Bangsa Melayu sedang menuju kehancuran martabat. Usaha ini bukan saja perlukan pengorbanan semua pihak malahan menuntut perubahan yang dinamik dan rasional dari segi pemikiran dan tindakan.
Dalam hal ini, Lebai melihat jika kita mencari unsur negatif dan kritikannya, tentu banyak lagi yang boleh ditemui sehingga akhirnya isu perpaduan Melayu itupun menjadi suatu yang tidak bererti.
Namun jika kita halusi kemunculannya yang baru ini tentu ada pula kelainan dan keistimewaannya. Ia datang daripada Presiden Pas sendiri yang pernah mengkafirkan Umno. Inilah kelainannya isu kerajaan perpaduan Melayu kali ini.
Dan dalam hal ini, Nik Aziz perlu menerima dan menyedari hakikat bahawa kuasa politik Melayu amat penting dalam usaha membina bangsa yang bermaruah. Beliau juga patut menyedari bahawa penghakisan dan kejatuhan kuasa politik Melayu di negara ini, bermakna kehidupan bangsa Melayu itu sendiri akan terjejas dan terancam.
Pastinya dalam keadaan begini bangsa Melayu akan dibelenggui oleh masalah sosio-ekonomi yang mungkin sudah lewat untuk dibela.
Perpecahan di kalangan orang Melayu harus dibendung. Orang Melayu tidak sepatutnya mempunyai banyak pertubuhan politik. Cukuplah Umno dan Pas wujud. Namun demikian kedua-dua parti besar Melayu ini tidak harus bertelagah sehingga menimbulkan kemelut dan perpecahan yang boleh membawa tragedi ngeri yang mengganggu keamanan dan merugikan masa depan politik Melayu.
Kedua-dua parti politik Melayu ini sewajarnya mengamalkan politik pemikiran rasional walaupun pada hakikatnya politik pada asasnya bertujuan mencari kuasa dan bagaimana menggunakan kuasa itu.
Apa yang perlu dalam konteks meneruskan kesinambungan kuasa politik Melayu sebagai teraju pemerintahan negara ialah dengan merancang dan melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi dan dasar negara yang memberikan penekanan terhadap pembelaan kaum Melayu, terutama dalam bidang di mana kaum Melayu jauh ketinggalan. Nik Aziz juga patut menyedari
perkara ini.
Dalam hal perpaduan Melayu ini juga, adalah menjadi tugas ulama untuk memberi sokongan, bukan menolak sekeras-kerasnya dengan memberikan alasan tidak munasabah. Namun, Lebai percaya sukar bagi Nik Aziz yang bergelar ulama untuk menerimanya kerana beliau juga ingin menjaga kepentingan politik beliau. Sebab itu, Lebai katakan bahawa Nik Aziz mempunyai dua wajah.
Nik Aziz seagai ulama bertanggungjawab menangani perpecahan di kalangan umat Islam dan bangsa. Mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini kerana ulama adalah `warisatul ambia' yang memikul pelbagai tugas termasuk menyatukan kembali mereka yang berpecah-belah.
Ulama tidak boleh memandang ringan perpecahan yang berlaku sekarang, kerana ia bukan saja menjatuhkan maruah Islam dan bangsa Melayu, malah melemahkan pemerintahan dan politik negara. Sesuatu perpecahan semakin dirasai, kehidupan berpuak-puak seperti masyarakat jahiliah jelas kelihatan di merata negeri dan negara di dunia ini, termasuk di Malaysia.
Keangkuhan dan ego yang dapat dilihat pada ulama Islam atau pada orang yang mengaku dirinya ulama tidak menguntungkan usaha ke arah perpaduan Melayu. Ia juga menjadi salah satu punca perpecahan di kalangan umat Islam. Mereka tidak boleh duduk semeja atau tidak sebulu dalam usaha mengatasi masalah, termasuk gejala perpecahan umat Islam.
Keadaan itu juga menimbulkan keraguan terhadap umat Islam yang cetek pengetahuan mereka. Mereka kelihatan tenggelam punca dan tidak mengerti dengan sifat ulama yang ego itu. Suasana curiga antara satu sama lain di kalangan ulama berkembang subur dengan tidak disedari dan tidak diketahui siapakah yang mencetuskan suasana ini, hanya yang merasainya adalah masyarakat di sesuatu kawasan.
Secara tidak disedari sebahagian daripada orang yang bergelar ulama atau yang menggelarkan dirinya ulama itulah yang mengheret orang lain ke lembah perpecahan. Kedegilan mereka yang tidak mahu bersatu hati dan tidak sedar mereka dipecah-pecahkan adalah mendukacitakan.
Orang Melayu kini terlalu rindu kepada keadaan ulama yang bersatu dan seterusnya berusaha menyelesaikan masalah Melayu berpandukan ajaran Islam, bukan mengikut nafsu dan tunduk kepada sesuatu pihak yang disegani.
Akhirnya, firman Allah SWT dalam surah ar-Radd, ayat 11 yang bermaksud:
"Bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri berusaha mengubahnya."
Mudah-mudahan Nik Aziz dan pengikut yang menentang usaha kerajaan perpaduan ini berubah hati dan menerima cadangan itu dengan ikhlas dan hati terbuka demi memartabatkan bangsa Melayu yang kini berpecah-belah akibat sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang gilakan kuasa.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment