Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Friday, November 27, 2009

Selamat menyambut Aidiladha



Lebai ucapkan kepada pembaca beragama Islam. Tatkala kita menyambut Hari Raya Aidiladha ini jutaan umat Islam sedang wukuf di Padang Arafah di Arab Saudi. Sekarang ini Arafah bagai lautan manusia.

Selama menunaikan ibadah haji, kalimah talbiyah berkumandang dan mengalun indah menusuk hingga ke lubuk hati. Tidak sedikit di antara jemaah haji yang menitiskan air mata kegembiraan, keluhuran kerana betapa besarnya nikmat dan kurnia Allah SWT, apalagi mereka dapat menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci dan wukuf bersama jutaan umat manusia dari seluruh pelosok dunia

“Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni` mata laka wal mulka. laa syarika laka.” (Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu.Tiada sekutu bagi-Mu. Segala nikmat dan puji adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu).

Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk. Diberkati. Di murahkan rezeki. Dimatikan kita dalam iman. Amin Ya Allah. REMINDER: Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: