Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Wednesday, September 23, 2009

Adakah Raja Petra sudah murtad?

Salam...

Lebai ada membaca dalam satu laman blog mengenai Raja Petra (RPK). Dalam blog http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/09/23/is-raja-petra-still-a-muslim/ mempersoalkan adakah RPK masih seorang Islam. Antara lain penulis menyatakan:

Is Raja Petra still a Muslim?

Raja Petra is back again. Now he attacks from youtube, hiding behind black shadow of himself, to prove his innocent’s side. On the recent attack exposed in Din Merican blog, RPK questions on the charges made against him on the ground that he had insulted the Islam in his blog Malaysia Today.

Yes. RPK did insulted Islam, but not in his post as alleged by him. He actually did insulted Islam year ago after he was detained under the ISA in Kamunting. He questions the validity of the supremacy of Islam and he said the Uztaz should not say that other religion is bad or deviant. He said the uztaz has no right whatsoever to determine such thing. ....


Sebenarnya, mentauhidkan Allah adalah ajaran pokok yang disampaikan oleh setiap nabi dan rasul, yang diutus oleh Allah swt sejak awal sejarah kemanusiaan. Namun, sejarah kemanusiaan penuh dengan kegagalan dalam menghayati ajaran tauhid ini, sehingga setiap kali ajaran yang murni ini perlu diperbaharui atau diperbetulkan oleh rasul-rasul berikutnya sesudah mengalami beberapa pencemaran yang membahayakan nilai-nilai kemanusiaan.

Murtad bermakna ditolak, yakni orang Islam yang terkeluar daripada agamanya sebab berpindah kepada agama lain atau dalam keadaan tidak beragama (menjadi ateis atau tidak mempercayai wujudnya Tuhan) sedangkan dia sebelumnya beragama Islam. Orang yang murtad memperolehi sebesar-sebesar dosa yang tidak diampun oleh Allah, kecuali benar-benar bertaubat dan kembali kepada Islam. Wal'iyazu billahi min zalik.

Firman Allah maksudnya: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amalan mereka (yakni amalan yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya." (Surah al-Baqarah: 217).

Ciri-ciri yang menyebabkan seseorang Muslim itu menjadi murtad ialah:

* Dengan perbuatan yang mengkafirkan seperti sujud kepada berhala, menyembah bulan atau matahari, batu dan sebagainya.

* Dengan perkataan yang mengkafirkan seperti menghina Allah atau Rasul-Nya, memperolok-olokkan hukum dalam al-Quran sebagai kolot dan ketinggalan zaman atau sebagainya.

* Dengan iktikad (keyakinan) seperti meyakini alam ini kekal, Allah itu baru, menghalalkan zina, menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkara yang halal (yang telah disepakati oleh ulama).

Oleh itu, Lebai nasihatkan RPK dan pembaca lain supaya mempelajari hukum-hakam Islam menerusi guru yang mursyid, yakni guru agama yang alim dan beriman serta menghayati ilmunya. Ikhlaskanlah diri kepada Allah, jangan takbur atau sombong.

Lebai juga dapati banyak tulisan RPK mengenai Islam amat mengelirukan. Justeru itu perlu diberi penjelasan mengenainya supaya masyarakat amnya tidak terkeliru dan terpengaruh dengan tulisan itu.

Sebagai seorang Islam kita wajib mempercayai bahawa undang-undang Islam yang termaktub dalam al-Quran adalah ciptaan Allah s.w.t. yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw sebagai nabi yang terakhir. Dengan melemparkan kecaman terhadap undang-undang ciptaan Allah,
seolah-olah Allah dikatakan tidak mengetahui undang-undang yang dicipta-Nya sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia (Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan).

Anggapan-anggapan seumpama ini sebenarnya boleh mencacatkan keimanan seseorang.

Sebenarnya kita dapat mengetahui sejauh mana iman seseorang itu dengan diukur sama ada dari kenyataan, melalui tulisan dan ucapan atau melalui perbuatan dan tingkah laku. Menurut Imam Ali bin Abi Talib (r.a.) bahawa iman adalah suatu yang tersemat dalam hati yang dicetuskan melalui lisan dan dimanifestasikan oleh amal perbuatan. Oleh itu jika seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tetapi masih meragui hukum-hukum Allah, dia masih belum mukmin yang sebenar.

Begitu juga jika seseorang Islam itu percaya arak dan judi itu larangan-larangan syarak, tetapi jika dia masih minum arak dan berjudi, maka ia masih belum mukmin yang sebenar kerana amal perbuatannya bertentangan dengan kepercayaannya yang tersemat di hati.

Janganlah hendaknya bergantung kepada terjemahan al-Quran semata-mata, atau mengikut sesuka hati kerana yang dibincangkan membabitkan soal hukum dan agama Islam yang Maha Suci.

REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: