Hari ini Lebai tertarik dengan paparan komen seorang penulis dalam ruangan Surat akhbar Berita Harian mengenai perjuangan Bahasa Melayu. Amat menarik kupasan beliau yang sesekali menghentam pejuang bahasa yang beliau lihat kini seperti bermusim dan hanya mencari glamor atau populariti. Ada banyak sebab mereka ini bersuara dan berarak berdemonstrasi dari Masjid Negara hingga Istana Negara, ketika menentang PPSMI dulu.
Lebai copy tulisan dalam Berita Harian itu:
Bulan Bahasa Kebangsaan sudah hampir sebulan berlalu tanpa ada suatu pun program yang boleh dibanggakan untuk dikenang sebagai usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Kalau pada hari pelancarannya kita lihat begitu berkobar-kobar dan bersemangat hendak memartabatkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa dunia.
Pejuang bahasa yang teramat lantang dulu entah ke mana menghilang. Tiada seorang pun yang bersuara mengenai kecelaruan penggunaan bahasa sekarang ini seolah-olah menjadi pejuang bermusim yang hanya bersuara pada waktu tertentu. Seperti ayam yang hanya berkokok pada waktu dinihari.
Sedikit masa dulu, pejuang bahasa begitu ghairah mengkritik kerajaan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hingga membawa kepada penghantaran memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tokoh seperti A Samad Said dan Hassan Ahmad yang berkeras meminta kerajaan menarik balik PPSMI atas alasan mahu memartabatkan bahasa Melayu terus menyepi selepas peristiwa demonstrasi jalanan yang bersejarah itu.
Selepas itu tidak kedengaran apa-apa lagi. Barangkali mereka sudah puas setelah berjaya memaksa kerajaan menghabiskan entah berapa juta ringgit untuk menghasilkan buku teks baru, menggantikan buku teks PPSMI dulu.
Kemudian berapa juta ringgit pula untuk menjalankan kursus bagi guru yang terbabit dengan pelaksanaan dasar baru memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.
Sekarang semuanya kembali kepada asal malah semakin jauh daripada matlamat hendak meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dan bahasa ilmu. Pemimpin masih juga cenderung berbahasa Inggeris walaupun berucap kepada khalayak dari Malaysia sendiri. Tokoh korporat tetap dengan penuh ego menyampaikan maklumat dan mempromosikan produk mereka kepada rakyat Malaysia sendiri dalam bahasa Inggeris seolah-olah bahasa itu menjadi satu kemestian dalam bidang mereka.
Tiada siapa yang peduli dengan lambakan drama Melayu yang menggunakan dialog bahasa rojak. Tiada siapa peduli iklan yang terang-terang mencabar usaha memartabatkan bahasa Melayu. Malah Petronas sendiri yang dianggap sebagai sebuah syarikat nasional, membuat iklan dengan empat bahasa sekali gus seolah-olah bukan hanya Melayu saja bahasa rasmi negara ini.
Pejuang bahasa seperti bisu dan hilang taring. Kalau dulu begitu lantang dengan pelbagai kritikan, sekarang oleh kerana bukan musimnya, semua berdiam diri begitu saja. Seolah-olah kemunculan mereka bermusim.
Atau menanti tibanya musim pilihan raya atau sewaktu ada demonstrasi jalanan untuk mereka menjaja isu bahasa ini semula kerana kemunculan mereka pada waktu sensasi itu menjadikan mereka sedikit ‘glamor’. Kita tunggulah apabila tiba musimnya nanti.
ILHAM SYAKIMA,
Yan, Kedah.
Nah, sekarang di mana pejuang-pejuang ini. Adakah mereka sudah bisu. Dan tepat sekali jika dikatakan mereka ini hanya berlagak musim dan untuk mencari publisiti murah. Selain itu mereka juga bersekongkol dengan parti pembangkang yang suka membuat onar di negara ini.
Di mana kah mereka? Di manakah Timbalan Presiden, Persatuan Penulis Nasional (Pena), Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain yang sebelum ini melihat PPSMI akan menjejaskan masa depan bahasa Melayu kerana iaakan mengakibatkan 47 mata pelajaran berkaitan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Beliau sebelum ini menggesa orang Melayu segera insaf bahawa bahasa Melayu ada dampak pada pemilihan akan datang dan beliau berharap Agung dan Sultanmemberi perhatian berhubung pelaksanaan Artikel 152 yang melindungi kedaulatan bahasa Melayu.
Begitu juga kemana perginya, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, bersetujuagar isu PPSMI dibawa kepada Agung kerana mereka bertanggungjawab mempertahankan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam perlembagaan dan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Kemana hilangnya mereka-mereka ini ketika pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan sebulan yang lalu? Ke mana perginya Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Datuk Dr HassanAhmad; Timbalan Pengerusi GMP, Prof Dr Shaharir Mohd Zain; Setiausaha GMP, Hasni Abas; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Ahli Akademik,Prof Abdullah Hasan; penggiat teater, Che Shamsudin Othman; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ketua AMK Bahagian Batu, Rozan Azen Mat Rasip.
Kemana, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa; Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda Pas,Salahuddin Ayob; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail; SuhaizanKaiat; Mohamad Faizal Abd Aziz; Ainon Simo @ Mohd @ Somo dan Idris Ahmad.
Lebai malas untuk komen lebih lanjut. Sekadar berkata mereka-mereka yang terlibat dalam memperjuangkan bahasa itu hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Nak cari populariti. Mereka-mereka itu, termasuk profesor-profesor pengajian Melayu atau yang terer bahasa Melayu - kononnya lah - masih menggunakan peribahasa lama yang direka cipta oleh nenak moyang kita dulu. Profesor-profesor itu tidak pula reti untuk mencipta satu pun peribahasa sendiri.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment