Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang mahu meneruskan agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
Nik Aziz dalam kenyataan hari ini meminta Nasharuddin melepaskan jawatannya. Kata Nik Aziz isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi.
Cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.
Tetapi Lebai rasa pelik sebab, idea kerajaan perpaduan itu adalah datangnya daripada Hadi Awang. Adakah ini bermakna Hadi Awang yang juga Presiden Pas adalah boneka Umno seperti dituduh Nik Aziz?
Nik Aziz mendakwa apa yang berlaku sekarang adalah agenda Umno untuk memecah-belahkan Pas. Pas sudah masuk perangkap Umno. Inilah sikap Nik Aziz dan pembangkang. Apa saja yang dibuat semuanya salah Umno. Jika ada ahli mereka sendiri sudah sedar peri pentingnya perpaduan Melayu sekarang dan mahu berbaik-baik dengan Umno, maka mereka menuduh Umno memasang perangkap.
Lebai amat kesal dengan kenyataan Nik Aziz. Lebai ni hanya berpangkat 'lebai' sedangkan Nik Aziz adalah Tok Guru. Tetapi demi maruah Melayu, lebai yang kecil macam 'cili padi' tetap kena tegur juga 'cili besar'. Sikap Nik Aziz ini juga telah Lebai ulas sebelum ini iaitu berpendirian teologi.
Sebenarnya, Nik Aziz dan pemimpin Pas, hatta ahli Pas dan Umno juga patut berbincang dulu dan merangka 'kerajaan perpaduan' jika ianya boleh meletakkan martabat Melayu maka teruskan.
Lebai sedar dalam banyak debat politik dalam apa isu sekali pun jarang menghasilkan titik pertemuan, sebaliknya melebarkan jurang perbezaan. Dalam hal seperti ini, orang ramai perlu dibimbing menilai kebenaran berpandukan hujah ilmiah dan rasional berfikir agar mereka dapat membuat pertimbangan yang wajar.
Kita tidak mahu berlaku seperti apa yang ditulis dalam buku Tajdid Usul al-Fiqh oleh DrHassan al-Turabi, seorang tokoh gerakan Islam dari Sudan yang menyebut satu daripada kegemaran umat Islam yang sia-sia dan menghabisan masa ialah berdebat. Katanya umat Islam suka menghabiskan masa berdebat perkara-perkara yang belum terlaksana.
Bagi lebai, Nik Aziz sebenarnya mempunyai `dua wajah'. Wajah pertama, Nik Aziz sebagai ulama ilmu kalam dan wajah kedua Nik Aziz sebagai ahli politik Pas. Dari segi ilmu kalam atau teologi, kenyataan Tok Guru itu masih boleh dipertahankan kebenarannya, itu pun dari sudut teologi saja.
Bagi sudut politik sosioekonomi pula, Nik Aziz perlu bersedia menerima risiko di atas kenyataannya. Perbezaan di antara kedua-dua wajah itu menunjukkan bahawa pada diri seorang ulama ternama seperti Nik Aziz masih belum dapat menyelami pemikiran politik masa kini.
Kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz bukan saja timbul dalam isu ini bahkan dalam beberapa isu lain sebelum ini lagi. Dengan kata lain, kemantapan ilmu beliau sebagai ulama belum dapat diterjemahkan ke dalam politik praktikal.
Orang ramai belum dapat melihat kenyataan beliau sebagai jawapan kepada permasalahan masa kini. Hal yang sama juga berlaku kepada sesetengah orang yang digelar ulama ketika berhadapan dengan isu semasa masyarakat.
Oleh kerana kenyataan Nik Aziz dapat dilihat dari aspek politik, ia meletakkan partinya dalam keadaan defensif. Selain harus mempertahankan kenyataan itu, Pas juga perlu menjelaskan adakah benar ia tidak ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu Islam.
Apakah kenyataan itu bertujuan melemahkan semangat dan ikhtiar ingin bersatu padu ataupun cuba menafikan kesungguhan pihak lain untuk perpaduan Melayu.
Lebai tidak percaya jika dikatakan Nik Aziz antiperpaduan Melayu. Cuma dari segi politiknya, Pas dan Nik Aziz sebagai parti pembangkang pasti tidak akan memberi sokongan terbuka terhadap sesuatu dasar yang mampu menyatukan Pas dan Umno.
Link antara blogger lain yang mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz hari ini:
Klik sini
klik sini
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Askm Pak Lebai,
Bila direnung kenyataan Nik Aziz hari ni, kadang2 terlintas di fikiran bahawa Melayu tak mungkin bersatu selagi Nik Aziz hidup...
Post a Comment