Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Friday, January 1, 2010

3 perkara besar ditunjukkan Allah awal tahun baru


Awal pagi tadi kira-kira pukul 2 pagi, Lebai dan anak-anak melihat satu suasana yang amat mengagumkan di langit.

Biarpun, banyak awan menutupi ruang negara, suasana langit masih lagi terang, kesan gerhana mungkin tidak ketara pada peringkat awal. Bulan, ketika itu membiaskan cahaya yang amat terang. Isteri Lebai kagum sekali hingga menyatakan di sekeliling bulan yang memancar terang itu terdapat gegelang berwarna hijau kebiruan dan Lebai juga dapat melihat gegelang itu.

Pada waktu itu Lebai memanjatkan doa kepada Allah.

Bukan ini saja yang hendak Lebai nyatakan. tetapi berakhirnya 2009 dan munculnya 2010 merakamkan tiga peristiwa besar iaitu:

1.1.2010 - Awal tahun baru,
1.1.2010 - Berlaku gerhana bulan, dan
1.1.2010 - Jatuhnya pada hari Jumaat. Penghulu segala hari di mana umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Dalam kitab Kifayatul Mahtaj, Syeikh Daud Fatani, menyebut perubahan fasa bulan berkait rapat dengan ibadat bulan terhadap Allah SWT. Syeikh Daud menyatakan bulan ketika sedang membesar iaitu pada 1 hingga 15 haribulan hijrah, menunjukkan kegembiraannya kerana menghadap Allah SWT ketika mengambang. Bagi fasa menyusut menunjukkan keadaan bulan yang dukacita kerana tidak berpeluang menghadap Allah SWT sehinggalah ke purnama berikutnya pula.

Demikian lah apa yang diperkatakan Sheikh Daud Fatani.

Sistem solar (matahari) dan bulan ada dijelaskan dalam al-Quran. Pada surah Yasin iaitu ayat 40 yang bermaksud:

"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya."

Hasilnya, ahli falak mampu menyediakan almanak yang tepat untuk tujuan penyediaan taqwim danlain-lain, termasuk jangkaan fenomena gerhana.

Pengetahuan mengenai waktu berlakunya gerhana bulan (kusuf) dan gerhana matahari (kusuf) akan membolehkan umat Islam bersedia untuk melakukan ibadat sunat yang sangat dituntut, iaitu solat sunat gerhana. Gerhana sebenarnya berlaku kerana sifat pergerakan orbit bulan, bumi dan matahari. Kejadian gerhana bukan lagi peristiwa aneh, kerana ahli falak dapat menjangkakan bila ia akan berlaku.

Gerhana seperti juga perubahan siang dan malam serta kedatangan hujan meteor tahun lalu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Manusia boleh memanfaatkannya dengan mengkaji bagaimana ia berlaku dalam usaha memahami alam ini. Kita tidak boleh mengaitkan kejadian gerhana itu terhadap hidup atau mati seseorang kerana ianya boleh merosakkan akidah. Semua yang di langit dan bumi adalah tunduk kepada kekuasaan Allah.

Rasulullah s.a.w menjelaskan tafsiran itu dalam satu hadis yang membawa maksud:

"Bahawasanya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya. Matahari gerhana bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lainnya. Kerana itu apabila kamu melihat sesuatu yang demikian, hendaklah kamu bersolat dan berdoa, sehingga habis gerhana." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara mudah gerhana matahari terjadi kerana cahaya matahari terhalang sampai ke bumi kerana terlindung oleh bulan.

Manakala gerhana bulan terjadi kerana bumi melindungi cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bulan.

Mengikut pergerakan bulan mengelilingi bumi dan bersama-sama mengelilingi matahari, sebahagian daripada jasad bulan akansentiasa disinari cahaya matahari. Bagaimanapun bahagian bulan yang bercahaya dan boleh kelihatan dari bumi berbeza-beza.

Secara mudah, Lebai mengajak semua pihak bermuhasabah diri. Menerima kebesaran yang ditunjukkan Allah kepada semua makhluknya dengan tiga kebesaran yang jatuh serentak pada satu hari. Demikian lagi kebesaran Allah SWT.

Mudah-mudahan tangisan umat Islam kerana keputusan Mahkamah Tinggi di penghujung tahun 2009 yang membenarkan majalan Kristian menggunakan perakataan Allah, juga akan berlalu menerusi tiga kebesaran kuasa yang ditunjukkan awal pagi tadi dan hari ini. Mudah-mudahan Kementerian Dalam Negeri boleh bertindak segera bagi menjaga kesucian Islam di Malaysia.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: