Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Wahai orang Islam, bertakwalah kepada Allah. Hubungkanlah silaturahim antara kamu, kerana tiada pahala yang lebih cepat datangnya dari
pahala silaturahim."
Umat Islam sentiasa diterapkan dengan sifat kasih sayang sesama saudara seagama. Hubungan silaturahim sesama umat Islam sentiasa diutamakan.
Selagi hayat dikandung badan dan selagi kita ada tenaga, adalah tanggungjawab kita untuk menyumbangkan tenaga itu ke arah kebaikan bangsa dan manusia, selaras dengan taraf kita sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia.
Silaturahim adalah perkataan Arab yang diMelayukan terdiri daripada dua patah kata iaitu silat dan rahim. Silat atau silah bererti hubungan, manakala rahim (dibaca juga rahmi) bererti sayang, kasih atau mesra.
Oleh itu sembahyang dikatakan solat kerana ia sebagai alat penghubung antara kita dan Allah Taala. Begitu pula pencak silat. Ia disebut silat kerana di dalamnya dihubungkan gerakan demi gerakan yang berasal daripada gerakan solat kita seperti yang dikatakan tok guru pondok dulu kerana, kononnya seni pencak silat berasal dari pesantren, Nusantara.
"Apakah kebaikan paling besar di sisi Allah?" Tanya seorang badwi kepada Rasulullah suatu hari pada zaman yang terbaik bagi sejarah manusia iaitu zaman kenabian dulu. Baginda pun menjawab: "Akhlak yang baik, merendah diri dan sabar atas segala kesusahan".
"Apakah pula keburukan yang paling besar di sisi Allah?" Tanyanya lagi.Jawab baginda: "Perangai yang buruk dan sifat kikir yang diikuti".
Badwi itupun bertanya lagi: "Apakah pula yang meredakan kemurkaan Tuhan di dunia dan di akhirat?" Baginda menjawab: "Sedekah yang dirahsiakan dan silaturahim boleh memadamkan api neraka pada hari kiamat kelak". (Hadis Riwayat Ahmad).
Jadi, sedekah yang dirahsiakan dan silaturahim boleh meredakan kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat.
Silaturahim adalah fenomena umat dan bangsa merdeka. Hanya di alam kemerdekaan inilah masyarakat dapat saling mengunjungi dan bersilaturahim, bertanya khabar, bermohon maaf, berkongsi duka dan berkumpul riang. Hal yang demikian sebagai tanda nikmat Allah yang tidak terkira yang wajib kita syukuri. Firman Allah yang bermaksud: "Jika kalian bersyukur (ke atas nikmat-nikmat yang Aku berikan) nescaya akan aku tambahkannya". (Surah Ibrahim: 7).
Jadi, silaturahim dengan pengertian kita bererti hubungan kasih, sayang atau mesra antara individu mahu pun kelompok; antara keluarga mahu pun bukan; antara serumpun mahu pun bukan; dan antara seagama mahupun bukan.Silaturahim dalam konteks kita mempunyai makna menjalinkan hubungan baik yang sangat luas, seluas pengertian nilai murni sejagat. Bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Konsep itu didasari oleh keimanan kita kepada ayat al-Quran bermaksud:
"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelakidan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersukupuak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu denganyang lain).
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Surah al-Hujarat: 13).
Risalah Islam berkenaan dengan kemanusiaan dalam ayat berkenaan sangat jelas. Islam mengisytiharkan kepada seluruh manusia bahawa Allah yang menjadikan semua manusia, baik lelaki mahupun perempuan dan bahawa manusia adalah bersaudara dan semuanya sama saja dalam hak-hak kemanusiaan, tidak ada seorang pun melebihi seorang yang lain dalam hal demikian.
Perbezaan hakiki antara mereka hanya lahir daripada individu yang masing-masing mempunyai fikiran, akhlak dan tujuan mulia yang tercantum dalam kata takwa.
Islam tidak pernah mengajar bahawa perbezaan hakiki antara manusia berasal dari segi keturunan, warna kulit, tanah air dan bangsa kerana ia sangat relatif.
Dengan konsep inilah akhirnya Islam menggalakkan dan memerintahkan umatnya bersilaturahim. Dengan silaturahim inilah ketegangan dapat diredakan dan permusuhan dapat dielakkan, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan dan yang erat diharmonikan dan dengannya masyarakat impian dapat diciptakan.
Akhirnya, marilah kita laksanakan ajakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong pula oleh Datuk Seri najib dan kemudian mendapat reaksi positif daripada Timbalan Presiden Pas, untuk memupuk toleransi yang tinggi sesama kita umat Islam, Melayu untuk memberi contoh kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan pegangan agama dan budaya masing-masing.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment