Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Thursday, June 18, 2009

Dilema Nik Aziz (Bahagian I)

Umno sentiasa mempunyai sikap yang terbuka dan sedia untuk mengadakan perbincangan dan dialog dengan sesiapa juga untuk mencari penyelesaian ke arah yang membawa pengukuhan dan kedaulatan Melayu Islam.

Lebai tidak nampak apa faedahnya bagi Pas, atau Umno atau orang Melayu jika sebahagian yang agak besar daripada mereka berpecah. Adakah cadangan Haji Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan itu membuka jalan bagi Pas dan Umno bersatu kembali, dan dengan demikian, orang Melayu bersatu kembali?

Seharusnya apabila kita bercakap mengenai perpaduan bangsa Melayu Islam, hak itu tidak boleh ditolak ansur. Kita mesti bersatu tidak kira fahaman politik apa sekalipun. Lebai yakin orang Umno tidak akan membiarkan seorang ahli Pas mati kelaparan. Begitu juga Lebai yakin orang Pas tidak akan membiarkan seorang ahli Umno mati kelaparan. Ini semua berlaku atas sifat dan sikap kita sebagai orang Melayu dan Islam.

Lebai percaya dalam konteks ini Nik Aziz (Menteri besar Kelantan) sebenarnya cuba menyembunyikan dilema yang dihadapinya kerana sebagai seorang Islam yang diberi gelaran Tok Guru, beliau tentu arif bahawa tiada sikap berkecuali dalam soal menangani keadilan dan menghadapi kezaliman serta perpaduan bangsa Melayu Islam.

Jika Pas boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP (yang terang-terang menentang syiar Islam dan ketuanan Melayu) adalah tidak logik bagi Pas menolak kerjasama dengan Umno demi kepentingan agama, bangsa Melayu dan negara. Inilah yang patut diusahakan supaya semua pihak boleh bekerja untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada ketinggalan dan berpecah-belah.

Beliau sebenarnya mengkritik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md Isa kerana khuatir jika tidak membuat kenyataan itu, rakyat yang menyokong Pas akan berada dalam kedudukan serba salah dalam tanggapan mereka mengenai isu itu kerana bimbang sama ada dari segi ajaran Islam wajarkah Pas mengambil sikap berkecuali dalam soal perpaduan Melayu.

Seperti yang Lebai katakan bahawa Nik Aziz mempunyai 'dua wajah' iaitu sebagai ulama dan sebagai ahli politik. Justeru, apabila Nik Aziz bercakap dan berdakwah untuk agama Islam maka sedikit sebanyak Nik Aziz akan mengaitkan juga agama dan pegangan politiknya. Dalam hal ini, boleh Lebai katakan bahawa Nik menggunakan agama untuk kepentingan ideologi politiknya. Perkara seperti inilah yang kurang disenari oleh golongan muda dalam Pas sekarang.

Nik Aziz perlu sedar bahawa konsep asas bagi mengangkat martabat Melayu sudah wujud lama dalam sejarah bangsa dan negara. Dalam Sejarah Melayu, Sultan Alauddin Riayat Syah, antaranya mewasiatkan:

"...Adapun engkau, hak anakku, Muhammad, hendaklah banyak-banyak ampun mu akan segala hamba sahaya mu dan baik-baik pelihara mu akan dia... dan segala anak Melayu, bagaimana pun besar dosanya, jangan engkau bunuh, melainkan dosanya derhaka, kerana segala anak Melayu itu tanahmu..."


Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan juga menulis: "Apabila dibiarkan juga akan segala hal ini, lama-kelamaannya nescaya hilanglah nama Melayu dari dunia ini."

Kemudian tiba pula giliran Mohd Abbas Taha, Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin melalui akhbar seperti al-Imam, Neraca, Warta Malaya, serta hasil kesusasteraan dan sejarah oleh tokoh seperti Muhammad Yusuf Sultan Mahyuddin, Harun Aminurrashid, Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Yaakub. Yang semuanya, berjuang dan melaungkan hasrat menjaga dan mengangkat martabat bangsa.

Apabila memasuki zaman kemerdekaan, laungan semakin lantang supaya martabat bangsa Melayu terus dijaga. Pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Ismail dan Tunku Abdul Rahman gigih berjuang demi agama, bangsa dan tanag air.

Kemudian terbitlah pula buku Malay Dilemma (Dilema Melayu) tulisan Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Revolusi Mental yang disunting oleh Allahyarham Tan Seri Senu Abdul Rahman.

Walaupun isi kandungan buku itu menimbulkan provoksi dan kritikan, keseluruhannya berintipatikan usaha memartabatkan bangsa Melayu.

Ertinya sejak zaman berzaman bangsa kita akan berusaha menangani isu itu supaya ia tidak dilupakan dan dapat dipertingkat ke mercu yang paling tinggi, malah murni itu.

Oleh kerana itu, apabila isu itu timbul lagi kali ini, maka tentulah ada kalangan yang tidak melihatnya sebagai suatu yang baru. Malah mungkin ada yang beranggapan bahawa itu hanyalah isu lama yang ditimbulkan semula untuk tujuan tertentu, khususnya kepentingan politik semasa. Maka selepas itu ia akan reda dan nanti akan hingar-bingar pula apabila tiba musim demam percaturan politik semasa itu.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: