Demikian lah yang ditegaskan oleh bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dalam temu bual dengan Bernama di Hatyai, hari ini, sempena ulang tahun ke 20 perjanjian perdamaian antara PKM, Thailand dan Malaysia.
Sudah terang lagi bersuluh. Memang tidak dapat dinafikan sejarah apabila pendirian pemimpin PKM yang tetap berpegang kepada ajaran Karl Marx, yang menyatakan komunis akan menggunakan apa cara sekalipun, termasuk kekerasan, untuk mencapai cita-cita perjuangannya.
Nah... hari ini ternyata benar, apabila Chin Peng tetap mengatakan bahawa PKM masih hidup. Memang benar mereka meletakkan senjata, tetapi ideologi Karl Mark dan komunisme itu tetap kekal dalam sanubari mereka.
Petikan temu bual dengan Bernama hari ini:
.......Asked what had become of the CPM after laying down arms for the last 20 years, Chin Peng maintained that the party was still alive, but not posing a threat to anyone as it was in hibernation.
"Yes, the CPM is still alive...in hibernation. We are not active anymore, just some reunions among our comrades," said Chin Peng who led a jungle guerilla war against the Malaysian government which lasted several decades.
He said that since the signing of the peace accord, he believed both parties had met most of their obligations set out in the agreement, but the decision to bar him from returning home remained a sticky issue.
Pemimpin PKM itu tetap komunis yang akan kekal berpegang teguh kepada ideologi komunisme. Berikutan itu, rakyat negara ini tidak perlu sangsi lagi terhadap pendirian kerajaan berhubung dengan PKM. Tetapi, mereka perlulah sentiasa berwaspada terhadap ancaman PKM yang ternyata masih mahu meneruskan perjuangannya serta masih menjadi musuh utama.
Dulu pun, jelas persetujuan pemimpin PKM menandatangani perjanjian itu mempunyai motif lain - untuk menghalalkan perjuangan mereka mengikut lunas undang-undang negara ini. Walaupun tembok komunisme sudah runtuh, sistem komunis sudah tidak lagi wujud dan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sudah mengisytiharkan gencatan senjata, kita harus ingat fahaman komunis masih wujud. Kemungkinan kegiatan komunis itu menyeludup dalam masyarakat dan cuba menggagalkan usaha kerajaan.
Di Malaysia, walau pun kita menganggap komunis bukan lagi ancaman besar, tidak bermakna kita terus leka dan membiarkannya berputik semula. Kita perlu menyekat sebarang unsur tidak sihat. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat yang kita kenali sebagai negara paling bebas di dunia, kini mula menghadapi masalah daripada pelbagai kumpulan yang menyebarkan bermacam- macam ideologi, fahaman agama dan pertubuhan sulit.
Jika ada usaha menghalang atau menahan seseorang yang mewakili pertubuhan berkenaan kerana disyaki melakukan sesuatu kesalahan, pihak berkuasa akan dicabar di mahkamah. Ini juga yang berlaku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat dan menyoal pemimpin PKR. Akhirnya pemimpin PKR membawa kes ke mahkamah dan mahkamah pula meranag SPRM menyoal siasat di luar waktu pejabat.
Keputusan mahkamah itu agak pelik kepada kita. Kerana seolah-olah MAHKAMAH MEMBENARKAN RASUAH DILAKUKAN SELEPAS WAKTU PEJABAT. RASUAH BOLEH DILAKUKAN ANTARA JAM 5 PETANG HINGGA 8 PAGI KERANA DALAM TEMPOH WAKTU ITU SPRM TIDAK BOLEH MENJALANKAN SIASATAN/SOAL SIASAT. Inilah kesan kebebasan berlebihan yang diberikan kepada rakyatnya hinggakan apa saja yang dilakukan adalah atas nama keadilan dan kebebasan bersuara kepada rakyat.
Tempoh yang begitu panjang sudah diberikan kepada Chin Peng tetapi dia tidak mengubah sikapnya. Kini, tiada lagi peluang untuknya di Malaysia.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment