Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Sunday, June 28, 2009

KITA TANYA NIK AZIZ...

Adakah Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional tidak memberi layanan yang baik kepada kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan sepanjang parti Pas memerintah negeri itu? Apakah Kerajaan Pusat pimpinan Umno tidak memberi bantuan atau tidak mencurah pembangunan di Kelantan demi rakyat Kelantan?

Amat simpati Lebai kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang teruk diasak dengan bermacam-macam isu daripada yang remeh-temeh hingga kepada isu-isu besar berkaitan taraf ekonomi rakyat Kelantan ketika ini yang masih ketinggalan jauh di belakang negeri lain.

Hanya kerana ketaksuban seorang ulama yang menjadi MB, Kelantan tidak didukung oleh struktur ekonomi yang lebih cenderung kepada kepentingan umat Islam. Lantas, Nik Aziz terpaksa menggunakan bermacam-macam cara dan helah untuk melepaskan diri daripada tekanan politik, termasuk dari dalam Pas sendiri, terutama selepas Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden parti itu sendiri mula menunjukkan minat ke arah perpaduan Melayu.

Rakyat Kelantan harus sedar bahawasanya kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz tidak berupaya untuk membawa perubahan seperti yang dicanangkan dalam kempen pilihan raya selama ini.

Ketika ciri, pemikiran dan cara hidup Islam semakin menyerlah di seluruh pelosok dunia seperti kewujudan institusi-institusi seperti bank Islam, universiti Islam, dan perundangan Islam, NAMUN, kerajaan Pas Kelantan lebih lunak terhadap isu-isu yang selama ini disalak-salaknya sebagai pembeda di antara hak dan batilnya sesebuah kerajaan Islam.

Berbalik kepada pembangunan di Kelantan, Lebai yakin Umno Kelantan dapat mengerakkan tujuh gagasan pembangunan untuk memastikan kemajuan seluruh rakyat negeri itu yang berjumlah 1.3 juta dapat dicapai dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Sasaran Kerajaan Pusat ialah menjelang 2015 ialah rakyat Kelantan pada keseluruhannya akan mendapat faedah besar daripada penjanaan gagasan ini. Semua gagasan raksasa itu bernilai RM7.6 bilion mampu mengubah struktur pembangunan dan taraf hidup rakyat negeri Kelantan yang masih daif dan mundur di bawah pentadbiran Pas.

Selain itu, Kerajaan Pusat yang dipimpin Umno bertekad membina Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang tersendiri, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Perindustrian, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh. Semua projek modal insan ini menelan belanja RM2 bilion.

Kerajaan Pusat pimpinan BN/Umno juga akan membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai bernilai RM1.4 bilion, di samping Lebuhraya Kota Bharu - Rantau Panjang dan Lebuhraya Pantai (Besut - Pengkalan Kubor).

Kerajaan BN/Umno akan menaikkan taraf jalan pesisir pantai dari Tok Bali ke Pengkalan Chepa dan jalan utama serta sedang membina jambatan baru bagi menggantikan jambatan Sultan Yahya Petra.

Selain itu, Kerajaan Pusat akan membangunkan industri minyak dan gas dengan Petronas. Projek penyaluran minyak dan gas dari Yan, Kedah ke Bachok, Kelantan ini menelan belanja RM2.4 bilion. Projek ini dijangka memberi pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat Kelantan

Oleh itu, Lebai harap rakyat Kelantan seharusnya sudah bijak membaca gelagat dan helah politik Pas diamalkan oleh Nik Aziz. Malah ada tindak tanduk golongan ini amat mudah dihidu oleh rakyat; lebih-lebih jika langkah atau kenyataan yang dibuat itu kononnya bersandarkan prinsip agama.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: