Hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan kononnya Kerajaan Malaysia memungkiri perkara-perkara yang dipersetujui di dalam Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaysia (PKM) yang dimeterai pada 2 Dis 1989 berhubung isu Chin Peng.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman berkata, seramai 442 bekas PKM memohon untuk kembali ke Malaysia, tetapi hanya 406 menghadiri temuduga yang ditetapkan kepada kesemua anggota PKM yang memohon dan memenuhi syarat diterima kembali ke negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa telah mengemukakan permohonan sehari sebelum tempoh permohonan berakhir, bagaimanapun Chin Peng tidak menghadiri proses temuduga ditetapkan pada 31 Okt 1992.
"Selepas itu dia tidak pernah mengemukakan permohonan baru sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewargenegaraannya. Tindakan itu jelas menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani dan juga tidak mematuhi undang-undang negara seperti mana yang dikehendaki dalam perjanjian tersebut," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Mengikut rekod, dalam usahanya untuk kembali ke negara ini sejak 4 Mac hingga 4 April 2005, Chin Peng telah memfailkan lima afidavit di mahkamah.
Abu Seman berkata, dalam kes Chin Peng, KDN berpendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur mengenainya dan Chin Peng bukanlah wira yang patut dibela.
Kita semua tahu bahawa bekas Setiausaha Agung PKM itu tidak pernah membuang ideologi komunis yang dianutinya sejak berusia 18 tahun lagi. Chin Peng juga pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perjuangan PKM. Secara berterus terang chin Peng berkata dia masih yakin dengan ideologi komunisme dan akan terus menyakininya, walaupun sudah menandatangani perjanjian perdamaian.

Dengan itu adalah jelas bahawa keputusan pemimpin-pemimpin PKM menandatangani perjanjian berkenaan mempunyai motif lain iaitu untuk menghalalkan perjuangan mereka mengikut lunas undang-undang negara ini.
Perlu disedari bahawa tanpa rangkaian penyokong yang kuat daripada peringkatbawahan, PKM tidak akan mampu bergiat cergas. Chin Peng, juga pernah berkata bahawa dia ingin bergiat cergas dalam politik Malaysia dengan menubuhkan sebuah parti yang sah di sisi Perlembagaan. Ini adalah satu petanda menunjukkan ancaman PKM belum berakhir.
Dia secara berterus terang menyatakan bahawa seboleh-bolehnya dia mahu PKM itu sendiri didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah dan bergiat sebagai sebuah parti pembangkang. Pengertian daripada kenyataan ini ialah jiwa dan fikiran Chin Peng masih terikat dengan PKM.
Dengan itu ia adalah amaran bahawa pertubuhan itu masih mahu meneruskan perjuangannya untuk memerintah negara ini. Cuma yang berbeza ialah caranya, iaitu menerusi politik pula. Selepas hampir 40 tahun melancarkan perjuangan bersenjata, PKM menyedari bahawa mereka tidak berpeluang mencapai cita-cita itu secara kekerasan kerana disebabkan majoriti rakyat majmuk menolak perjuangan mereka.

Oleh itu, mereka menggunakan muslihat lain untuk memulakan perjuangan melalui cara yang sah di segi undang-undang dan bergiat secara terbuka. Chin Peng adalah komunis yang akan tetap berpegang teguh kepada ideologi komunisme.
Kita juga wajar berhati-hati dengan parti serpihan PKM iaitu Parti Komunis Maxist-Lenist (CP MAL) yang kini ditempatkan di pusat pemulihan di Sadau, Thailand. Anggota CP MAL (tidak terbabit dalam perjanjian 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia, Thai dan PKM) menjadikan Sadau sebagai pusat pelancongan dengan membina terowong.

Dikatakan, kira-kira 661 anggota CP MAL menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Thai pada 1987 dan daripada jumlah itu 490 adalah rakyat Malaysia.
Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 ketika berusia 24 tahun dan memegang jawatan itu selama 42 tahun sehingga perjanjian damai 1989. Dia dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1922 (gagal mengemukakan dokumen kerakyatan) dan diterima menjadi ahli PKM ketika berusia 18 tahun. Beberapa tahun kemudian dia dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Parti Komunis cawangan Perak dan kemudian Setiausaha Agungnya.
Dia juga mengetuai PKM dalam Rundingan Baling dengan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Bagaimanapun, rundingan itu gagal dan dia memasuki hutan untuk meneruskan
perjuangannya. Sebahagian besar rakan-rakannya sudah pun menjalani hidup baru di sini dan
mengakui kesilapan lampau.

Bagi mereka yang masih kuat dengan ideologi komunis, Malaysia bukanlah tempat yang sesuai untuk mengembangkan sebarang fahaman yang bertentangan dengan naluri rakyatnya.
Rakyat Malaysia sudah maju dalam pelbagai bidang, hasil peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk memperbaiki hidup. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat begitu menggalakkan, kadar inflasi kian berkurangan, masalah pengangguran begitu rendah hinggakan kita terpaksa menerima pendatang asing, pembangunan berjalan pesat, taraf hidup luar bandar bertambah baik dan kadar kemiskinan ketara tidak wujud. Ini adalah antara faktor pendorong kepada penolakan penerapan ideologi yang tidak memberi sebarang jaminan kemakmuran.
Jika diukur tempoh lebih 40 tahun sejak pembabitan cergas Chin Peng dalam gerakan komunis, persepsi rakyat Malaysia sudah jauh berubah. Jika ketika itu ada segelintir yang terpengaruh dengan gerakan haram itu, boleh dikatakan tidak ada lagi sekarang. Pengaruh pendidikan banyak mengubah pemikiran rakyat yang sedar betapa ideologi tanpa pengetahuan tidak membawa sebarang kemajuan.

Perjuangan tanpa matlamat tidak ada kesudahannya. Perkembangan ideologi terutama gerakan bawah tanah sudah jauh ketinggalan berbanding kemajuan teknologi moden.
Tambahan pula, pengalaman ketika menghadapi ancaman senjata komunis benar-benar mengajar kita betapa kehidupan rakyat sentiasa terancam. Rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan dan tidak bebas ke mana-mana sebagaimana sekarang. Sejarah dunia moden pula memperlihatkan negara komunis tumbang satu demi satu.
Pertentangan ideologi di antara komunis China yang berasaskan pertanian dan Russia yang berasaskan perindustrian yang tidak sehaluan, menjadi tontonan dunia. Apa yang jelas, tamatnya perang dingin bermakna perlumbaan ideologi di antara negara kapitalis dan komunis, turut berakhir.
Kita tahu, sebarang usaha untuk menanam ideologi baru atau menghidupkan semula ideologi lama, hanya akan berjaya di negara yang rakyatnya menghadapi masalah yang begitu teruk atau tekanan daripada pemerintah. Malaysia bukanlah tempatnya.
Namun, walaupun kita menganggap komunis bukan lagi ancaman besar, tidak bermakna kita terus leka dan membiarkannya berputik semula. Kita perlu menyekat sebarang unsur tidak sihat. Mungkin ada kumpulan yang akan menyebarkan bermacam-macam ideologi, fahaman agama dan pertubuhan sulit. Jika ada usaha menghalang atau menahan seseorang yang mewakili pertubuhan berkenaan kerana disyaki melakukan sesuatu kesalahan, pihak berkuasa akan dicabar dimahkamah atau di jalanan.
Inilah kesan kebebasan berlebihan yang diberikan kepada rakyat hinggakan apa saja yang kononnya dilakukan atas dasar kebebasan bersuara.
(Chin Peng berhutang darah dengan Melayu dan sejarah hitam itu sentiasa diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi supaya sentiasa menjadi ingatan dan berwaspada agar Melayu tidak dicincang dan direbus sekali lagi. - kata Amir hamzah dalam blognya)

REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments:
Post a Comment