Saya, ZULKIFLI BIN NOORDIN, dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada hari Isnin 13 Ramadhan 1381 bersamaan 19 Februari 1962.
Mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.
Inilah yang saudara tulis di sebelah kanan laman blog anda. Pastinya saudara seorang yang AMAT bijak pandai. Lebai tak lah bersekolah setinggi saudara.. namun BACA lah apa yang ingin Lebai luahkan kepada saudara dan sekelian pembaca budiman...
ZUL.....
Kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Konsep utama daripada prinsip ini ialah seorang pemimpin haruslah berani, berilmu dan adil dalam segala tindakannya.
Kombinasi daripada ketiga-tiga prinsip itu amat penting sebagai khalifah di muka bumi ini dalam usaha menuju keredaan Allah SWT. Firman Allah, "Dan Allah tidak menganiayai mereka tetapi mereka yangmenganiayai diri mereka sendiri."(3:117)
Dalam hal ini Lebai berseru kepada Zul supaya tabahkan hati dan yang penting TETAPKAN IMAN.
Wahai Zul...
Imam Al-Ghazali memberikan huraian yang paling baik mengenai psikologi manusia. Kata Imam Al-Ghazali...manusia pada hakikatnya terbina daripada empat unsur sosiologi penting iaitu sifat ketuhanan; marah; kesyaitanan; dan sifat kebinatangan serta hawa nafsu.
Oleh itu untuk membebaskan diri daripada belenggu itu, manusia wajib beriman dengan akal yang rasional kerana hanya melalui iman dan amal yang salih saja dapat mengawasainya.
Untuk Zul daripada Lebai...
Konsep kepimpinan dalam Islam yang lebih luas adalah diasaskan kepada beberapa unsur yang penting iaitu, kasih sayang, adil, tidak pilih kasih, tanggungjawab dalam setiap aspek dan jujur. Hakikat ini jelas ditunjukkan Rasulullah SAW dan dijadikan ikutan manusia pada hari ini dalam menuju matlamat memenuhi tugas sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi ini.
Zul...
Dalam pengertian yang hakiki, kepimpinan dalam Islam ialah amanah keinsanan berupa pelaksanaan dua tugas insan yang telah dijelaskan oleh al-Quran. dan dengan demikian maka kepimpinan dalam Islam tidak dapat dipisahkan daripada konsep ibadat dan khalifah.
Zul mempunyai kepimpinan dan tanggungjawab moral yang besar. Suatu amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua orang dewasa yang sudah mukallaf. Ingatlah bahawa kedudukan pemimpin bukan lagi satu keistimewaan, tetapi Zul mempunyai satu tanggungjawab yang sangat berat dan memerlukan ilmu pengetahuan, cekal dan akhlak mulia untuk melaksanakan tugas Zul sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Lebai, walaupun dari segi politik tidak sealirah dengan Zul (sebab Lebai adalah ahli Umno), tetapi dalam hal mempertahankan agama Islam, al-Quran dan sunnah Rasullullah, Lebai menyokong Zul 100 peratus. Kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam. Tidak ada toleransi. Dan bercakap mengenai toleransi ini, umat Islam di Malaysia kini sedang DIAJAK supaya bertoleransi dengan penganut agama lain.
Apa pendapat saudara Zul mengenai TOLERANSI, khususnya dari sudut kalimah ALLAH??? Jelas bagi Lebai dalam hal ini kita tidak boleh berTOLERANSI.
Bagi Lebai....
Tahap toleransi yang paling tinggi adalah kebebasan penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat serta amalan mereka, walaupun ia mungkin bertentangan dengan agama kita iaitu Islam.
Dan yang paling penting ialah PENGANUT AGAMA LAIN TIDAK BOLEH CUBA BERDAKWAH KEPADA ORANG ISLAM/MELAYU, SUPAYA MENGIKUT AGAMA MEREKA (ini dalam konteks Malaysia).
Lebai menyeru kepada diri sendiri, kepada Zul dan kepada bangsa Melayu/Islam supaya mengingati bahawa walaupun kita boleh bertoleransi tetapi mesti ada hadnya. Ini jelas disebut dalam al-Quran bahawa "orang bukan Islam itu musuh orang Islam".
Kita perlu ingat bahawa umat Islam telah dibunuh dengan sewenang-wenangnya disebabkan masih wujud salah faham dengan istilah toleransi, sedangkan toleransi yang diambil oleh sesetengah bijak pandai Islam menjadikan alat dan senjata untuk meruntuhkan akidah umat Islam di seluruh dunia selepas runtuhnya kegemilangan Islam.
Zul... INGATLAH.. bahawasanya martabat Islam tidak boleh ditinggikan hanya kerana kita sedia bertoleransi dengan bukan Islam. Kita lihat di dunia sekarang, tidak pernah ada sebuah negara yang dikuasai oleh umat Islam menghalang orang kafir menganut fahaman agama mereka. Tetapi negara yang dikuasai orang bukan Islam sentiasa menghalang perkembangan Islam dan bukan saja setakat menghalang, malah ramai umat Islam dibunuh kerana menyebarkan agama Islam.
Apakah dalam kes kalimah Allah ini masih boleh kita bertoleransi?
Bagi Lebai dan bagi Zul juga, perkara ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip Islam. Tidak ada ayat al-Quran yang menyeru umat Islam bertoleransi dengan orang bukan Islam dalam kes kalimah Allah.
Zul...
Lebai, bukanlah arif sangat mengenai Islam. Lebai juga memerlukan bimbingan dan begitu juga dengan Zul. Kuatkan iman, tabahkan hati dan pertahankanlah kalimah suci ALLAH itu dengan hati yang ikhlas.
Pertahankan kalimah ALLAH kerana IMAN MU, BUKAN KERANA POLITIK.
Zul....
Umat Islam sekarang ini mudah tergoda dan lemah pegangannya, walhal Islam adalah satu agama yang tidak boleh dipermain-mainkan. Kegagalan kita untuk memahami nilai fitrah Islam telah menjerumuskan kita kepada satu tindakan zalim yang dihalalkan di atas nama agama dan bahasa. Apabila emosi sudah menguafsai ikiran maka amatlah mudah slogan jihad dimanipulasikan untuk maksud mengabsahkan bencana yang telah ditempah mendiri, di atas kesilapan kita menentukan langkah dalam kesempatan masa yang suntuk dan darurat ini.
Kelemahan dan kesilapan kita sendiri mesti dijadikan landasan pembaikan. Keberanian kita mengungkap penyelewengan dan kepincangan, dapat menyelamatkan kita daripada mengulangi kesilapan masa lampau.
Wahai saudaraku Zul...
Lihatlah sejarah kerana sejarah harus dilihat sebagaimana adanya. Pembangunan semula intelektual dan peradaban Islam tidak hanya menuntut kepada reconstruction pemikiran dan sejarah, malah ia menagih satu usaha, destructuralisation yakni penyusunan semula keseluruhan sistem dan budaya keagamaan yang kita warisi.
Pembedahan dan perombakan bertanggungjawab terhadap seluruh kurikulum klasik Islam, termasuk fikh, usul fikh, usuluddin, tafsir, hadis dan juga sejarah, serta institusi Islam yang dilegitimasikan secara tradisional seperti mazhab, ijtihad, ijmak, qias dan ulama perlu diusahakan. Inilah tanggungjawab anda.
Zul...bersolat tahajud lah selepas pukul 12 tengah malam...
Tuntutan dunia hari ini menghendaki kita bukan sahaja melakukan reconstruction terhadap pemikiran, malah memerlukan satu, destructuralisation berdasarkan akal rasional yang dibimbing oleh petunjuk al-Quran dan tradisi kenabian yang disahkan oleh sejarah. Hanya dengan usaha seperti inilah kita akan berjaya mengenali identiti Islam, diri kita yang sebenar. Dengan keperibadian Islam itu, barulah kita mampu memikul beban yang diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia Muslim sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan membangunkan kembali peradaban umat serta menyahut cabaran kuasa kuffar yang semakin rakus.
Di negara ini, umat Islam menerima hakikat bahawa orang bukan Islam boleh memakan atau minum atau mengamalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam. Selain larangan agama, budaya orang Islam Malaysia menolak bukan sahaja makanan yang diharam, tetapi tidak pun sanggup melihat makanan ini. Namun tidak terlintas dalam hati di kalangan orang Islam untuk mengharamkan makanan yang tidak haram bagi penganut agama lain. Sikap ini adalah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu "kepada aku, agama aku, kepada engkau agama engkau" - Lakum di nukum wali yadeen".
Kepada yang bukan Islam yang membaca tulisan ini, INGATLAH bahawa "WALAUPUN KAMI MEMBENARKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGAMALKAN KEPERCAYAAN KAMU, TIDAK BERMAKNA ISLAM TIDAK WUJUD DI NEGARA INI. KETAHUI LAH BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI MALAYSIA."
Zul...
Lebai menyokong usaha saudara dalam usaha menjaga kepentingan agama dan akidah umat Islam daripada dirosakkan. Sokongan Lebai terhadap saudara Zul ini bukan lagi berasaskan politik tetapi lebih kepada soal menjaga masa depan Islam.
INGATLAH..."Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.'' (Al-An'aam: 121)
Perlu diketahui syaitan dan kuncu-kuncunya menggunakan senjata-senjata yang berlainan dari satu tempat ke satu tempat, dari satu zaman ke satu zaman. Malah, ia menggunakan cara-cara yang paling canggih yang belum dapat dicapai oleh ilmu pengetahuan manusia. Ia dapat memasuki hati manusia menerusi citarasa kekuasaan, kemegahan pangkat dan cintakan dirisendiri yang keterlaluan. Seperti keinginan manusia mengisi tuntutan perut, seks, harta kekayaan dan keinginan menjadi masyhur.
Itu semualah yang menjadi medan dan lapangan yang luas untuk syaitan bertindak menyesatkan anak cucu Adam itu. Semua kerjanya itu bertujuan supaya manusia terjatuh ke dalam maksiat dan menyekatnya daripada petunjuk Allah.
Selain itu, Zul mesti ingat bahawa ada lagi satu pintu yang boleh dimasuki oleh syaitan ke dalam hati manusia yang mana tidak terputus ia daripada hubungan hawa
nafsu, iaitu melalui pintu kesombongan intelektual. Seseorang itu, apabila terasa bahawa dia mempunyai akal fikiran yang istimewa dan ilmu pengetahun yang luas, senang saja bagi syaitan mencelahkan dirinya melalui pintu ini dengan membawa ke dalam hati anak cucu Adam pelbagai ragam rasa was-was, syak dan ragu sekitar akidahnya terhadap Pencipta-Nya. Sifat-sifat-Nya dan perkara ghaib yang disampaikan kepada manusia menerusi Rasul-Nya.
Yahya bin Mu'az pernah berkata: "Musuh manusia adalah tiga - dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berjaga-jagalah dari dunia dengan mengamalkan zuhud. dan dari syaitan dengan menentang godaannya dan dari nafsu desngan meninggalkan syahwatnya.''
Mudah-mudahan saudara akan mendapat keberkatan kerana membela kalimah ALLAH. Dan mudah-mudahan anda Allah akan membuka hati saudara untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku....Lebai hanya boleh berdoa mudah-mudahan saudara menarik diri daripada PKR, DAP dan PAS.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment