Salam semua,
Mari kita berbincang mengenai seseorang yang gila, sakit otak, mereng atau mempunyai masalah mental. Tanda-tanda orang yang mempunyai penyakit ini mudah diketahui. Contohnya, apabila seseorang itu tiba-tiba menjerit di khalayak ramai, walaupun bersebab, maka kita boleh kaitkan orang itu mempunyai masalah psikologi.
Bermacam-macam kajian sudah dilakukan sejak zaman awal bidang psikologi, bagaimana untuk kita menentukan bahawa seseorang itu gila, sakit otak, mereng atau bermasalah mental?
Sebagai salah satu bidang yang menarik perhatian ramai ahli psikologi, psikiatri dan ahli terapi, pakar-pakar telah menentukan bahawa pelakuan abnormal (tidak normal) atau seperti yang diistilahkan sebagai gila dan sakit otak dibahagikan kepada dua, iaitu:
* Pelakuan itu tidak dapat diterima oleh masyarakat dan tidak kena pada tempatnya; dan
* Pelakuan itu mencerminkan kekacauan dalaman pada pelakunya dan menimbulkan kekalutan pada orang lain.
Pengkaji psikologi melakukan bermacam-macam kaji selidik bagi memahami pelakuan abnormal serta mencari jalan menyelesaikannya.
Bagi disiplin psikologi moden dan berdasarkan kepada kajian serta pendapat pakar, konsep penyakit otak atau pelakuan abnormal dibahagikan kepada lima iaitu demonologi, pandangan perubatan, pandangan psikodinamik, pandangan tingkah laku dan pandangan kemanusiaan.

DEMONOLOGI (Pandangan dari sudut semangat atau rasukan syaitan)
Pada zaman lampau, ramai pesakit mental atau orang gila yang diseksa, dirantai dan dipukul kerana masyarakat percaya mereka dirasuk syaitan. Mereka diperlakukan demikian bertujuan menghalau syaitan atau hantu berkenaan.

Cara rawatan yang paling popular ialah upacara menghalau hantu, dimana kuasa Tuhan digunakan untuk melawan kuasa syaitan. Hingga kini, ada kalangan masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berkelakuan abnormal perlu dirawat menggunakan cara tradisi, iaitu menggunakan bomoh dan pawang.
PANDANGAN PERUBATAN
Penemuan baru dalam bidang perubatan membolehkannya menggantikan upacara menghalau hantu dalam perawatan sakit mental. Pada kurun ke-19 dan 20 menyaksikan gila atau dirasuk dijelaskan melalui rasional saintifik, dimana pelakuan abnormal sebenarnya disebabkan oleh gangguan penyakit fizikal. Ini bermakna seseorang yang berkelakuan aneh atau gila sebenarnya mempunyai penyakit dalam badannya, atau kuman dalam otaknya.

Mereka yang percaya kepada pandangan ini mengatakan dalam sesetengah kes Schizophrenic(penyakit mental di mana pesakit suka mengasingkan diri, mengalami bayangan dan seolah-olah terputus hubungan dengan alam sekelilingnya), pesakit didapati mempunyai kecacatan otak yang diwarisi yang mempengaruhi keupayaan otak memproses data.
Kajian yang dilakukan pernah menunjukkan kebenaran, hingga ke satu peringkat, pandangan ini. Pengkaji pernah mendapati sesetengah pesakit mental, sebenarnya mengalami masalah vitamin, hormon atau enzim.
PANDANGAN PSIKODINAMIK
Aspirasi asas pandangan ini ialah psikoanalisis Freud. Intipati pandangan psikodinamik pula ialah kepercayaan bahawa personaliti adalah himpunan kuasa tenaga dan semangat. Tenaga ini diumpamakan sebagai pahlawan dua pasukan yang bertarung. Mereka berperang dan peperangan ini mewujudkan simptom luaran yang kita panggil penyakit mental.

Biasanya apabila seseorang cuba menjelaskan pelakuan abnormal mengenai motif yang tidak disedari, keinginan untuk berzina, zaman kanak-kanak yang malang, kenangan, mekanisme pertahanan dan tekanan, ia biasanya menjelaskan secara am dari segi pangangan psikodinamik. Secara ringkasnya, pandangan psikodinamik menganggapkan `diri'sebagai medan pertempuran.
PANDANGAN TINGKAH LAKU
Pandangan ini secara jelas bertentangan dengan psikodinamik. Menurut pengamal pandangan ini, untuk menjelaskan penyakit mental dalam konteks pertentangan dalam diri seolah-olah Alice di Wonderland, iaitu semua pendapat boleh diterima dan tidak ada satu pun yang tetap.

Untuk keluar daripada keadaan ini, mereka yang percaya dengan pandangan tingkah laku mencadangkan supaya pengkaji memfokuskan kepada pelakuan abnormal sendiri dan melihatnya sebagai hasil daripada proses pembelajaran. Jika ia tidak berpunca daripada kesakitan atau masalah organik, keadaan yang dipanggil sebagai gila atau neurotik tentulah mencerminkan paten pelakuan yang dipelajari.
PANDANGAN KEMANUSIAAN
Pandangan ini menekankan nilai yang diletakkan oleh satu-satu personaliti dan kekacauan yang dialaminya dalam pergolakan dunia yang kadang kala dianggap tidak adil. Pandangan kemanusiaan melihat apa yang dilabelkan sebagai gila, sakit otak atau masalah mental bukan sebagai penyakit. Mereka yang mengalami masalah mental dikatakan berpunca daripada tekanan.
Dalam keadaan itu, pesakit biasanya mengalami kerisauan dan selalunya dihimpit persoalan seperti "Alangkah sia-sianya hidup ini, segala-galanya tidak bererti, atau, adakah hidup setakat ini saja?" Dengan fikiran yang sedemikian, seseorang boleh mengalami alienation iaitu perasaan terasing daripada dirinya sendiri. Mereka akan berasa bahawa keluarga, kelab, gereja, atau kawan-kawannya dapat menyediakan rumah psikologi baginya.
Demikian lah pendapat-pendapat pakar yang ditulis dan yang dapat Lebai kumpulkan sedikit sebanyak untuk menerangkan mengenai penyakit mental ini.
Dalam pada itu, Lebai dan pastinya anda pembaca juga tergelak apabila mengetahui Ahli-Ahli Parlimen kita terjerit-jerit di Dewan Rakyat, bukan saja hari ini, malah sebelum ini pun pernah berlaku. Apakah Ahli Parlimen kita juga mengalami masalah sakit mental?
Yang amat memalukan ialah kejadian hari ini yang Lebai postkan di bawah dengan tajuk 'Nizar kena halau lepas angkat sumpah'. Puncanya, bekas Menteri Besar Perak itu dengan tiba-tiba menjerit-jerit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Bukan dia seorang saja, tetapi enam lagi ahli pembangkang turut terjerit-jerit sehingga memeranjatkan banyak pihak.

Keadaan ini seperti penyakit histeria, yang apabila seorang menjerit-jerit ia akan berjangkit kepada orang lain. Keadaan ini juga sama seperti ayam yang berkokok sahut menyahut dan anjing yang saling menyalak-nyalak.
Puncanya, semua orang tahu apabila Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang selepas beberapa bulan memerintah Perak. Nizar tidak lagi menduduki jawatan Menteri Besar dan episod itu berterusan hingga ke Mahkamah Persekutuan.
Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab dan GILA KUASA itu juga, rakyat Perak menderita kerana rancangan pembangunan sosial dan ekonomi tidak dapat dilaksanakan.
Orang yang GILA KUASA seperti ini berusaha mengheret rakyat supaya menyokong mereka walaupun tindak-tanduk mereka hanya boleh menimbulkan kekacauan. Mereka tidak pedulikan hal pembangunan, mereka buat fitnah sana sini, bangkitkan semangat perkauman. Apabila berlaku pergaduhan barulah menyesal.
Teringat Lebai kepada fitrah manusia. Satu daripada fitrah manusia ialah cinta kepada dirinya sendiri. Sekiranya manusia tidak cinta kepada dirinya ia tidak akan menjaga dirinya daripada sebarang bahaya. Ia tidak takut kepada sesuatu yang boleh mengancam anggotanya, tubuhnya atau jiwanya. Ia juga tidak akan memuaskan kehendak jasmaninya yang memerlukan makanan, minuman, tempat berlindung, masa untuk berehat, masa untuk bersuka-suka dengan anak isteri, keluarganya, sanak-saudara, masyarakat, kaumnya dan seterusnya.
Ia juga tidak akan mengambil peduli keperluan mencari ilmu, kepakaran, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan taraf hidup. Malahan ia tidak akan mengambil berat keperluan rohaninya termasuk mendapatkan ketenteraman jiwa, melaksanakan ibadat khusus dan umum, bergaul dengan orang yang mampu memberikan santapan kerohanian dan sebagainya.
Ia juga berasa dirinya begitu hebat. Kehebatan ini biasanya berlaku apabila seseorang sememangnya memiliki sesuatu kelebihan atau mempercayai bahawa ia memiliki kelebihan itu. Kelebihan ini mungkin dalam bentuk fizikal (seperti rupa paras yang lawa atau cantik, bentuk badan yang segak, badan yang kuat, otak yang cerdas, tajam dan pintar, suara yang merdu dan nafas yang amat panjang); atau mungkin dalam bentuk kekuasaan (seperti harta kekayaan, kedudukan, pangkat, pengaruh); atau dalam bentuk sesuatu yang dimiliki (anak-anak yang comel, bijak, pandai, isteri yang kaya, cantik, pandai bergaul, pengikut yang sentiasa mengiyakan apa yang dikata, orang yang sentiasa mengharapkan sesuatu daripadanya, orang yang sentiasa sanggup menyokong dan membantunya); dan sebagainya.
Perasaan ini adalah sifat yang buruk apabila dia merasakan yang kehebatannya itu melebihi orang lain. Perasaan ini dinamakan ujub. Antara akibat perasaan ini ialah dia tidak akan menghormati orang lain atau menerima pendapat orang lain. Ia akan berasa dia seorang saja yang sentiasa betul kerana ia lebih bijak dan lebih baik daripada orang lain.
Dia juga tidak akan mempercayai tentang kebolehan orang lain kerana dia yakin bahawa dialah orang yang lebih pandai dan orang yang betul dalam semua tindak tanduk. Dia juga yakin bahawa dialah seorang yang betul dan orang lain adalah salah. Dialah saja yang boleh melakukan apa saja dengan mudah, cekap dan baik.
Perasaan ini adalah sangat buruk pada sisi Islam, kerana akibatnya begitu buruk. Perasaan ini jika tidak dibendung boleh menjadikan seseorang itu sombong, bongkak, degil, keras kepala dan sebagainya. Perasaan ini juga lama kelamaan boleh melalaikan seseorang sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang mungkar seperti membazir atau berbelanja besar, menunjuk-nunjuk, menjatuhkan maruah orang lain, tidak menghormati orang lain dan sentiasa menganggap bahawa semua orang terpaksa patuh kepadanya, dialah orang yang paling penting. Akhirnya ia akan dibenci oleh orang lain dan mungkin juga oleh Tuhannya.
Perasaan terlalu cinta kepada diri sendiri juga boleh menjadikan kita terlalu seronok dan cinta kepada dunia. Kita boleh jadi gila pangkat, gila kuasa, gila pengaruh dan gila nama, sehingga kita terlalu mengejar segala perkara yang berkaitan dengan keduniaan semata. Apa yang hendak kita lakukan akan bergantung sama ada kita akan mendapat apa yang kita inginkan atau tidak.
Justeru, kita hanya akan merancang strategi tertentu dan melakukan sesuatu yang pasti akan membolehkan kita mendapatkan apa yang kita inginkan.

Misalnya, orang yang terlalu inginkan pangkat walaupun ia sebenarnya tidak layak mendapatkannya, akan bekerja keras hanya di hadapan orang yang berpengaruh untuk memberikannya pangkat dan akan melakukan apa saja untuk menyukakan hati orang ini, termasuk memberi hadiah, memuji-muji, mengampu, memberi bantuan tertentu secara persendirian, dan sebagainya. Semua perkara ini dilakukan kerana niatnya adalah untuk mendapatkan pangkat tadi.
Gambarkanlah sekiranya sebahagian besar daripada masyarakat atau pegawai dalam sesebuah organisasi mempunyai sifat yang sama seperti di atas, kita akan dapat pekerja yang rajin di hadapan orang tertentu sahaja, budaya memuji tanpa sebab yang menasabah, budaya mengampu, budaya menyibuk dan sebagainya. Kemungkinan besar prestasi kerja organisasi berkenaan adalah rendah, semangat bekerja antara pekerja juga akan terjejas, semangat positif seperti tolong-menolong, bekerjasama, berkorban untuk organisasidan sebagainya akan merosot.
Begitu juga keadaannya dalam masyarakat umum tidak kira sama ada dalam bidang perniagaan, sosial mahupun politik, orang yang terlalu mencintai dunia, akan sanggup melakukan apa saja asalkan apa yang dihajati itu akan didapatinya. Perkara-perkara yang sanggup mereka lakukan ini biasanya terdiri daripada perkara larangan seperti menyogokkan hadiah dalam pelbagai bentuk termasuk wang, perempuan-perempuan, `holiday package' dan lain-lain yang digelar sebagai `kickback' dalam perniagaan.
Kita perlu memastikan tabiat gila kuasa untuk menjadi pemimpin dihentikan jika tidak negara akan menjadi kacau-bilau dan kehidupan rakyat terancam. Kita bimbang pemimpin yang melonjok naik tergopoh-gapah sehingga tidak menghiraukan pemimpin lama akan merosakkan perpaduan parti. Gejala berebut kuasa itu jika tidak dihentikan boleh menyebabkan negara tidak stabil.
Sifat tamakkan kuasa, salah guna kuasa, perebutan kuasa, semua ini boleh menjadi penyebab bagi mencetuskan huru hara di sesebuah negara yang tidak mampu menangani masalah itu.

Sejarah membuktikan banyak negara menjadi kacau-bilau dan banyak pemimpin yang diguling apabila berlaku perebutan kuasa, atau pun kuasa yang dimiliki oleh pemerintah disalahgunakan sehingga mencetuskan pemberontakan rakyat. Perkembangan seumpama itu sudah pun berlaku di Afghanistan, Rwanda, Somalia, Bosnia, bekas Soviet Union, Romania, Iraq dan beberapa negara lain.
Lebai sebut beberapa pemimpin yang digulingkan kerana gila kuasa. Antaranya:
* Raja Louis dari Perancis kehilangan kuasa, dan kepalanya juga dipenggal, ketika berlaku Revolusi Perancis berikutan cara pemerintahannya yang menyeleweng dan mengabaikan orang miskin sehingga menimbulkan kemarahan rakyat jelata.
* Tokoh Nazi Jerman, Adolf Hitler, bercita-cita tinggi untuk menguasai Eropah, tetapi apabila sifat tamak terlalu menguasai diri, beliau mengetepikan segala-galanya sehingga menyebabkan rakyatnya menderita. Akhirnya, apabila tidak lagi sanggup menerima hakikat mengenai kekalahan yang dialami dan kuasa yang semakin mengecil, Hitler membunuh diri.
* Bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, terpaksa melarikan diri ke Hawaii selepas 'kuasa rakyat' menyebabkan dia diguling. Sepanjang pemerintahannya selama lebih 20 tahun, Marcos dikatakan banyak melakukan penyelewengan dan terlalu tamakkan kuasa tanpa menyedari perbuatannya itu sedikit demi sedikit menimbulkan kebencian rakyat sehingga membawa kepada pemberontakan.
* Di Romania, pemimpin diktator Nicolae Ceausescu tumbang kerana pemberontakan rakyatnya pada 1989 yang sudah tidak tahan lagi dengan pemerintahannya yang kejam dan penuh dengan gejala penyalahgunaan kuasa.
*Krisis perebutan kuasa membabitkan bekas Presiden Russia, Boris Yeltsin dengan timbalannya, Alexander Rutskoi dan speaker Parlimen, Ruslan Khasbulatov beberapa tahun lalu, juga hampir membawa kepada pergolakan dalam negara.
* Di Afghanistan, Presiden Burhanuddin Rabbani dan Perdana Menteri, Gulbuddin Hekmatyar pernah terbabit dalam perebutan kuasa dan Kabul sehingga kini masih bergolak dengan krisis.
Sebenarnya, setiap konflik dan krisis yang berlaku memberikan pengajaran kepada kita, terutama mengenai apa yang menjadi penyebab kacau bilau dan mengapa ia berlaku. Biasanya, perebutan atau tamakkan kuasa menjadi punca utama yang menyebabkan sesuatu konflik itu meletus.
Apabila sifat tamak menguasai seseorang itu, orang itu sudah pasti akan sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjerit-jerit di tempat awam, bagi memastikan hasratnya itu tercapai, tanpa mengira sama ada tindakannya itu wajar, kena pada tempatnya atau tidak menimbulkan kesan susulan.

Baginya, apa yang penting ialah kuasa, yang lain tidak perlu diambil kira. Soalnya, apakah selepas diserahkan kuasa itu, beliau mampu melaksanakan tanggungjawab yang seiring dengan kuasa yang dimilikinya? Jika beliau mampu memikul tanggungjawab dan berjaya melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin, tentu kedudukannya akan selamat. Tetapi, jika berlaku sebaliknya, tentu keadaan akan menjadi huru hara.
Rasa kurang senang akan mulai timbul, selepas itu ia akan membawa kepada bosan dan seterusnya pemberontakan terhadap pemimpin berkenaan, yang boleh disifatkan sebagai terlupa pepatah seperti "ukur baju di badan sendiri" atau "kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga".
Banyak tokoh yang tumbang atau diguling tidak menyedari, atau enggan mengakui hakikat ini, sehinggalah keadaan sudah terlambat. Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan, kecuali berundur atau melarikan diri jika nyawa masih belum terancam, atau mati dibunuh dalam keganasan yang berlaku.
Tidak dapat dinafikan lagi, sifat tamakkan kuasa hanya akan membawa kepada kebinasaan. Justeru, sifat itu seboleh-bolehnya perlu dikawal daripada menguasai diri. Sekali ia sudah menebal dan sebati dalam diri seseorang itu, lambat laun kehancuran akan menyusul juga. Cuma waktu yang akan menentukan bila dan dimana ia akan berlaku.
Sama seperti parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya hanya mahu menggunakan demokrasi bagi memuaskan nafsu dan dendam mereka terhadap kerajaan. Tindakan mereka itu menyebabkan orang Melayu berpecah kerana dakyah pembangkang yang hanya mahukan kuasa.
Mereka bukan mahu melihat orang Melayu bersatu walaupun tahu sokongan rakyat terhadap mereka berkurangan. Tetapi mereka tetap menggunakan demokrasi bagi memuaskan nafsu dan dendam terhadap kerajaan semata-mata.

Dalam hal ini, adakah Nizar sudah gila.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments:
Post a Comment