Pakar patologi Thailand, Dr PORNthip Rojanasunan mendedahkan laporan bedah siasat kali kedua mayat Teoh Beng Hock menunjukkan bekas Setiausaha Politik seorangExco Selangor itu mati DIBUNUH!
Pendedahan itu dibuat dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 213 bertarikh 29 Disember 2009 - 5 Januari 2010 dengan tajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.
Kita tidak terkejut jika PORNthip mendedahkan rahsia bedah siasat kali kedua itu, sebelum dimaklumkan kepada Mahkamah Koroner kerana doktor Siam itu sememangnya dibawa masuk oleh kerajaan Selangor yang diperintah DAP.
Bagus juga pendedahan yang dibuat itu kerana polis boleh menjalankan siasatan rapi dengan seberapa segera.
Lagipun, selepas doktor itu membuat pendedahan dalam akhbar berkenaan, dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini, terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Laporan polis itu dibuat dua pegawai SPRM Putrajaya, Raub Ghani dan Hisyam Mohd Yusoff, kira-kira pukul 10.30 pagi.
Artikel berkenaan menyatakan laporan forensik oleh Dr PORNthip selepas bedah siasat kedua mayat TBH di Hospital Sungai Buloh, membuat kesimpulan bahawa TBH mati dibunuh.
Kedua-dua pegawai SPRM itu membuat laporan polis itu terhadap Dr PORNthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.
Mereka menyifatkan perbuatan itu satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih berjalan.
Perbuatan Dr PORNthip adalah melampaui keputusan mahkamah dan perbuatan itu akan memburukkan lagi imej SPRM.
"Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini," kata Hisham dalam laporannya.
REMINDER:
Any constructive criticism and comment that would contribute to fair, frank and informed discussion on this posting to help achieve our national objective will be most appreciated. We need to have more open exchange of ideas on this sensitive but important subject in the context of the national vision and security.
Baca-Baca
-
-
The King, his family and U2 weeks ago
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
Dua Kristian, satu Hindu lawan satu Islam14 years ago
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dr yang cuba mencari pubisiti murahan. pakar kita lebih baik dan digunakan oleh mahkamah.
Post a Comment