30 Disember 2009 - Isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad, 30, memberitahu beliau terpaksa mendedahkan statusnya sebagai isteri kedua berikutan laporan akhbar The Malay Mail dalam versi online mengenai kejadian di wad Diraja Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 8 Oktober lalu ketika Sultan Kelantan dirawat di situ.
Dalam kenyataan akhbar setebal lima muka surat, Elia Suhana mendakwa laporan itu memberi gambaran negatif terhadap Sultan Kelantan dan institusi kesultanan. Sejak Sultan Ismail Petra gering, beliau hanya berdiam diri dan cuba mencari penyelesaian terbaik demi menjaga hati pihak tertentu sehingga beliau terpaksa akur untuk melakukan sesuatu demi menjaga nama baik Sultan Kelantan.
Elia Suhana mendedahkan perkahwinan yang dilangsungkan pada 23 Disember 2007 di Kelantan itu disaksikan keluarga dan pegawai kerajaan negeri itu dan hanya sebliangan orang yang mengetahuinya.
“Mengambil kira sebab peribadi, perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kelantan dan saya tidak diisytiharkan, malah perkahwinan ini hanya diketahui pihak tertentu saja,” katanya.
The Malay Mail menerusi laporan `Police Ruckus In Royal Ward’ melaporkan misteri identiti seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth pada jam 4.20 pagi 8 Oktober lalu.
Elia Suhana berkata, kenyataan kepada media itu bukan bertujuan mengeruhkan lagi institusi Kesultanan Kelantan, sebaliknya bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan membersihkan tanggapan buruk yang cuba diwujudkan sesetengah pihak. Dan sebagai isteri yang sah, menjadi tanggungjawabnya untuk berada bersama Sultan Kelantan apatah lagi ketika baginda gering.
Bagaimanapun, beliau akur dengan keadaan apabila tidak dapat bersama Sultan Kelantan sepanjang baginda menjalani rawatan di Singapura. “Saya hanya berkesempatan menziarahi baginda untuk beberapa kali saja walaupun kehendak saya melebihi daripada itu. Oleh itu saya memilih pendekatan terbaik dengan menziarahi pada masa sesuai supaya tidak menyinggung dan mengganggu kerabat Diraja Kelantan,” katanya.
Mengenai kejadian 8 Oktober 2007, Elia Suhana berkata, beliau bersama pembantu peribadi menziarahi Sultan Kelantan pada awal pagi dengan dibantu polis istana.
“Kerabat Diraja Kelantan secara umum mengetahui kewujudan saya dan sesungguhnya saya tidak pernah mempunyai niat tidak baik ke atas KDYMM Sultan Kelantan. Apa juga tindakan saya adalah selepas meneliti aspek dan kepentingan KDYMM Sultan Kelantan dan tidak membelakangkan urusan pihak istana. Ekoran laporan akhbar dan laporan polis, ia memberi gambaran yang tidak elok dan kurang menyenangkan ke atas KDYMM Sultan Kelantan dan polis. Pandangan dan perspektif terhadap istana membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada institusi kesultanan Kelantan,” katanya.
Elia Suhana berkata, disebabkan haknya untuk menziarahi Sultan Kelantan disekat dan dihalang oleh pegawai keselamatan peribadi Raja Perempuan Kelantan, polis bertindak membantunya dan membenarkannya menziarahi Sultan Kelantan selepas mengetahui status sebenarnya.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betapa bertuahnya Che Puan Elia mempunyai seorang anak tiri spt Pemangku Raja Tg Faris yg sgt memahami situasi cik puan dan ayahandanya...
Difahamkan kunjungan cik puan ke wad utk melawat sultan adalah dgn pertolongan dan bantuan drpd Pemangku Raja Kelantan yg sgt berhemah tu kan.....
Polis istana yg mengiringi cik puan juga difahamkan dgn titah perintah Pemangku Raja Kelantan....
Moga Cik Puan akan mengenang budi baik Pemangku Raja kesayangan rakyat jelata ini sampai bila2....
Post a Comment