Kepada Hishammuddin Hussein dan Menteri-Menteri MELAYU:

KUASA ADALAH IBARAT SEBILAH PEDANG. JIKA IA SEKADAR DIGILAP, DIPERASAP, DISARUNGKAN DAN DIGANTUNG DI DINDING, BERAPA BANYAK PEDANG PUN YANG ADA, TIADA GUNANYA. TETAPI JIKA SEKALI SEKALA DIGUNAKAN, BIARPUN HANYA UNTUK MEMOTONG SEBIJI MANGGA, MAKA AKAN DIKETAHUILAH TAJAM TUMPULNYA.

Sunday, September 27, 2009

Pas Selangor bidas Khalid Samad dan DAP

Badan Perhubungan Pas Selangor hari ini bercadang mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat kenyataan meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Ali keluar parti kerana berpendapat ia bertentangan dan melanggar disiplin parti itu.

Antara mereka yang mungkin menghadapi tindakan itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Perhubungan Pas Selangor juga membidas beberapa kenyataan yang dibuat Khalid serta anggota Pakatan Rakyat, baru-baru ini.


Badan Perhubungan Pas Selangor dilaporkan sedang mengumpul kenyataan akhbar beberapa pemimpin berkenaan dan akan membuat aduan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Lembaga Tata Tertib parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekiranya ada asas dalam masa terdekat ini.

Demikian antara rumusan mesyuarat tergempar Badan Perhubungan Pas Selangor semalam. Badan Perhubungan Pas Selangor juga menyokong penuh tindakan Hasan Ali berhubung isu arak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir.

“Majoriti ahli yang terdiri 62 anggota perhubungan yang bermesyuarat hari ini dan 11 ahli Dewan Harian yang bermesyuarat semalam (kelmarin) menerima penjelasan dan tindakan Datuk Hasan yang cuma membuat teguran kepada pentadbiran, bukan ada niat politik dan mohon kerjasama pemimpin pakatan untuk menghormati pandangan beliau.

“Kami juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat kenyataan meminta beliau keluar parti kerana pada pandangan kami ia bertentangan dan melanggar disiplin parti yang menyuruh pemimpin keluar parti, itu tindakan melampau...

“Datuk (Hasan) tidak pernah sebut hendak keluar dari pakatan, kemungkinan besar siapa yang keluar kenyataan itu yang patut kena keluar pakatan,” katanya

Pas juga sebulat suara membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas yang membuat kenyataan mendesak Hasan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kenyataan terbuka ahli Pas sendiri yang meminta ketua mereka keluar dari pakatan dan parti adalah bertentangan dengan disiplin parti dan dianggap keterlaluan.

Mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Hasan selama hampir tiga jam itu diadakan di Shah Alam dan bertujuan mendapat penjelasan beliau berhubung beberapa isu sekali gus menetapkan pendirian hala tuju parti.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh keputusan Badan Perhubungan Pas Selangor yang tetap mempertahankan tindakan Hassan Ali berhubung isu arak dan Selcat.

Ketuanya Nasruddin Hassan turut menyifatkan teguran Hassan itu adalah untuk kebaikan semua pihak di dalam Pakatan Rakyat, bukannya berniat peribadi.

“Soal keputusan sebulat suara untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas yang membuat kenyataan mendesak Hassan meninggalkan parti jika tidak boleh bekerjasama, perkara itu terletak kepada budi bicara pemimpin parti dan ia perlu dibincangkan secara mendalam,” katanya lagi.

Sebelum ini, DAP Selangor mahu pucuk pimpinan Pakatan Rakyat menubuhkansebuah badan disiplin dengan segera dan menghadapkan Hassan Ali, untuk tindakan lanjut keranamembuat kenyataan terbuka mendesak wakil rakyat parti itu, Ronnie Liu,digugurkan sebagai Exco negeri.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata pihaknyamempersoalkan, walaupun enggan mengakuinya sebagai `mencurigai' agendatersembunyi Hassan bertindak sedemikian, lebih-lebih lagi tanpa merujukkepada majlis eksekutif negeri mahu pun pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dinegeri itu.

Siasatan Selcat secara terbuka mendapat bantahan Hasan yang mencadangkan supaya ia dilakukan secara tertutup demi menjaga imejpegawai kerajaan. Cadangan Hasan itu turut disokong Suhakam yang meminta supaya jawatankuasa itu mematuhi prosedur dan bertindak adil serta memahami bahawa peranannya tidak sama seperti mahkamah biasa.

Bagaimanapun cadangan Hasan itu mencetuskan pertelingkahan antaranya dengan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dikatakan sering dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan negeri.

Berikutan isu itu, Dr Hasan yang juga Exco Selangor didesak meninggalkan pakatan jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat.


REMINDER:

Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.

No comments: