"Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya. Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan orang Melayu. Saya ingin menyatakan untuk kali terakhir bahawa Pemuda tidak akan melayan lagi polemik melulu ini."
Hisham juga memberitahu bahawa keris dikucup bukan sekadar menerima kuasa, malah tanggungjawab yang datang bersamanya serta kesediaan menjunjung tinggi tugas diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.
"Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dantanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama menunaikan amanah yang diterima," katanya.
Hishammuddin berkata, tekad yang dibawa melalui Keris Panca Warisan dan semangat panji Sang Saka Bangsa mencerminkan perjuangan Umno bagi mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama serta negara.
Katanya, walaupun Umno dituntut mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara, Perkara 3 Perlembagaan Umno sentiasa mengingatkan ahli parti supaya mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat yang kuat dan bersatu.
Demikianlah mesej Hisham ketika berucap dalam perhimpunan Pemuda Umno beberapa tahun lalu yang bertemakan 'Pemuda Perjuangan'. Mesej itu ditujukan kepada pemimpin dan masyarakat bukan Melayu yang mendakwa tindakan beliau menghunus Keris Panca Warisan sebagai mencabar mereka.
Hisham juga menyampaikan pantun:
Kita tunduk memberi hormat;
Kita mengangguk mengiakan;
Kita berkalis menolak sengketa;
Diam jangan disangka tunduk;
Mengalah jangan disangka lemah.
Benarkah Hisham? Apa jadi selepas itu. Anda kemudian meminta maaf.
Lebai ingin mengingatkan:
"There is no compulsion in religion", and, "Unto you, your religion unto me, my religion".
Pada....tahun-tahun sebelum ini, bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia sentiasa tercabar dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh kaum Cina dan India serta penganut agama bukan Islam. Banyak peristiwa yang berlaku yang hampir menyebabkan huru-hara di seluruh negara.
Dan yang terbaru ialah isu kalimat Allah.
Lebai pun mushkil juga dengan Kementerian Dalam Negeri, lebih-lebih lagi terhadap menterinya, Hisham yang lebih banyak bercakap dan memberi amaran sana sini. Kita dapati ada beberapa pihak seolah-olah cuba menguji kesabaran kerajaan dalam menangani beberapa kemelut politik yang ditimbulkan. Sama ada sedar atau tidak, kita dapati sekarang berpiket dan mengadakan demonstrasi jalanan, seolah-olah sudah menjadi trend rakyat negara ini.
Begitu juga dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, mempertikaikan langkah Sultan Perak yang didakwa mencampuri urusan kerajaan negeri, adalah satu percubaan untuk menguji keistimewaan hak Raja Melayu. Langkah Karpal ini menyebabkan ramai orang Melayu.
Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba `menangguk di air keruh' kerana memanipulasi beberapa isu sensitif yang timbul - bukan sekadar mengeluarkan kenyataan supaya rakyat bertenang. Isu sensitif terutama berkaitan kalimah Allah dan agama Islam, bukan boleh menenangkan orang Melayu Islam. Orang Melayu walau sejahat mana dia, tetapi apabila diperkecilkan agama Islam dan Allah, dia akan melenting.
Sebab itu, ramai yang tiba-tiba disentak dengan kejutan, apabila Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald dibenar menggunakan kalimah Allah. Kita anggap perkara itu bagai "nasi menjadi bubur". Kerana keputusan itu adalah keputusan Mahkamah Tinggi. Walaupun kita boleh mengemukkan rayuan yang kemudiannya hakim yang sama menerima rayuan itu supaya penggunaan kalimah Allah oleh Herald ditangguhkan. Namun masih kita anggap "nasi sudah menjadi bubur".
Kenapa?
Inilah kealpaan kita bangsa Melayu yang kerap bergaduh sesama sendiri hingga anasir halus menusuk bagaikan jarum tanpa disedari terus mengkocar kacirkan umat Islam dengan isu itu.
Seperti diperkatakan oleh mantan Perdana Menetri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu kalimah itu sudah bermula sejak beliau menjadi PM. dan kita hairan kenapa ketika Tun M menjadi PM perkara itu tidak dibawa hingga ke mahkamah. Apa strategi yang digunakan oleh Tun M ketika itu? Lebai bukan dalam Kabinet dan kita tidak tahu...
Tetapi kenapa selepas Tun M tidak menjadi PM dan digantikan dengan Pak Lah dan Syed Hamid Albar menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, perkara itu terus dibawa ke mahkamah? Kemudian yang menanggungnya ialah Najib.
Sebenarnya, tugas Lebai tergolong dalam kategori profesional. Bukan setakat menulis blog, Lebai juga membuat kajian dan pemerhatian dalam semua perkara yang berlaku sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik. Setiap hari Lebai bermain dengan bermacam-macam kerenah kehidupan dan Lebai bukan baru dalam bidang ini.
Dan, dalam isu kalimah ini apa yang berlaku telah Lebai katakan bahawa bagai "nasi sudah menjadi bubur". Sementelahan itu dan daripada pemerhatian Lebai sejak sekian lama dalam hal pentadbiran kerajaan Lebai dapati kebelakangan ini, baik masa Pak Lah atau masa najib, kerajaan terlalu mengikut telunjuk dan permainan politik pembangkang. Dalam erti kata lain - TAKUT.
Kepada Najib dan Hisham, ingin Lebai peringatkan:
KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.
Sebab itu, apabila kalimah Allah dijadikan isu, jiwa Muslim memberontak.
Apakah Islam hanya mengajar kita untuk mencemuh si kafir, lebih daripada perbuatan itu sendiri? Lalu kita pun dengan mudah mengampunkan perbuatan mereka tanpa mempedulikan berapakah mangsanya? Apakah bezanya, seorang Islam yang membunuh, dengan seorang kafir yang membunuh?
Sejarah kita menyimpan maklumat yang cukup banyak untuk dimanfaatkan. Ia perlu diterokai untuk mencari ramuan yang mungkin dapat membantu kita mengurangkan, kalau tidak pun menyembuhkan bahana kemelut yang ditanggungi kini.
Orang bukan Islam di negara ini perlu INGAT bahawa:
Umat Islam Malaysia menerima hakikat bahawa orang bukan Islam boleh memakan atau meminum atau mengamalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam. Selain larangan agama, budaya orang Islam Malaysia menolak bukan sahaja makanan yang diharam, tetapi tidak pun sanggup melihat makanan ini. Namun tidak terlintas di kalangan orang Islam untuk mengharamkan makanan yang tidak haram bagi penganut agama lain. Sikap ini adalah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu "kepada aku, agama aku, kepada engkau agama engkau" - Lakum di nukum wali yadeen".
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
setuju!
Post a Comment