Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Saturday, December 5, 2009

Halau Kulasegaran dari Tanah Melayu

Tidak habis-habis lagi DAP yang mendapat sokongan PKR dan Pas membuat onak dan menyakitkan hati orang Melayu. Selepas beberapa angkara dilakukan apabila memerintah Pulau Pinang dan menguasai politik Selangor serta Perak, parti itu melalui Ahli Parlimennya (Ipoh Barat), M Kulasegaran, sekali lagi menimbulkan kemarahan orang Melayu apabila mempertikaikan KETUANAN MELAYU dan DASAR EKONOMI BARU (DEB).

Daripada rekod penyata rasmi Parlimen (Hansard) sememangnya terbukti bahawa DAP anti-Melayu. Pada 5 Mac 1990, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ketika itu adalah Ahli Parlimen DAP dari Kota Melaka, Lim Guan Eng, ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, mengeluarkan satu ungkapan seperti berikut:

"Parti DAP menolak sama sekali konsep ketuanan sesuatu kaum atau suku kaum sebagai lunas menggubal dasar-dasar sosioekonomi, pendidikan dan kebudayaan kebangsaan. Dasar-dasar ketuanan atau `dominancy' kaum sebegini bukan sahajaakan menghindari usaha mencapai perpaduan kebangsaan, tetapi membuktikan ia mungkin tidak boleh dicapai langsung
dalam masyarakat berbilang kaum kita."

Pada 16 November 1989, Ting Chek Ming, ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah mengeluarkan satu soalan di Dewan Rakyat mengenai Bumiputera seperti berikut:

"Ting Chek Ming minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk menghapuskan perbezaan warganegara di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dan mengubah polisi-polisi nisbah (ratio) yang diamalkan oleh Barisan Nasional supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam pembangunan negara Malaysia."

Soalan itu secara tidak langsung, menyatakan pendirian sebenar DAP mengenai Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara.

DAN...

Pada 2 Januari 1991, Hansard Parlimen merekodkan ahli PArlimen DAP Bukit Mertajam, Chian Heng Kat, mengeluarkan kenyataan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kenyataan serta tuduhan beliau mengenai perkara sensitif jelas dibuat tanpa mengira sensiviti orang Melayu terhadap hak-hak keistimewaannya:

"Orang Melayu miskin harus menikmati hak keistimewaan. Memandangkan hak keistimewaan ini telah dirampas oleh segelintir orang Melayu yang berpengaruh untuk menjadi kaya dan kebanyakan petani dan nelayan Melayu kehidupan mereka masih dalam kedudukan kurang memuaskan, maka saya mengesyorkan sebuah jawatankuasa didirikan untuk mengawasi dan mencegah hak keistimewaan ini tidak dirampas dan disalahgunakan oleh orang tertentu. Di samping itu juga saya mengesyorkan sebagai langkah pertama, menyingkirkan dasar perkauman, hak keistimewaan ini dibuka kepada semuaorang Malaysia yang datang dari keluarga yang pendapatan mereka tidak lebih daripada $500 sebulan tanpa mengira kaum."

Banyak lagi kenyataan-kenyataan oleh pemimpin DAP yang disokong pula oleh Melayu dalam Pas dan PKR yang menyakitkan hati orang Melayu. Sedarkah kita?

Walaupun, Raja-Raja Melayu mula bersuara dan mengingatkan rakyat tidak lagi mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu diingatkan kerana Raja-Raja Melayu mempunyai kedaulatan yang sepatutnya difahami setiap warga negara.

Namun, kelmarin, Kulasegaran menunjukkan sikap kurang ajar apabila sekali lagi mengkritik ketuanan Melayu dan DEB ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Parlimen. Kulasegaran dalam soalannya berkata:

"Nampaknya ada beberapa perkara yang memberi tentangan dan halangan kepada perpaduan kaum antaranya ketuanan Melayu yang mana ia mendiskriminasi orang bukan Melayu."

Kulasegaran membangkitkan isu ketuanan Melayu yang disifatkan penghalang perpaduan kaum sehingga mencetuskan pertikaman lidah di kalangan ahli Parlimen.

Tiada mana-mana rakyat Malaysia yang boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu di negara ini. Keistimewaan orang Melayu dijamin Perlembagaan Negara dan juga negeri. Ia adalah kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semua pemimpin masyarakat ketika menggubal Perlembagaan Negara.

Berikutan tindakan Kulasegaran itu, Gagasan Melayu Perak (GMP) bertindak menyerahkan memorandum kepada DAP di pejabat parti itu di Ipoh hari ini dan meminta meminta wakil rakyat itu supaya `berpijak di bumi nyata'. Bukan itu saja, GMP juga memasang poster di hadapan pejabat DAP yang ditujukan kepada Kulasegaran. Dan tidak hairan apabila poster itu tertulis:

MEMO

KEPADA: M.KULASEGARAN


DARIPADA: GAGASAN MELAYU PERAK (GMP)

NASIHAT DAN AMARAN: JANGAN PERTIKAI KETUANAN MELAYU DAN DEB LAGI

GESAAN: SILA SERAHKAN KERAKYATAN DAN TINGGALKAN NEGARA INI DENGAN SEGERA JIKA ANDA TIDAK SELESA




DOA GMP: SEMOGA ANDA BAHAGOA BERSAMA 'COUNTRYMAN' DI NEGARA ASAL MU


PERINGATAN KEPADA ORANG MELAYU: DAP TIDAK AKAN PERJUANG HAK MELAYU

TIDAK MELAYU HILANG DI TANAH MELAYU

Begitulah gesaan orang Melayu Perak yang sudah mula naik angin.

Wasiat Raja-Raja Melayu ketika menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayupada 5 Ogos 1957 ialah:

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus,selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;


* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar;


* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;


* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;


* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;


* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Kedudukan orang Melayu tidak boleh disamakan dengan pendatang. Kerana itulah, hak istimewa kita dilindungi Perlembagaan.


Lebai tertarik dengan ucapan Rayis Yatim tahun lalu mengenai Melayu:

Rais Yatim dalan ucapannya pada Program Wacana Isu Perundangan Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan pada majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam Muslim, November 2008 lalu menyentuh Kepentingan Melayu dan Pribumi Dalam Sejarah dan Perundangan'. Kata Rais:

Kebelakangan ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang maruah dan hilang punca. Umno diberi kata dua, apabila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia amnya.

Pada masa tertentu, didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing, lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri daripada parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu pada majlis rasmi partinya bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum lain sebagai pendatang ke negara ini.

Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi DewanRakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnyamerumuskan jika tak faham sejarah, jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menangpilihan raya di Amerika Syarikat, justeru di Malaysia juga perlu adasituasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri; merekayang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dansosial yang selama ini menjadi sifat semula jadi kenegaraan dan negara bangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa.

Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan saja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing. Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi membabitkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itu pun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini?

Masih ingatkah kita apabila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah mengenai situasi `menumpang' dan `pendatang'? Sekarang Ahmad Ismail digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan.

Ketua Pemuda kita pernah diberi amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong disebabkan dasar sosialis kerajaan baru Pulau Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah 'apabila pohon tumbang kura-kura pun naik.'


Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagi pihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak mengenai haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:
Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah
Dengan latar belakang dan suasana begini, kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi daripada dua aspek. Pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunas di Raja (Royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa.


Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ia tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah.


(a) Fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of theMalays). Ini adalah seperti mana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsur 'Dravidian'; seperti orang Arab di Asia Barat khususnya di Arab Saudi; seperti negeri China dinamakan China lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun atau seperti England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf dikebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.


Seperti Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing,seorang yang menetap lama di Palembang sekitar 671 Masihi, menggunakan istilah `moloyu' untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka.


Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara oleh sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengislamkan Raja-Raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupun nama dan terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.


Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka Melaka pada 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah.

Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawaorang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran,Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba,Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung - semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya sejak 2,500 tahun lalu.
Pada zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara1874 hingga 1957, tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka. Buruh India untuk kerja raya, peladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri Selat seperti PulauPinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah, Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

(b) Pencorakan kuasa politik yang diterjemahkan melalui kuasapemerintahan

Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris,satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak keistimewaan dan kedaulatan Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja Melayu.


Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psyche kemelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar.Swettenham pernah berkata 'the Malays have their own outright position asnative inheritors of their land'.


Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ketika Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara pokok seperti hak keistimewaan Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya.


Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini: 'The Alliance in their memorandum said - The Constitutionshould therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safe guarding the special position ofthe Malays.'


Ungkapan rasmi itu membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang diperturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Perlembagaan 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan.
"Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Sabah danSarawak dan kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."


Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi "It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities..." Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat tidak, wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.


Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya.Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda.


Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merizabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153(2) juga menyebut mengenai permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Perkara 153 amat luas kerana ada perkataan `atau lain-lain kemudahan khas'. Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan itu. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ia tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.


Peruntukan tradisi yang asasi di bawah Perundangan Negeri Persekutuan


Setiap perlembagaan sesebuah negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan `entrenched' atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 daripada anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan ituseperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuanMajlis Raja-Raja:
Perkara 10(4) perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang pencegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan dan kewarganegaraan, Bahagian 3 (Kewarganegaraan).
* Perkara 38 (Majlis Raja-Raja)
* Perkara 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen)
* Perkara 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja)
* Perkara 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaannegeri)
* Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan)
* 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera)
* 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)
Rumusan pertama yang boleh dibuat ialah kuasa pengimbang tetap ada pada Raja Melayu sama ada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Perkara38. Di semua negeri di Semenanjung misalnya, hanya orang Melayu yangboleh dilantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tidak wujud di Persekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


Perkara 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat Yang di-Pertuan Agong seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.


Walaupun ini adalah sesuatu yang kurang menggembirakan golongan nasionalis Melayu, realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh dipersoalkan:
(a) Pertama melantik seseorang Perdana Menteri, (b) kedua, tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak) dan (c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.


Kuasa ini juga wujud di bawah perlembagaan semua negeri beraja.Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan, faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Perkara 40 Perlembagaan.


Pada suatu hakikat ini, memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Perkara 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana Menteri mengikut pandangan subjektifnya.


Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputera seharusnya kini melebihi paras 30 peratus dari segi perolehan aset. Malangnya, Bumiputera masih dikatakan berada pada tahap kurang 20 peratus.


Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik Umno misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi.


Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini sudah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Keadaan 'sekerat belut sekerat ular' dalam pembahasan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuat kuasa undang-undang Dewan Bahasa danPustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera.


Lantaran Kabinet sudah meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal pemupukan budaya nasionalnya juga.


Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal diMalaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara.


Demikian pun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran. Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Perkara 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Perkara 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Perkara 3) - ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri.


Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat, lantaran sifat itu lebih kepada perasaan atau egopolitik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan perlembagaan negara.


Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit, dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam Umno, bagaimana kita boleh kata kita Tuan?


Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat tinggi peradaban itu terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Apabila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan dilonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.


Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasadan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan 'Ketuanan Melayu'.


Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di NewZealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik Umno, Pas dan PKR.


Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya Umno itu sendiri diperkasakan perjuangannya, sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah `ditepuk dada ditanya selera'. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.


Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama, seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Definisi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu.


Bagaimanapun, kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?
Bila semua ini dipersoalkan, sedikit sebanyak natijah tidak sempurna mungkin muncul.
Syor
* Melayu-Bumiputera perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar
* Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan
* Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri
* Politik Melayu melalui Umno mesti diubah - Fasal 3 Perlembagaan Umno perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar
* Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan
* Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak apabila Melayu atau Umno dicerca oleh politik luaran
* Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.

Apa lagi yang tinggal pada Melayu??? Masihkan kita tidur lena?

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Lebai,

Kesimpulannya begini aja, orang melayu yang masih ingat dan sayan sejarah perlu tekankan pada puak2x bukan melayu yang kurang ajar ni "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguaklah".....

Bila dia pergi ke negeri lain seperti UK, Canada dan US antaranya,di mana sebilangan besar tanpa segan silu memohon kerakyatan atau PR di negara2x tersebut dan dalam tahu atau tidak yang Malaysia tidak mengiktiraf dwi-kerakyatan, ada ke depa ni sibuk nak kata kat kerajaan mat salleh tu: "tukar bahasa perantara, bagi sumbangan pada sekolah vernakular", tuntut itu dan ini dan sebagainya seperti yang dilakukan mereka di Malaysia. Pastinya tidak sama sekali.

Jadi, kalau boleh menghormati undang2x serta peraturan atau norma-norma setempat di negara asing, kenapa tidak di negeri sendiri?

Kalau asyik meminta itu dan ini sahaja, sampai bila pun puak2x ini akan dianggap sebagai tidak ikhlas dan hanya 'menangguk di air yang keruh' sahaja oleh orang melayu.

Can the malays be faulted for feeling resentful towards those non-malays who so jealously defend their cultural, linguistic and economic imperatives and are so vehemently opposed to integrate into the Malaysian mainstream so defined by malay norms, cultures and values, but yet have the temerity and audacity to demand the dilution of the malay character which defines the essence of Malaysia? I think not.

Salam hormat.

J.A.

lebai said...

J.A

Benar apa yang sdra kata. Tetapi sejak bila mereka ini mula lebih kurang ajar. Yayitu selepas PRU 12 apabila depa dapat rampas Selangor, Ledah, Perak dan P.Pinang. Dan ketika itu pemimpin tertinggi kita terlalu berlembut. Cuba kita lihat masa Tun M memerintah. Jika ada suara2 yang kurang ajar begini sudah masuk ke dalam.
Kita harap dalam pimpinan DS Najib akan bertindak lebih tegas. Mereka cuba mencabar kita. Gambar orang Melayu dipijak. Tetapi Melayu seperti DSAI, Azmin dan pemimpin PKR serta Pas masih tidak sedar. Masih utamakan kepentingan diri.
Kita tunggu PRU 13. Kita akan balas habis-habisan.
tq