Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Wednesday, June 3, 2009

Parti politik paling teruk rasuah

Kaji selidik berkaitan rasuah di Malaysia mendapati banyak parti politik dan kakitangan awam dikesan sebagai kumpulan yang paling teruk dicemari gejala itu. Demikian menurut hasil kajian Barometer Rasuah Global yang diumumkan Transparency International, hari ini.

Kajian itu menunjukkan parti-parti politik menduduki tangga paling atas statistik rasuah iaitu 42 peratus, manakla kakitangan awam sebanyak 37 peratus, sektor swasta dan perniagaan (12 peratus), badan kehakiman (lima peratus), wakil rakyat (empat peratus) dan media (1 peratus).

Laporan itu juga menyatakan bahawa 67 peratus daripada responden berpendapat usaha kerajaan untuk membanteras rasuah tidak berkesan.

Laporan yang diumumkan oleh Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low itu juga mendapati pekerja yang berpendapatan rendah mudah terdedah kepada gejala sama ada memberi atau menerima, berbanding golongan mewah.

Laporan GCB 2009 ialah rangkuman pendapat umum sejak tiga bulan lalu yang menemu bual 73,000 responden mewakili semua lapisan masyarakat dari 69 negara mengenai masalah rasuah yang dihadapi masing-masing.

Laporan juga mendedahkan bahawa lebih 50 peratus daripada pemberi rasuah tidak melaporkan kesalahan itu kerana berpendapat tidak ada faedah, manakala 25 peratus tidak mahu dibebani kerenah birokrasi dan 19 peratus lagi bimbang mengenai kesannya.

Tetapi, 50 peratus responden menyatakan kesanggupan membayar lebih untuk membeli sesuatu produk daripada syarikat yang terbukti bebas rasuah namun merungut mengenai kegagalan kerajaan menangani gejala rasuah dengan berkesan.

Meskipun kerajaan sudah mengambil langkah membanteras gejala rasuah sehingga ke peringkat akar umbi, umum berpendapat masih banyak kerenah birokrasi yang memberi ruang berlaku rasuah.

Paul bagaimanapun berkata:

“Saya berpendapat masih terlalu awal untuk menghakimi kerajaan baru diterajui Datuk Seri Najib Razak yang sekurang-kurangnya harus diberi masa sehingga hujung tahun ini."

Paul juga berkata beberapa pilihan raya kecil serta pemilihan parti baru-baru ini mungkin menyumbang kepada lonjakan indeks rasuah di kalangan parti politik. Selain itu, ramai berpendapat parti politik tidak cukup telus dalam operasi, terutama mengenai dana yang diterima bagi membiayai pilihan raya selain isu politik wang yang kerap berleluasa ketika pemilihan parti.

Kaji selidik juga mendapati sembilan peratus daripada kira-kira 1,000 responden mengakui pernah memberi rasuah dalam tempoh 12 bulan lalu dan menduduki tangga kelima dalam senarai 12 negara Asia Pasifik.

Beliau mencadangkan Malaysia mengambil iktibar daripada Indonesia di mana 74 peratus rakyatnya mendapati usaha kerajaan membanteras rasuah berkesan berbanding 67 peratus rakyat tempatan yang menganggap usaha kerajaan tidak berkesan.

Orang ramai juga mempunyai peranan dalam usaha membanteras rasuah.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

1 comment:

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html