibakar

...Tetapi sebelum itu Lebai mahu beritahu maklumat yang Lebai dapat ketika demonstrasi itu.

...Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan polis Kuala Lumpur menangkap mereka yang mengadakan demonstrasi di Masjid Negara.

Bagaimanapun, polis diketuai Datuk Mohd Sabtu (KP Kuala Lumpur) tidak sempat menangkap mereka kerana demonstrasi hanya selama 25 minit....

Berikut gambar2 demonstrasi di seluruh negara yang sempat Lebai kumpul.









Gereja yang cuba dibakar ialah
* Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati;
* Gereja Assumption Petaling Jaya; dan
* Gereja Life Chapel di Damansara.




Insiden menyerang dan membakar gereja adalah tindakan sabotaj untuk memburukkan umat Islam dan merosakkan ekonomi negara, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata, tindakan yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab itu timbul di saat umat Islam di negara ini hangat menentang isu penggunaan kalimah ''Allah'' oleh agama lain memberi gambaran seolah-olah umat Islam adalah pengganas yang sanggup membakar rumah ibadat kaum lain hanya kerana menentang penggunaan kalimah ''Allah''.
"Ia seolah-olah memberi gambaran umat Islam adalah pengganas dan militan yang sanggup berbuat apa sahaja kerana kemarahan terhadap isu penggunaan perkataan Allah itu sedangkan belum terbukti mereka yang membakar gereja itu adalah umat Islam," katanya hari ini.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Wednesday, January 6, 2010

Kenapa Herald ada versi bahasa Melayu?....


....Bukan itu saja, malah Christian Federation of Malaysia (CFM) pada tahun lalu juga mendesak kerajaan Malaysia menyerahkan semula 15,000 naskhah kitab bible dalam bahasa Melayu yang dirampas.

Mereka mendesak supaya kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh orang Melayu Islam supaya membenarkan pengedaran bible dalam bahasa Melayu, dengan alasan Perlembagaan Negara tidak melarang. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan semua kaum mesti menggunakan bahasa Melayu. Alasan yang sukar bagi kita untuk disangkal.

Apa pula kata pejuang-pejuang bahasa Melayu yang sebelum ini menentang keras PPSMI? Pejuang-pejuang bahasa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang cukup gila untuk mendaulatkan bahasa Melayu sekarang ini tentu bangga
kerana penggunaan bahasa Melayu kini mula meluas hingga kitab bible pun diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Kenapa pihak gereja di Malaysia beriya-iya hendak memartabatkan bahasa Melayu dan menerbitkan bible bahasa Melayu serta akhbar Kristian edisi Melayu? Sedangkan penerbitan akhbar itu tahu bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah
Melayu dan beragama Islam.

Lantak lah jika Indonesia membenarkan pengedaran kitab bible dalam bahasa Melayu Indonesia. Kita bukan Indonesia... kita adalah Malaysia dan pihak geraja kristian di Malaysia tidak boleh menyamakan Indonesia dan Malaysia.

Kenapa kristian terbitkan akhbar Herald versi bahawa Melayu dan terjemahkan bible ke dalam bahasa Melayu dan kini mahu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka?

Jawapannya amat mudah: MUBALIGH KRISTIAN MAHU MENYEBAR DAKWAH KRISTIAN KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA. Dengan perkataan lain mengkristiankan Melayu Islam. Nah, itu tujuan sebenar mereka.

Tujuan menyebar dakwah kristian di kalangan orang Melayu di Malaysia sudah bermula sejak Malaya lagi. Pernahkan anda membaca kesusteraan Melayu lama. Pastinya anda akan terjumpa nama William Shellabear iaitu seorang pengkaji sastera lama dan mengkaryakan Sejarah Melayu dan Hikayat Seri Rama serta Kitab Kiliran Budi, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah. Siapa William Shellabear ini?

Di alam Melayu dulu, dia terkenal dengan gelaran `The Reverend' (Paderi Kristian) Shellabear bermazhab kristian Methodist. Dia juga dalah askar Inggeris yang datang ke Singapura dan Malaya sebagai askar dengan tugas tertentu. Biografi Shellabear telah ditulis oleh seorang pengkaji, Robert Hunt menerusi karya William Shellabear: A Biography.

Dalam buku itu Robert Hunt telah menyatakan bahawa: CITA-CITA SHELLABEAR MAHU MENGKRISTIANKAN ORANG MELAYU DI SEMENANJUNG DAN INDONESIA, SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN BERJAYA. TETAPI DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, DIA BERJAYA DENGAN MASYARAKAT PERANAKAN CINA (BABA). GEREJA CINA SELAT ATAU THE STRAITS CHINESE CHURCH ADALAH SATU-SATUNYA GEREJA KRISTIAN DI SINGAPURA YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, SEPERTI DIGUNAKAN MASYARAKAT BABA.

Dalam hidunya, Shellabear pernah menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Dia mula melibatkan diridengan misi Methodist. Dia bertekad untuk membawa perutusan Kristian kepada penduduk Melayu. Di Tanah Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, pemerintah Inggeris melarang pendakwah Kristian berdakwah di kalangan pendudukMelayu. Tetapi, cita-cita menarik orang Melayu ke jalan kristian tetap membara dalam organisasi dakwah Kristian.

Begitu juga dalam diri Shellabear yang cita-cita yang tak kunjung padam dalam kalbu untuk mengkristiankan orang Melayu.

Tetapi, Shellabear melihat bahawa sukar mempengaruhi orang Melayu dan Islam lainnya untuk menerima dakwah Kristian.


Robert Hunt berkata: "Hungronje (mubaligh dan sarjana Belanda mengenai Islam yang sangat terkenal itu) had alreadyreached the conclusion that Christian missions among the Malay-speaking Muslims were both futile and unnecessary. Like many colonial administrators, both Dutch and British, he considered the great contribution of the west to the Malay peoples to be political and technological. Shellabear, on the other hand, believed that the Gospel wasthe single most important thing he should share with the Malays, and the translation of the Bible was the means by which this could be brought about." (Halaman 276, William Shellabear: A Biograph).

Demikian lah kegagalan mubaligh kristian pada masa itu untuk mengkristiankan orang Melayu Islam di Tanah Melayu dan Malaya. Dan kita tahu usaha-usaha itu berterusan dari masa ke masa tanpa henti secara sulit. Dan kini mubaligh kristian secara terang-terangan dengan menggunakan undang-undang cuba menyebarkan dakyah kristian sekali lagi. Kali ini mereka menggunakan sudut UNDANG-UNDANG dan BAHASA.

Benar seperti kata ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu ini tidak boleh diselesaikan di mahkamah atau dari segi undang-undang. OLeh itu, kita harus mendesak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan terus
penerbitan itu dan tidak melayan kerenah remeh yang cuba mengkristiankan orang Melayu.

THE USE OF THE WORD 'ALLAH' IN CHRISTIAN PUBLICATIONS IS ALSO LIKELY TO CONFUSE MUSLIMS AND DRAW THEM TO CHRISTIANITY.

Selamatkan Islam,
Selamatkan Melayu
.
Salam

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Tuesday, January 5, 2010

Nik Aziz, Herald dan bahaya alpa

Pada 1 Mac 2009 Nik Aziz ketika menemui wartawan selepas merasmikan Wisma Al -Quds di Kota Bharu telah menyarankan supaya orang bukan Islam di Malaysia dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Nik Aziz mendakwa keadaan itu bersandarkan kepada penggunaan perkataan Allah berlaku sejak zaman berzaman lagi, malah dalam al-Quran juga disebut perkara itu.

Kata Nik Aziz:

"Perkataan Allah bukannya benda baru disebut oleh orang kafir, sejak berzaman lagi. Orang kafir boleh guna perkataan Allah tetapi ada orang marah (penggunaannya). Bagaimanapun, saya tidak mahu campur tangan dalam hal ini, serahkan kepada orang itu (Kerajaan Pusat). Pas tidak suka timbul benda itu."

Kenyataan beliau itu dibuat sebagai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN), yang membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian - Herald.

Tetapi, apabila, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah pada hujung 2009 lalu, Nik Aziz tidak membantah malah bersetuju. Bagaimanapun, melihat bahawa ramai di kalangan ulama Pas yang menentang, maka Nik Aziz pada 3 Januari lalu berkata:

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Lebai harap Nik Aziz dan penyokong2nya kembali kepada al-Quran. Pembaca mungkin setuju, Nik Aziz tidak menyokong Herald menggunakan perkataan Allah mungkin kerana kepentingan politiknya apabila melihat ramai umat Islam menentang, sedangkan sebelum ini beliau menyokong.

Beliau bimbang dengan menongkah arus, politik beliau dan pengaruh Pas akan merosot. Apa lagi kerjasama dengan DAP dan PKR telah menyebabkan pengaruh Pas sudah merosot teruk, ditambah dengan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang menyebabkan penyokong Pas keliru.

Sebagai seorang Muslim, Lebai rasa menjadi kewajipan kita menegur Nik Aziz walaupun 'darjat' ilmu agamanya lebih tinggi. Wajar juga kita mempertahankan Islam dan menghindarkan saudara-saudara se-Islam daripada dikelirukan. Bagi kita ini adalah tanggungjawab yang sah.

Kenapa kita kata perkataan Allah itu hanya eksklusif untuk orang Islam saja? Al-Quran menyatakan yang bermaksud:

"Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut (ucapan dan tindakan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang kafir tidak menyukainya." - (Al-Taubah: 32). "Cahaya agama Allah" yang disebut itu adalah Islam, bukan Kristian.

Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah:

"Fain would they extinguish Allah's light with their mouths but Allah will not allow but that His light should be perfected, even though the unbelievers may detest (it)." Di sini tidak pula disebut "...they extinguish God's".

Kita tahu bahawa Islam tidak menyekat atau mendirikan tembok tinggi untuk menghalang umatnya daripada mengadakan perhubungan dengan orang bukan Islam, tetapi Islam sering memberi peringatan supaya lebih berjaga-jaga dan tidak
alpa terhadap muslihat mereka. Tetapi, kita perhatikan sekarang bahawa umat Islam kini makin leka, lesu pemikiran dan ego dengan emosi amarah menjangkau akal yang normal mengikut acuan Islam.

Umat Islam perlu ingat bahawa golongan kafir mengadakan macam-macam cara untuk membiakkan kuman dalam fikiran umat Islam hingga boleh merosakkan kita. Banyak cara yang dilakukan oleh mereka. Pendedahan cara kafir terutama Kristian dan Yahudi cuba merosakkan umat Islam telah dibuat. Antara cara-cara itu ialah

* Berusaha bersungguh-sungguh menakluki akal fikiran orang Islam. Pada masa sama menyumbat segala fahaman mereka supaya disangka oleh masyarakat Islam bahawa cara mereka adalah yang terbaik;

* Menubuhkan universiti (sekolah nasionalis di negara Islam). Nasionalisme mengikut perspektif Islam sengaja disiku ke belakang. Pusat asuhan kanak-kanak turut digugat dengan motif jangka panjang melahirkan cerdik pandai yang bulat-bulat menelan telunjuk mereka;

* Penggalakan dan semangat jiwa untuk mempelajari bahasa Barat di negara Islam sehingga ia boleh mengganggu bahasa umat Islam (Bahasa Arab). Mereka juga melakukan pelbagai kaji selidik yang bertujuan mengubah tatabahasa Arab;

* Memalingkan fungsi wanita daripada tugas sebenar. Mereka menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Mereka membuat dakwaan dan hujah palsu bahawa wanita dalam masyarakat Islam direntap haknya.
Dakyah mereka ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran wanita moden Islam hari ini. Allah berfirman: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera mereka atau putera suami mereka." - (Al-Anzab : 53). Rancangan mereka hampir berjaya. Ramai wanita Islam semacam mahu kembali kepada zaman jahiliah.

* Melahirkan ayam tambatan (anak didik mereka) yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara Islam. Golongan ini kelak akan meracuni dan merosakkan pemikiran rakyat bawahan. Rakyat `kecil' yang rata-rata tidak berilmu mudah terpengaruh dengan arus pemikiran mereka;

* Berusaha mempengaruhi sistem pendidikan dengan memesongkan pelajaran ke arah sekularisme yang tidak bertauhid kepada kebesaran Allah, malah mendorong ke arah kerosakan dan fasad (menjahanamkan Islam);

* Mengadakan perbincangan, forum atau menulis buku tertentu untuk membincangkan secara serius kaedah bagi merosakkan Islam. Mereka mengadakan muktamar di negara Islam sendiri. Tempat lain yang dijalankan secara sembunyi tidak dapat dikesan kerana itu adalah taktik dan hak mereka berbuat demikian;

* Mendirikan gereja (tempat ibadat mereka) di negara Islam (walaupun mereka adalah penduduk minoriti). Pembinaan itu dirancang di tempat tertentu yang strategik. Mereka begitu bermurah hati membelanjakan wang dengan banyaknya demi kebajikan golongan mereka;

* Menawarkan hadiah lumayan kepada orang Islam (satu taktik baru) supaya menukarkan agama (masuk Kristian). Orang Islam yang terlajak akidah itu diharapkan untuk mengangkat `kemanisan' agama mereka kepada orang Islam.

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang kafir itu merancangkan tipu daya yang jahat dengan sekuat-kuatnya, dan Allah pun membuat taktik pula sekuat-kuatnya, kerana itu beri tangguhlah orang kafir itu walaupun sebentar saja." - (Al-Tariq: 15-17).


Allah berfirman lagi: "Dan mereka akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu sekiranya mereka mampu". - (Al-Baqarah : 217).

Kenapa Lebai bold kan salah satu cara di atas. Tepuk dada tanya selera.

Lebai menyokong usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan petisyen untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald. Klik banner untuk petisyen:
REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

Sunday, January 3, 2010

Perkataan Allah: Strategi Mengkristiankan Melayu

Pada bulan Disember 2007 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)menyambung permit penerbitan Herald - The Catholic Weekly dengan memberi syarat supaya penerbitnya menghentikan penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi
bahasa Melayunya jika mahu permitnya disambung lagi pada tahun berikutnya. KDN menegaskan bahawa 'Allah' hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam dan penggunaannya dalam majalah Kristian itu boleh menimbulkan
kekeliruan di kalangan umat Islam.

Pada 27 Disember 2007, penerbitan berkenaan menulis surat kepada KKDN supaya menimbang semula permohonan penyambungan semula permit Herald.

Pada 31 Disember 2007 Herald mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"On Dec 27, we wrote to the ministry requesting the minister to reconsider his decision. We were pleasantly surprised to receive a letter of approval dated Dec 28 which was hand-delivered to us on Dec 30. The letter places no restrictions whatsoever and includes the permit for all the languages, including the Bahasa Malaysia segment," said Herald editor Fr Lawrence Abraham.

Sebelum itu, KKDN sudah mengarahkan penerbit akhbar itu tidak menggunakan kalimah Allah dan memberi amaran permit penerbitan boleh digantung atau ditarik balik jika gagal mematuhi peraturan itu. Bagaimanapun, penerbit akhbar
berkenaan memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkandeklarasi sesuai untuk penggunaan kalimah Allah pada 5 Disember 2007. Akhbar yang mempunyai edaran 12,000 naskhah di
kalangan masyarakat Kristian negara ini, menyediakan laporan dalam bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina.

Pada 26 April 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan menetapkan permohonan tuntutan saman oleh Archbishop Kuala Lumpur, Datuk Murphy Nicholas Xaviar Pakiam berhubung penggunaan perkataan Allah itu akan didengar. Pakiam memohon pembatalan keputusan KKDN melarang penggunaan perkataan `Allah' dalam penerbitan mereka, selain pengisytiharan penggunaan perkataa Allah bukan khusus untuk agama Islam. Sejak itu, bermulalah beberapa penangguhan kes itu yang dimohon oleh Peguam Kanan Persekutuan Suzanna Atan dihadapan Lau Bee Lan.

Sehinggalah pada 6 Mei 2008 Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur, Lau Bee Lan membenarkan permohonan Archbishop Kuala Lumpur itu untuk semakan kehakiman berhubung penggunaan nama `Allah' dalammajalah Herald-The Catholic Weekly. Berikutan itu banyak jabatan agama Islam negeri dan agensi kerajaan memohon menjadi pencelah dalam kes berkenaan.

Dalam tempoh 2008 itu, kita juga terperanjat apabila penganut agama Sikh turut memfailkan permohonan pencelah yang menyokong tuntutan Herald-The Chatolic Weekly. Presiden Majlis Gurdawara, Jagir Singh, membuat kenyataan bahawa
perkataan Allah tidak saja untuk mereka yang beragama Islam. Majlis itu mendakwa, perkataan Allah yang digunakan bagi merujuk kepada Tuhan adalah sebahagian daripada integral kepada versi asal Kitab Suci Agama Sikh. Mereka mendakwa kitab itu adalah wahyu dari Tuhan dan perkataan asal dalam kitab itu tidak boleh ditukar, dipinda atau diubah.

Pada Disember 2008, permit penerbitan tahunan Herald pun tamat. Tetapi mereka memohon pembaharuannya. Dan pada penghujung tahun itu mereka mendapat kelulusan permit dengan beberapa syarat tambahan. Bahagian Kawalan Teks
al-Quran dan Penebritan KDN menambah tiga syarat yang perlu dipathui iaitu:

* Menghentikan penerbitan dalam bahawa Melayu sehingga keputusan mahkamah berhubung penggunaan perkataan Allah selesai;
* Penerbitan hanya boleh dijual di gereja; dan
* Muka depan mesti menyatakan dengan jelas bahawa penerbitan hanya untuk penganut Kristian.

Bagaimanapun, Gereja Roman Katolik Malaysia dengan berani menolak ketiga-tiga syarat tambahan yang dikenakan oleh KDN dengan memberi amaran akan membawa kes itu ke mahkamah. Dalam surat jawapan kepada KDN, Murphy Pakiam mengkritik
syarat itu dengan mengatakan ianya "unreasonable", "irrational", "illegal" and "reeking of ill-will and bad faith".

Beberapa hari kemudian, KDN memberi kebenaran kepada Herald untuk menerbitkan edisi bahasa Melayunya. Herald pula berkata mereka tetap akan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu. Dan ini terbukti dalam penerbitan berikut apabila perkataan Allah masih digunakan dalam penerbitan itu.

Pada Januari 2009, mahkamah yang mendengar kes itu diberitahu oleh Peguam Kanan Persekutuan Nizam Zakaria, bahawa penggunaan perkataan `Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang seperti terkandung dalam
warta baru dikeluarkan KDN awal 2009. Ini kerana Menteri Dalam Negeri, mewartakan perintah bertarikh 21 Januari 2009, bertajuk `Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan
Penerbitan) 2009'.


Warta itu menyebut "percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berhubung agama Kristian yang mengandungi perkataan `Allah', `Kaabah', `Baitullah' dan `Solat' dilarangmelainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan `UNTUK AGAMA KRISTIAN'. Perintah itu diwartakan pada 16 Februari 2009 dan berkuat kuasa pada tarikh itu.
Beberapa hari kemudian, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Berikutan itu KDN membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan `Allah' dalampenerbitan agama Kristian.

Pada masa itu akhbar, internet atau laman blog tidak pun memperbesar-besarkan cerita penggunaan Allah dalam Herald kerana ketika itu umat Islam Malaysia asyik bergaduh sesama sendiri. Hanya apabila Lau Bee Lan membenarkan Herald
menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka barulah umat Islam ternganga/terlopong dan terhantuk. Kelam-kabut satu negara apabila Lau Bee Lan memberi alasan Perlembagaan Persekutuan, dan memberi kejayaan kepada
penganut Kristian.

Lebai percaya gereja Roman Katolik Malaysia mendapat idea untuk menggunakan perkataan Allah berikutan kenyataan oleh rakan mereka di Netherlands pada Ogos 2007. Menurut laporan AP:

Dutch bishop: Call God ‘Allah’ to ease relations
Roman Catholic leader stokes already heated debate on religion
Aug. 15, 2007
AMSTERDAM - A Roman Catholic Bishop in the Netherlands has proposed people of all faiths refer to God as Allah to foster understanding, stoking an already heated debate on religious tolerance in a country with one million Muslims.

Bishop Tiny Muskens, from the southern diocese of Breda, told Dutch television on Monday that God did not mind what he was named and that in Indonesia, where Muskens spent eight years, priests used the word "Allah" while celebrating Mass.

"Allah is a very beautiful word for God. Shouldn't we all say that from now on we will name God Allah? ... What does God care what we call him? It is our problem."

A survey in the Netherlands' biggest-selling newspaper De Telegraaf on Wednesday found 92 percent of the more than 4,000 people polled disagreed with the bishop's view, which also drew ridicule.

"Sure. Lets call God Allah. Lets then call a church a mosque and pray five times a day. Ramadan sounds like fun," Welmoet Koppenhol wrote in a letter to the newspaper.

Gerrit de Fijter, chairman of the Protestant Church in the Netherlands, told the paper he welcomed any attempt to "create more dialogue", but added: "Calling God 'Allah' does no justice to Western identity. I see no benefit in it."

A spokesman from the union of Moroccan mosques in Amsterdam said Muslims had not asked for such a gesture.


Read here


Berikutan itu, akhbar berkenaan membuat kaji selidik yang mendapat 37,809 respond:

Live Vote
* Do you think people of all faiths should call God "Allah" to help religious relations? - 37809 responses
Yes. It means the same thing and could help ease tensions - 6.7%
No. We should stick to the English word for God - 85%
I don't know or don't care - 8.2%


*********
Lebai terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh Nakman Rawi Jamil 19 tahun lalu yang mengemparkan. Katanya:

"Sebuah rencana yang ditulis oleh Mahmud Bayumi dari Kaherah dalam akhbar mingguan `Al-Muslimoon' terbitan Jeddah pada 8 November 1991, membongkar, satu rancangan yang cukup menarik dan barangkali menggemparkan mengenai sebuah dokumentasi yang diterbitkan oleh Gereja Katolik yang menolak akidah kepercayaan) Triniti. Penulis berkenaan menceritakan bahawa seorang tokoh veteran, ahli politik dan juga seorang penulis terkenal di dunia Arab, Dr Makruf Ad Dawalibi, memberitahunya bahawa beliau mememiliki sebuah dokumentasi yang diterbitkan oleh Gereja Vatican yang memutuskan bahawa Kristus (Nabi Isa) sebenarnya adalah hamba Allah, bukan anak Tuhan. Gereja Vatican menerbitkan dokumentasi itu setelah mereka melakukan penyelidikan selama empat tahun bersama sebilangan besar ahli tokoh agama Kristian.

"Dokumentasi itu mengandungi arahan terus terang kepada semua gereja Katolik di dunia yang memutuskan supaya tidak disebut Kristus dalam gereja tetapi hendaklah disebut nama 'Allah Pencipta, Pencipta Langit dan Bumi 'Jalan Rasul lbrahim. Dr Makruf Ad-Dawalibi menerangkan, dokumentasi yang diterbitkan oleh gereja Vatican, mengakui bahawa gereja sudah melakukan pelbagai kezaliman menentang agama Islam, sebagaimana juga meminta supaya bersikap keterbukaan terhadap agama Islam.

Dokumentasi itu menerangkan bahawa pihak gerejalah yang berada di belakang peperangan Salibiah dan di belakang kolonial yang menjajah negara-negara Islam tanpa asas kebenaran. Dokumentasi itu juga mengakui bahawa gerejalah yang
mewujudkan `Israel' dan menuntut tokoh-tokoh agama Kristian supaya mengakui akan kesilapan yang mereka lakukan kerana menentang agama Islam dan orang Islam; dan juga menuntut supaya mereka mengadakan dialog dengan orang Islam. Dr Makruf Ad-Dawalibi berkata lagi, orang Yahudi merampas dokumentasi itu dari pelbagai gereja dan inilah yang menyebabkan dokumentasi itu tidak ada atau sampai ke pusat-pusat Islam yang bertaburan di seluruh dunia.

Dr Makruf Ad-Dawalibi menambah, Putera Gett, Ketua Perisikan Inggeris-Amerika dalam peperangan terakhir menulis sebuah buku yang mendedahkan skandal Zionis. Buku itu menyebut bahawa orang Yahudilah yang berada di belakang setiap
peperangan menentang negara Islam. Oleh itu orang Yahudi menculik pengarang berkenaan isteri dan anak-anaknya. Beliau menunjukkan bahawa buku Putera Gett mengandungi beberapa maklumat yang menyakinkan pembuktian bahawa orang
Yahudi-menganggap agama Islam dan Kristian sebagai penentang agama Yahudi. Mereka berusaha melagakan sesama Islam dan Kristian.

Dr Makruf Ad-Dawalibi menerangkan, jurutera Perancis yang bernama Capro, menulis dua buah buku mengenai `Cabaran Yahudi' dan `Kekejian Zionis'. Dua buku itu menyebut bahawa peperangan Tartar menentang orang Islam adalah dengan
galakan dan perancangan orang Yahudi. Beliau menemui pengarang berkenaan di Paris dan berhasil mendapat sejumlah naskhah buku daripadanya. Beliau sendiri mengedarkan buku itu kerana pihak berkuasa Perancis mengharamkan pengedaran
buku Capro yang membongkar komplot Zionis. Beliau meminta lebih banyak naskhah buku untuk diedarkan dan menetapkan temujanji dengan pengarang itu. Tetapi malangnya pengarang itu tidak hadir kerana orang Yahudi sudah menculiknya dan meracunnya melalui makanan dalam satu undangan yang dijemput oleh orang Yahudi untuk menyekat pengedaran buku berkenaan.

Beliau menambah orang Yahudi mengancam untuk membunuh isteri Capro jika isterinya tidak menyekat pengedaran buku itu. Isteri Capro terpaksa menarik semua pengedaran buku itu dan menyerahkannya kepada mereka.

***********************
Ingatlah peringatah Allah:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang yang
mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan pedih. (Surah al-Maidah,ayat 72-73)


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.