Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Monday, June 15, 2009

Nizar kena halau lepas angkat sumpah

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang baru mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini, dihalau daripada menghadiri sidang dewan kerana menjerit-jerit.
Dia yang kini Ahli Parlimen Bukit Gantang dihalau selepas tidak memathui kod etika pakaian Ahli Parlimen. Dia didapati berkelakuan tidak senonoh dihalau tidak sampai 10 minit selepas mengangkat sumpah.
Nizar yang memakai lilit kepala dan lengan bertulis 'Bubar DUN' secara tiba-tiba menjerit `hidup, hidup, hidup rakyat, bubar, bubar, bubar DUN Perak' menyebabkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Jeritan beliau itu diikuti oleh enam lagi ahli pembangkang yang kemudian diperintah keluar Dewan Rakyat kerana berkelakuan tidak senonoh.
Selepas memberi amaran supaya mereka membuka lilitan kepala dan tidak menjerit, tidak dihirau, Pandikar Amin memerintah Mohammad Nizar dan enam yang lain keluar dan digantung daripada menghadiri Dewan.
Mereka yang digantung selain Mohammad Nizar ialah, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PKR-Kuala Krai).
Selain itu kira-kira 20 penyokong parti pembangkang yang hadir sebagai pemerhati turut diarah keluar dari Dewan kerana turut memakai lilitan kepala.
Pandikar Amin berkata: "Secara tradisi, apabila seorang Yang Berhormat mengangkat sumpah, tugas pertama Yang Dipertua ialah mengalu-alukan kehadiran orang baru dengan harapan dia menyumbang bukan saja daripada segi perbahasan tetapi juga tatacara, cara bercakap, berdiri tetapi hari ini seorang wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar gagal berbuat demikian.
"Apa juga gelagat di luar dewan, saya tidak kisah tetapi jangan buat gelagat di dalam dewan yang di luar daripada Peraturan Mesyuarat.".
Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian Ngeh memasuki semula Dewan dan perkara ini ditegur Speaker.
"Yang Berhormat Beruas, saya sudah arahkan keluar, sila keluar. Mengikut Peraturan Mesyuarat 44, apabila Speaker membuat keputusan untuk mengusir Yang Berhormat dan tidak tetapkan beberapa hari, ia tidak lebih 10 hari.
"Apabila Speaker tidak tentukan, (maka) Yang Berhormat kena dua hari... tidak boleh menghadiri sidang dewan," katanya.
Tindakan yang sama turut dilakukan kepada Dr Dzulkefly yang memasuki dewan dan diarah keluar.
REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: