Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Wednesday, September 16, 2009

Anwar dan 16 September: Sejarah lalu

16 September 1998

Laporan (1)
Akhbar melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan polis menahan rakan dan bekas kakitangannya, sama dengan taktik ejen perisikan Israel, Mossad. Penahanan rakannya seperti Dr Munawar A Annees dan bekas Setiausaha Sulit Kanannya di Kementerian Kewangan, Muhammad Ahmad, seolah-olah menekan orang di sekitarnya untuk memberi keterangan, yang akan digunakan bagi mendakwa beliau.

Mossad ialah agensi perisikan Israel yang terkenal dengan kebolehannya mengumpul maklumat untuk menghapuskan musuh negara itu. Malah, agensi perisikan beberapa negara lain turut dilatih oleh Mossad. Anwar, yang mengakui mengenali Munawar sebagai seorang yang terbabit dalam bidang penerbitan. Anwar mendakwa, Muhammad ditahan pukul 1 pagi oleh sepasukan polis yang meminta isteri beliau (Muhammad) tidak menghubungi sesiapa. "Apa cara tindakan ini... bagaimana saya tidak tegur. Ada ke tahan orang jam 1 pagi dan beritahu isterinya jangan beritahu sesiapa," kata Anwar.

Anwar juga berkata, bekas setiausahanya di Jabatan Perdana Menteri, Azmin Ali dikatakan akan ditahan polis untuk tujuan sama.

Laporan (2)
Satu lagi laporan ialah berkaitan kawan karib Anwar yang juga partnernya untuk main tenis, Datuk Nallakaruppan Solaimalai. Nalla dikaitkan dalam buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak
Boleh Jadi PM
. Siapa Nalla ni?

Nalla memulakan kariernya dalam bidang perniagaan di estet-estet kelapa di Kuala Selangor pada awal 70-an. Dia yang berasal dari India datang ke Semenanjung Malaysia pada usia belasan tahun, kemudian berpindah ke ibu kota untuk menyertai perniagaan insurans.

Sebuah syarikat insurans kemudian mengambil beliau sebagai ejen dan bermula dari situlah dia berjinak-jinak dalam politik dengan menyertai MIC. Selepas dipilih sebagai Ketua MIC cawangan Bangsar, Nalla memasuki pergerakan pemuda parti berkenaan dan bergandingan dengan bekas penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, R Arumugam.

Dia kemudian bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Tamil dan seterusnya melakukan lawatan berulang kali ke India serta dilaporkan mempunyai harta di sana. Dikenali di benua kecil itu sebagai `pemimpin' India Malaysia, Nalla dipandang tinggi dan sering dilihat berdampingan bukan saja dengan ahli politik, malah bintang filem India.

Ini akhirnya membawa kepada penerbitan filem bersama Malaysia-India pada1996, bertajuk `Young Lovers'. Sebelum itu, ketika akhbar harian berbahasa Tamil ketiga Malaysia, ThinaMurasu, mula diterbitkan pada 1995, Nalla dikatakan membiayai akhbar itu dan walaupun akhbar berkenaan melaungkan pendirian berkecuali, pelbagai rencana mengkritik Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, membuktikan sebaliknya.

Nalla kemudian dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat seperti Kamunting Corporation Berhad, Magnum Corporation Berhad dan Malaysian Plantations Berhad. Selain tiga syarikat berkenaan, Nalla turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Chongai Coporation Berhad yang disenaraikan di Papan Kedua BSKL. Pemeriksaan menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir Ogos 1997, Nalla memegang 19.5 peratus ekuiti dalam syarikat itu.

Laporan (3)
Laporan akhbar juga menyebut Anwar yakin beliau akan ditangkap selepas Sukan Komanwel atas dakwaan mengkhianati negara. Anwar percaya beliau tidak akan ditangkap atas alasan moral.
Dia mendakwa walaupun sudah dua minggu dipecat daripada Kabinet dan Umno, sampai sekarang pihak berkuasa belum mempunyai bukti atas segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Laporan (4)
Anwar juga menganggap hakim yang akan mengadilinya nanti tidak akan berlaku adil. Beliau yakin perkara itu akan berlaku kerana pernah beradadi dalam kerajaan.

Laporan (5)
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor memberi jaminan bahawa
Anwar akan dikenakan tuduhan kerana mengadakan perhimpunan awam tanpa permit.
Rahim juga mengesahkan polis menahan Dr Munawar A Anees, bekas pengarang sebuah jurnal terbitan Berita Publishing Sdn Bhd, anak syarikatThe New Straits Times (M) Berhad, mengikut Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dr Munawar ialah warganegara Pakistan dengan taraf penduduk tetap Malaysia dan Amerika
Syarikat. Dia ditahan berhubung penyiasatan keseluruhan membabitkan soal keselamatan negara. Alamat terakhir Dr Munawar di Malaysia ialah Damansara Heights, manakala alamat di Amerika Syarikat ialah di Tuscon, Arizona. Beliau bekerja dengan Berita Publishing selama beberapa tahun sehingga 1995, sebagai editor Periodica Islamica, jurnal yang menyenaraikan penerbitan mengenai Islam di seluruh dunia.

Rahim juga mengesahkan, polis menahan reman bekas setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan, Mohamad Ahmad, mengikut Seksyen 117 bagi membantu siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Laporan (6)
Laporan berikut ialah langkah kerajaan menamatkan perkhidmatan Anwar sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melantik Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemangku Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi menggantikan Anwar buat sementara waktu.

Laporan (7)
Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika itu, Senator Datuk Ibrahim Ali,mencadangkan Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan semua tuduhan terhadapnya tidak benar.

Laporan (8)
Anwar dalam jelajah reformasi di Seremban memperdengarkan rakaman kaset dikatakan
mengandungi suaranya ketika menggoda isteri seorang tokoh korporat. Pita rakaman itu yang
dilapor diedarkan di seluruh negara, diperdengarkan supaya Anwar kemudian dapat
menafikannnya. Memang tepat, Anwar kemudian menafikan suara lelaki dalam pita berkenaan adalah suaranya. "Itu bukan suara saya, suara saya lemak merdu macam buluh perindu. Suaraperempuan dalam kaset itu kuat, tetapi bunyi (suara) lelaki tidak begituada," katanya.


16 September 1999

Laporan (1)
Seorang pakar yang terbabit dalam kajian arsenik selama 20 tahun, berkata setiap ujian air kencing bagi mengesan keracunan arsenik sepatutnya dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas sampelnya diambil.

Menerangkan mengenai cara menjalankan ujian berkenaan, Prof Dr SukimanSarmani dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata sampel itu pula perlu diambil kira-kira satu liter sepanjang tempoh 24 jam."Biasanya, ujian dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas sampel itu diambil bagi memberi bacaan tepat mengenai kandungan arsenik," katanya mengulas keraguan pelbagai pihak berhubung kesahihan ujian arsenik pada contoh air kencing Anwar.

Isu keracunan arsenik itu ditimbulkan peguam Anwar, Karpal Singh, di Mahkamah Tinggi berdasarkan keputusan ujian contoh air kencing yang dilakukan di Makmal Patologi Gribbles di Melbourne pada 26Ogos lalu. Sampel itu dihantar pada 18 Ogos dan menggunakan nama Subramaniam, 59.

Berdasarkan laporan makmal itu, kandungan arsenik pada sampel berkenaan ialah 230 mikrogram (ug) bagi setiap gram (g) kreatinin. Kadar itu dikatakan 77 kali ganda lebih tinggi daripada kadar normal antara tiga hingga 17 ug/g kreatinin.


16 September 2000
- Anwar lenyap -

16 September 2001
- Anwar lenyap -

16 September 2002
- Anwar lenyap -

16 September 2003
- Anwar lenyap -


16 September 2004

Laporan (1)
Permohonan Anwar supaya Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun terhadapnya berhubung empat tuduhan rasuah, ditolak. Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malek Ahmad, yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Siti Norma Yaakob dan Datuk Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara menolak permohonan Anwar serta mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Berikutan itu, Anwar yang selesai menjalani hukuman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 April 1999 bagi kesalahan itu pada April 2003, tidak boleh bergiat aktif dalam politik sehingga 2008. Anwar, dibebaskan dari penjara pada 2 September, selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuduhan meliwat.

Dalam penghakimannya terhadap rayuan Anwar, Alauddin berkata, mahkamah mendapati tiada merit untuk mereka menggunakan kuasa yang ada pada mereka mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, sekali gus menolak semua empat permohonan itu.
Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasanya mengikut Aturan 137 supaya mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi terhadapnya bagi empat tuduhan rasuah kerana mendakwa campur tangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan beliau terbabit dalam salah laku seks. Pada 20 Julai 2002, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Laporan (2)
Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihan raya atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik untuk empat tahun akan datang berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman enam tahun penjara kerana kesalahan rasuah. Mengikut undang-undang, mereka yang didapati bersalah untuk satu kesalahan jenayah tidak boleh aktif dalam politik selama lima tahun, bermula dari tarikh pesalah selesai menjalani hukuman. Bagaimanapun, kerana Anwar sudah selesai menjalani hukuman penjara bagi tuduhan rasuah itu, beliau hanya perlu menunggu empat tahun lagi. Anwar masa itu tiada di Malaysia tetapi menjalani rawatan sakit belakang di Munich, Jerman.


16 September 2008

Laporan (1)
Dakwaan Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan hari ini nyata satu pembohongan kerana apa yang dicanangkan itu tidak menjadi kenyataan. Tidak ada mana-mana Ahli Parlimen BN melompat ke Pakatan Rakyat. Anwar sebenarnya hanya berniat mempersendakan rakyat dan kerajaan yang ada supaya kestabilan politik negara tergugat untuk mengambil kesempatan.

Dia angan-angan Mat Jenin... dia tahu dia tak boleh melakukannya tapi apa yang dibuat adalah untuk mengkhianati rakyat dan menjadikan negara porak-peranda.

Anwar sebelum ini berulang kali menyatakan Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan hari ini (16 September 2008) dan mereka berada atas landasan mencapai matlamat itu dengan mendakwa 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti. Tetapi, itu adalah satu lagi dakyah politik dan apabila tidak berlaku dia mengemukakan pelbagai sebab sebagai alasan tidak membentuk kerajaan Persekutuan nanti. Sebelum ini Anwar mendakwa lebih 30 Ahli Parlimen BN kononnya akan berpaling tadah tapi sampai sekarang beliau tidak berani menyenaraikan nama itu.

Apa yang berlaku ibarat impian seorang pemimpin yang kehausan melihat air di padang pasir tetapi apabila dihampiri, ia sekadar batu dan pasir panas. Sudah jelas dan nyata tidak ada kerajaan baru Pakatan Rakyat pada 16 September seperti diuar-uarkan dan semua sudah tahu ia mainan politik Anwar.

Sudah terbukti apa yang digembar-gemburkan Anwar hanya igauan beliau yang sebenarnya tidak mampu dikotakan berdasarkan kekuatan kerajaan BN yang memerintah sekarang. Sebenarnya cara yang dilakukan pemimpin itu tidak demokratik dan sememangnya tidak direstui rakyat dan jika benar-benar serius mahu membina kerajaan perlu tunggu PRU13 nanti.


16 September 2009

????????

?????????

Lebai kata: Mana-mana penyokong PKR patut buat perhimpunan lilin di Dataran Merdeka atau berarak ke Istana Negara untuk mengingati tarikh ini yang menunjukkan kegagalan Anwar dan Pakatan Rakyat. Ajak sama pemipin kanan Pas, DAP dan PKR berkumpul.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

3 comments:

Arif Omar said...

wow. amat bagus sekali coretan anda. luas sekali pengetahuan anda ini. saya ini ada ijazah pertama dalam sejarah dan amat meminati dan kehidupan saya pun dipengaruhi oleh sejarah keseluruhannya. kebanyakan yang saya tulis dalam blog semuanya pengalaman dari sejarah. ingatan saya pun amat baik. rupanya anda teramat baik tahniah. nak pinjam. boleh ke? nak siar di blog saya.

lebai said...

Nak pinjam?
Kalau pinjam kena bayar balik...hehe...silakan tuan.
Thanks for coming

lebai said...

opsss.. lupa plak nak cakap. Nantikan sejarah Anwar - bukan bermula dari dilahirkan tetapi dari tahun 1998, masa mula kena pecat hinggalah perbicaraan. Cerita dalam mahkamah dan tilam...
tilam?...tungguuuu