Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Tuesday, January 5, 2010

Nik Aziz, Herald dan bahaya alpa

Pada 1 Mac 2009 Nik Aziz ketika menemui wartawan selepas merasmikan Wisma Al -Quds di Kota Bharu telah menyarankan supaya orang bukan Islam di Malaysia dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Nik Aziz mendakwa keadaan itu bersandarkan kepada penggunaan perkataan Allah berlaku sejak zaman berzaman lagi, malah dalam al-Quran juga disebut perkara itu.

Kata Nik Aziz:

"Perkataan Allah bukannya benda baru disebut oleh orang kafir, sejak berzaman lagi. Orang kafir boleh guna perkataan Allah tetapi ada orang marah (penggunaannya). Bagaimanapun, saya tidak mahu campur tangan dalam hal ini, serahkan kepada orang itu (Kerajaan Pusat). Pas tidak suka timbul benda itu."

Kenyataan beliau itu dibuat sebagai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN), yang membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian - Herald.

Tetapi, apabila, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah pada hujung 2009 lalu, Nik Aziz tidak membantah malah bersetuju. Bagaimanapun, melihat bahawa ramai di kalangan ulama Pas yang menentang, maka Nik Aziz pada 3 Januari lalu berkata:

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Lebai harap Nik Aziz dan penyokong2nya kembali kepada al-Quran. Pembaca mungkin setuju, Nik Aziz tidak menyokong Herald menggunakan perkataan Allah mungkin kerana kepentingan politiknya apabila melihat ramai umat Islam menentang, sedangkan sebelum ini beliau menyokong.

Beliau bimbang dengan menongkah arus, politik beliau dan pengaruh Pas akan merosot. Apa lagi kerjasama dengan DAP dan PKR telah menyebabkan pengaruh Pas sudah merosot teruk, ditambah dengan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang menyebabkan penyokong Pas keliru.

Sebagai seorang Muslim, Lebai rasa menjadi kewajipan kita menegur Nik Aziz walaupun 'darjat' ilmu agamanya lebih tinggi. Wajar juga kita mempertahankan Islam dan menghindarkan saudara-saudara se-Islam daripada dikelirukan. Bagi kita ini adalah tanggungjawab yang sah.

Kenapa kita kata perkataan Allah itu hanya eksklusif untuk orang Islam saja? Al-Quran menyatakan yang bermaksud:

"Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut (ucapan dan tindakan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang kafir tidak menyukainya." - (Al-Taubah: 32). "Cahaya agama Allah" yang disebut itu adalah Islam, bukan Kristian.

Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah:

"Fain would they extinguish Allah's light with their mouths but Allah will not allow but that His light should be perfected, even though the unbelievers may detest (it)." Di sini tidak pula disebut "...they extinguish God's".

Kita tahu bahawa Islam tidak menyekat atau mendirikan tembok tinggi untuk menghalang umatnya daripada mengadakan perhubungan dengan orang bukan Islam, tetapi Islam sering memberi peringatan supaya lebih berjaga-jaga dan tidak
alpa terhadap muslihat mereka. Tetapi, kita perhatikan sekarang bahawa umat Islam kini makin leka, lesu pemikiran dan ego dengan emosi amarah menjangkau akal yang normal mengikut acuan Islam.

Umat Islam perlu ingat bahawa golongan kafir mengadakan macam-macam cara untuk membiakkan kuman dalam fikiran umat Islam hingga boleh merosakkan kita. Banyak cara yang dilakukan oleh mereka. Pendedahan cara kafir terutama Kristian dan Yahudi cuba merosakkan umat Islam telah dibuat. Antara cara-cara itu ialah

* Berusaha bersungguh-sungguh menakluki akal fikiran orang Islam. Pada masa sama menyumbat segala fahaman mereka supaya disangka oleh masyarakat Islam bahawa cara mereka adalah yang terbaik;

* Menubuhkan universiti (sekolah nasionalis di negara Islam). Nasionalisme mengikut perspektif Islam sengaja disiku ke belakang. Pusat asuhan kanak-kanak turut digugat dengan motif jangka panjang melahirkan cerdik pandai yang bulat-bulat menelan telunjuk mereka;

* Penggalakan dan semangat jiwa untuk mempelajari bahasa Barat di negara Islam sehingga ia boleh mengganggu bahasa umat Islam (Bahasa Arab). Mereka juga melakukan pelbagai kaji selidik yang bertujuan mengubah tatabahasa Arab;

* Memalingkan fungsi wanita daripada tugas sebenar. Mereka menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Mereka membuat dakwaan dan hujah palsu bahawa wanita dalam masyarakat Islam direntap haknya.
Dakyah mereka ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran wanita moden Islam hari ini. Allah berfirman: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera mereka atau putera suami mereka." - (Al-Anzab : 53). Rancangan mereka hampir berjaya. Ramai wanita Islam semacam mahu kembali kepada zaman jahiliah.

* Melahirkan ayam tambatan (anak didik mereka) yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara Islam. Golongan ini kelak akan meracuni dan merosakkan pemikiran rakyat bawahan. Rakyat `kecil' yang rata-rata tidak berilmu mudah terpengaruh dengan arus pemikiran mereka;

* Berusaha mempengaruhi sistem pendidikan dengan memesongkan pelajaran ke arah sekularisme yang tidak bertauhid kepada kebesaran Allah, malah mendorong ke arah kerosakan dan fasad (menjahanamkan Islam);

* Mengadakan perbincangan, forum atau menulis buku tertentu untuk membincangkan secara serius kaedah bagi merosakkan Islam. Mereka mengadakan muktamar di negara Islam sendiri. Tempat lain yang dijalankan secara sembunyi tidak dapat dikesan kerana itu adalah taktik dan hak mereka berbuat demikian;

* Mendirikan gereja (tempat ibadat mereka) di negara Islam (walaupun mereka adalah penduduk minoriti). Pembinaan itu dirancang di tempat tertentu yang strategik. Mereka begitu bermurah hati membelanjakan wang dengan banyaknya demi kebajikan golongan mereka;

* Menawarkan hadiah lumayan kepada orang Islam (satu taktik baru) supaya menukarkan agama (masuk Kristian). Orang Islam yang terlajak akidah itu diharapkan untuk mengangkat `kemanisan' agama mereka kepada orang Islam.

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang kafir itu merancangkan tipu daya yang jahat dengan sekuat-kuatnya, dan Allah pun membuat taktik pula sekuat-kuatnya, kerana itu beri tangguhlah orang kafir itu walaupun sebentar saja." - (Al-Tariq: 15-17).


Allah berfirman lagi: "Dan mereka akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu sekiranya mereka mampu". - (Al-Baqarah : 217).

Kenapa Lebai bold kan salah satu cara di atas. Tepuk dada tanya selera.

Lebai menyokong usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan petisyen untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald. Klik banner untuk petisyen:
REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

2 comments:

MctHeory said...

Pak lebai..

Sepatutnya sebagai umat Islam. Apa yang lebih utama kita mesti mempertahankan agama kita dulu. kalimah Allah satu perkara yang serius. tapi pas tak ambil kisah dalam hal ini. betui tak?

lebai said...

Betul tu MctHeory...

Kena ingat dakyah2 kafir yang tidak senang dengan perkembangan Islam. Salah satu cara untuk melemahkan Islam ialah dengan menimbulkan kekeliruan dan perbalahan di kalangan umat. tq