Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Monday, January 11, 2010

Titah Sultan Selangor: Allah untuk Islam saja


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya kekal dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di negeri itu. Titah baginda itu yang disampaikan ketika Majlis Menghadap Pegawai Mais di Istana Mestika di Shah Alam, 5 Januari lalu, diumumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, di Dewan Seminar Masjid Negeri di Shah ALam, semalam.

Mohamad Adzib memberitahu bahawa pada majlis menghadap itu Sultan Selangor juga memerentahkan semua pihak supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan tidak boleh digunakan agama bukan Islam.

Baginda juga memerintah Mais supaya memaklumkan kepada rakyat bahawa ada undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, iaitu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988. Berikutan itu, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan bantuan polis akan menguatkuasakan segera enakmen berkenaan yang tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini kerana tiada isu berbangkit hal itu.


Dalam masa yang sama Majlis Agama Islam Selangor juga membuat 14 ketetapan antaranya istilah Allah bagi umat Islam berbeza dengan istilah 'God' bagi penganut Kristian yang percaya Tuhan berkonsepkan `trinity'. Apabila Allah dipakai dalam konteks kristianiti, maka ia memberi pelbagai implikasi yang membahayakan masa depan umat Islam dan mengelirukan kerana Allah itu boleh bermakna Tuhan Yang Esa atau 'trinity'.



Dalam hal ini, Mais berpendirian bahawa keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sebagai tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi. Keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan orang Islam.



Mais berpendirian bahawa isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan kerana mahkamah bukan tempat yang sesuai kerana membabitkan perkara `non-justiciable' yang terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. Penolakan permohonan Majlis Agama Islam Negeri untuk mencelah dalam kes itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan bahawa pihak majlis berkuasa selepas Sultan atau Raja yang mempunyai kuasa dan pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.



Majlis Agama Islam Negeri sebenarnya mempunyai tanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang untuk menasihatkan Sultan dalam semua perkara membabitkan hal ehwal Islam kecuali hal berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.Oleh itu, Mais mengarahkan peguam untuk membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi untuk menjaga kepentingan umat Islam dan merayu Majlis Agama Islam Negeri lain untuk merayu atau mencelah demi mempertahankan Islam.



Mais juga merayu Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri yang mempunyai kuasa terhadap isu itu supaya campur tangan kerana ia menyentuh bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam urusan agama, selain secara langsung menyentuh sensitiviti umat Islam. Mais juga merayu Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda mengikut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu itu ke Mahkamah Persekutuan bagi membuat tafsiran mengenai Perkara 3.

Perkara 130 menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapat mengenai perkara dalam peruntukan yang berbangkit dan mahkamah wajar mengumumkan pendapat itu dalam mahkamah terbuka.Mais turut membuat ketetapan untuk mendesak kerajaan supaya isu mengenai agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil oleh hakim yang bukan beragama Islam. Resolusi Mais itu akan diserahkan kepada Sultan Selangor untuk dibincangkan oleh Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada masa depan.




Komen Lebai: Apa kata pemimpin2 Pas dan Selangor dan apa kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad @ Khalid Gereja sekarang?

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: