Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Saturday, June 13, 2009

Anwar sokong Chin Peng pulang

Hari ini, kisah Chin Peng berputar lagi dalam negara apabila ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.
Anwar pada sidang media pada Kongres Nasional Khas PKR 2009 di Bangi hari ini berkata, ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini.

"Kita sudah ada perjanjian damai, kita sudah bawa balik beberapa tokoh termasuk Musa (bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad), Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan beberapa yang lain, jadi bagi saya atas pertimbangan kemanusiaan konsisten dengan dasar kita, kita maafkan.

"Kita sudah benarkan dulu, jadi apa beza di antara Chin Peng dan Musa dari segi kepimpinan dalam parti, perjanjian damai kita lakukan bersama, saya tidak mahu melihat komunis Melayu tidak apa, tetapi komunis Cina tidak boleh, itu saya tidak boleh terima. Bahkan dalam kepimpinan MCA dulu bekas pemimpin PKM juga ada, di Sarawak juga kita boleh terima bukan setakat menjadi ahli jadi timbalan menteri pun ada.

"Jadi kita patut ambil sikap kemanusiaan, yang sudah itu sudah lah, kita mesti maju ke hadapan dan sejarah kita mesti kaji dengan objektif.

"Saya menyatakan prinsip bahawa PKM dan militan itu adalah tidak wajar tetapi kita sudah adakan perjanjian damai, jadi saya sebut perkara ini berulang kali supaya tidak digunakan seolah-olah saya tidak bersimpati dengan penderitaan rakyat dan perjuangan pasukan bersenjata," katanya.

Nampaknya, Anwar pelupa atau sengaja mencari publisiti di kalangan kaum Cina dengan bersetuju Chin Peng dibenar masuk ke Malaysia. Kenyataan Anwar itu sebenarnya mengguris hati ramai pihak, bukan saja orang Melayu, tetapi juga Cina. Namun, Lebai yakin Anwar sebenarnya mencari isu untuk dijadikan permainan psikologi dan Chin Peng adalah bahan uji kajinya untuk menaikkan semangat kaum Cina.

Anwar sepatutnya faham dan tahu bahawa kegiatan Parti Komunis Malaya tidak lumpuh sepenuhnya terutama dari segi ideologi dan politik, walaupun perjanjian perletakan senjata ditandatangani di Hadyaai pada 2 Disember 1989.

Walaupun ancaman senjata selama 41 tahun sudah tamat menerusi perjanjian itu, ia tidak bermakna ideologi komunisme turut berakhir dan mereka berpecah. Kita tidak tahu perkembangan kumpulan itu di masa-masa akan datang kerana mereka mempunyai rangkaian penempatan khususnya kampung kediaman tersendiri di perbatasan.

Ini termasuklah kampung `persahabatan' dan `keamanan' yang diwujudkan khas untuk PKM yang menyerah diri di negara jiran. Berdasarkan kedudukan itu, dikhuatiri sebarang perubahan dan fahaman politik di kalangan kumpulan berkenaan boleh mencetuskan semula kegiatan subversif mereka.

Malah, sekarang ini pun atas nama kebebasan ada blog-blog yang banyak memihak kepada ideologi komunis dan ada juga yang cuba mengagung-agungkan perjuangan komunis. Anda boleh baca
di sini .
Lebai pun ada menulis mengenai komunis dan Chin Peng:-

Klik
sini
Klik sini
Klik sini
Sejarah tidak lupa tragedi berdarah Bukit Kepong yangmengorbankan 17 anggota polis dalam satu pertempuran dengan segerombolananggota Parti Komunis Malaya (PKM). Bukit Kepong adalah sebuah perkampungan terpencil di tebing Sungai Muar, Johor.
Pertempuran yang bermula jam 5 pagi 23 Februari 1950 itu berlarutan kira-kira empat setengah jam dan mengorbankan Ketua Polis Balai Bukit Kepong, Sarjan Jamil Mohd Shah serta beberapa anggota lain, antaranya Koperal Mohd Yassin Abdul Wahab, Lans Koperal Jidin Omar, Mata-Mata (MM) Jaafar Hassan, MM Ibrahim Adam, MM Hassan Othman dan MM Hamzah Ahmad.
Begini kisah di Bukit Kepong:

Ketiadaan jalan perhubungan ketika itu, memaksa perjalanan ke sana dari bandar terdekat iaitu Lenga, mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan jalan sungai. Ini menyebabkan Bukit Kepong seolah-olah terputus hubungan dengan dunia luar.
Keadaan ini juga menyebabkan pengganas komunis berani menakut-nakutkan penduduk kampung di situ. Bagaimanapun, penduduk kampung di situ adalah orang yang sederhana, berani dan berdikari.
Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermula darurat. Kira-kira 18 bulan sebelum tragedi Bukit Kepong, tiga penduduk kampung yang terserempak dengan tiga pengganas komunis bersenjata, berjaya membunuh seorang pengganas, menahan seorang daripadanya, manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri, hanya dengan bersenjatakan pisau.
Dalam pertempuran lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang pernah diberikan penghargaan `Colonial Police Medals' di atas keperwiraan mereka. Pasukan polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan polis Bukit Kepong.
Ketika serangan gerombolan pengganas komunis yang dianggarkan 180 orang itu, hanya tiga orang daripada polis bantuan bertugas mengawal Balai PolisBukit Kepong. Kubu dibina serta-merta untuk mempertahankan balai polis serta berek kelamin daripada serangan pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik.
Tembak-menembak berlaku dan pihak komunis kemudian mengarahkan anggota polis menyerah diri kerana yakin mereka sudah mencapai kemenangan berikutan kekuatan mereka 10 kali ganda lebih ramai daripada polis. Bagaimanapun, arahan pengganas komunis itu tidak dihiraukan anggota polis Balai Bukit Kepong.
Pertempuran berterusan dan beberapa anggota polis terbunuh. Mereka yang tidak bertugas di berek kelamin turut memikul senjata menghadapi serangan berkenaan sehingga kehabisan peluru. Berikutan semangat juang kental polis itu, pengganas komunis mula menggunakan taktik kotor dengan membunuh isteri anggota polis dan membakar berek kelamin. Dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kebakaran itu.

Anggota polis yang bertahan di berek kelamin terpaksa berlari keluar untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran. Mereka merempuh kedudukan musuh hingga mengorbankan tiga anggota komunis. Hanya seorang saja dapat menyelamatkan diri dengan menyeberangi sungai dengan rifel masih di tangan.
Dalam mempertahankan balai itu, 17 anggota polis gugur.
Apabila bunyi pertempuran didengari penduduk kampung berdekatan, tujuh pengawal kampung bersama Penghulu Bukit Kepong, Ali Mustafa, bergegas kebalai polis untuk memberikan bantuan.
Kira-kira setengah kilometer dari balai polis, mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadi pertempuran. Mereka berjaya menentang pengganas berkenaan. Pertempuran sengit berlaku seterusnya apabila kumpulan pengganas yangberundur itu mendapat bantuan daripada rakan mereka.
Perlawanan yang berat sebelah antara pengganas yang bersenjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifel, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa pengawal kampung terkorban dan tercedera. Keadaan ini memaksa Penghulu Ali dan anak buahnya berundur di sekitar Bukit Kepong.
Selepas bertahan selama dua jam, pengganas komunis berundur selepas membakar pejabat penghulu dan merompak kedai. Ketika pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberikan bantuan.
Dalam perjalanan itu, kumpulan yang terdiri dengan tujuh anggota itu diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka tidak dapat melawan. Separuh daripada anggota kumpulan itu berundur dan menuju ke Lenga.
Mereka sampai di sana kira-kira jam 10 pagi dan itulah berita pertama mengenai kejadian serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dihebahkan. Apabila pengawal kampung itu berjaya memasuki semula pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat yang terbujur akibat tragedi berdarah itu.
Dalam perjuangan kira-kira empat setengah jam itu, ramai anggota polis dan pengawal kampung terkorban dan ramai juga pengganas komunis yang terbunuh. Selain itu, berek dan balai polis turut musnah dibakar.

Anda juga boleh membaca sebuah buku kisah komunis iaitu The Communist Party of Malaya: The Inside Story.

Buku ini menceritakan riwayat hidup Parti Komunis Malaya (PKM) yang bermula pada 1948, dengan kebangkitan fahaman komunis di kalangan orang Cina. Bagaimanapun perjuangan mereka ketika itu tidak menampakkan kejayaan, justeru PKM terpaksa meminta bantuan Parti Komunis China (CPC).
Dengan sokongan moral, ideologi dan material yang diterima daripada CPC, PKM berjaya meneruskan perjuangan sehingga 1976 tetapi pada tahun itu juga CPC menghentikan bantuan mereka secara berperingkat atas alasan strategi dan diplomatik.
Rancangan PKM ialah untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah republik komunis. Pelbagai cara digunakan parti itu untuk mewujudkan keadaan huru-hara dalam negeri bagi memudahkannya merebut kuasa.
Sebelum Februari 1948, gerakan yang dilancarkan oleh PKM tidak begitu agresif. Mereka hanya menggunakan kesatuan sekerja untuk menjalankan misi gerakan mereka. Sebahagian besar mogok yang dilancarkan PKM menerusi kesatuan sekerja iaitu di sekitar tahun 1946-1947 adalah untuk meminta kenaikan gaji selain bertujuan melemahkan Kerajaan British di Tanah Melayu.
Pengaruh mereka ke atas kesatuan sekerja bermula pada akhir 1947 apabila berjaya menguasai Pan-Malaysian Federation of Trade Union (Kesatuan Sekerja Seluruh Tanah Melayu). Kerajaan British terpaksa mengambil tindakan tegas untuk mengawal keadaan dengan menguatkuasakan Ordinan Kesatuan Sekerja (Pindaan) pada 12Jun, 1948 untuk menyekat PKM daripada menjadi pegawai dalam kesatuan sekerja.
Mengikut ordinan ini, pegawai-pegawai kesatuan sekerja mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman di dalam sesebuah industri itu manakala ahli-ahli yang pernah melakukan jenayah, pemerasan atau pengugutan tidak boleh menjadi ahli kesatuan.
Bagaimanapun, semua usaha PKM menemui kegagalan bukan saja disebabkan penubuhan ordinan berkenaan semata-mata tetapi turut disebabkan sikap rakyat pada masa itu yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan mereka. Pucuk pimpinan PKM turut berpecah belah sehingga mewujudkan tiga kumpulan berasingan yang akhirnya menyaksikan riwayat parti itu turut berkubur.
Buku ini turut menceritakan keadaan sewaktu darurat yang menyaksikan usaha mengawal keamanan negara ketika itu menjadi tanggungjawab setiap penduduk walaupun tugas rasmi dijalankan oleh polis dan tentera.
REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: